#9 - Tipsy

48.1K 2K 60
                                    

"Hi pretty!"

Rose hanya tersenyum segaris pada bartender yang menegur itu. Tiada mood nak berborak. "Tequila shots,"

Keadaan kelab yang hingar-bingar itu dia pandang kosong. Numbness engulfed her.

Dulu dia yang terkinja-kinja menari dekat tempat macam ni. Berparty bagai dengan geng-geng dia dan Marsha masa sekolah dulu. Ya, sekolah. Belum 18 tahun pun masa tu. Teguk alcohol macam teguk air gas je. Apadehal?

Sejak kematian ibu bapanya, Rose berhenti terus. Dia berkenalan dengan Wafa, gadis itu yang banyak menegurnya. Tapi tak banyak pun yang terkesan di hatinya sebab hakikatnya, orang yang jahil agama lebih mudah dididik dari yang tahu tetapi tidak mengamalkan kerana hati dah kebal dengan dosa.

"Rose, aku tahu kau bukan buta agama pun. Kau mengaji perfect tajwid, juzuk amma hafal, solat pandai, hukum agama bila aku tanya pun kau jawab elok je tapi kenapa kau tak praktik?"

Bukan bermaksud nak menghina kawan baiknya sebab dia pun tak sempurna mana tetapi sebagai seorang sahabat, Wafa mahukan yang terbaik buat Rose.

"Kau tak faham Wafa... kau hidup walaupun keluarga kau tak senang, mak bapak kau didik cukup. Dari kecik pakai tudung, solat jemaah satu family, terawih dekat masjid semua tu. Aku ni? Mak bapak aku tak pernah tanya pun aku sembahyang ke tak, aku mengaji ke tak. Apa yang aku tahu pasal agama ni semua dekat sekolah,"

"No offense babe, tapi mak bapak kau dalam tanah tau. Sampai bila kau nak blame diorang dan bebankan diorang dengan dosa kau? Kesian la parents kau weh! Aku bukan nak bajet alim maksum bagai, tapi at least yang basic janganlah tinggal. Please, Rose? I know you are better than this,"

Rose meraup wajahnya. Setiap kali isu sebegini dibangkitkan Wafa, pasti hatinya rasa tak tenang. "Could we just drop the subject?"

"Rose,"

"Wafa, ya! Aku ni macam lopak air, ada air tapi tak mengalir. Sama je macam orang berilmu tak beramal. Tapi bagi aku masa, please! Hati aku belum tergerak nak jadi sungai yang mengalir,"

Wafa tergelak kecil. "Kau tahu jawapan kau tu cliche kan? Macam artis bila orang tanya 'bila nak pakai tudung?' 'Bila sampai seru.' Hah, macam tu la!"

Bla bla bla ya, Wafa. Ya.

"Atau lagi senang kalau aku boleh conclude yang sebenarnya apa yang Darius buat pada mak ayah kau ialah kifarah?"

"Apa maksud kau?"

Gadis bertudung merah jambu itu tersenyum segaris tidak menjawab. Tidak sinis namun maksud senyuman itu sukar ditafsir.

Rose menyandarkan badan pada kerusi. Ya, dia faham apa yang sahabatnya cuba sampaikan tapi... entahlah.

Ketika hendak meneguk shot yang entah ke berapa, well, she lost count, tiba-tiba tangannya dihalang.

"Honey, you buat apa dekat sini?!"

"None of your business!" Dia menjeling tajam pada Fahrin yang baru muncul itu. Gelas yang dijauhkan itu cuba dicapai kembali.

Fahrin buat tak tahu malah dia yang meneguk shot itu.

"Fahrin!"

"And for all this while I thought that you're an innocent non-alcoholic Greek goddess. Rupanya I silap, you pun sama je dengan perempuan lain I jumpa dekat club,"

Rose berdiri sebelum menolak kuat dada lelaki itu. "You don't have a fcking right to judge me! You know nothing!!!"

Segera dia ingin beredar dari tempat itu. Sesak!

Ingatkan datang seorang diri malam ni nak clear kan kepala dari imej Fahrin dan kata-kata Wafa, rupa-rupanya sama je!

"Honey, you nak pergi mana ni?" Lengan gadis itu ditarik kasar.

"Sakitlah! I nak balik je,"

Melihat Rose yang sudah mencebik itu membuatkan Fahrin melepaskan pegangannya. Namun segera tubuh itu dipeluk.

"I'm sorry, hun. I hantar you balik, okey?" Dahi Rose dikucup lembut.

Tak mungkin dia nak membiarkan Rose memandu pulang ataupun naik teksi sendiri. Terlalu bahaya!

Entah kenapa sikap possessive dan overprotectivenya muncul pada Rose. Padahal jiran je pun.

"Weh, Ryan!"

Tak perlu menoleh, dia dah tahu siapa yang menyerunya. Fahrin tersenyum sambil buat bro fist dengan Dani dan Syed Shukri. Dua orang kawan baiknya.

"Eh, Rose?"

"Dani... right? Hi!" Mereka berjabat tangan sambil bertukar senyum. Begitu juga dengan Syed Shukri.

"You guys know each other?"

Dani ketawa sambil mengenyitkan mata pada Rose. "Yeah, I met this beautiful lady a few days back,"

Fahrin yang memandang hanya mendengus. Tidak senang melihat tingkah Dani.

"So, what if I buy you a drink, pretty?"

Syed Shukri dah berdehem kuat. Ulat bulu dah naik daun~

"Sure!"

"Honey, bukan you kata nak balik ke tadi?" Pautan pada pinggang Rose tak dilepaskan langsung.

"So Rose, korang together ke?"

Soalan Syed Shukri nyata membuatkan Rose dan Fahrin saling berpandangan.

"No!"

"Yes!"

Fahrin memicit hidung Rose yang sedang kebingungan. "You mabuk ni. Lupalah tu, kita kan memang together,"

"Huh?! I may be a little bit tipsy but I'm not drunk. Ke you yang sebenarnya mabuk ni? Apa-"

Segera Fahrin memotong kata-kata gadis di sisinya. "Dah, dah, you penat ni. I hantar you balik eh?"

"But-"

"Jom!"

Syed Shukri dan Dani hanya mampu melihat langkah Fahrin dan Rose yang hilang di celah-celah manusia yang terkinja-kinja di lantai tari.

Bahu Dani ditolak sedikit. "Woi! Agak-agaklah nak sailang awek member,"

"Takpe la aku minat awek orang pun. Daripada kau suka bini orang," Dani tayang senyum keji.

"Bangang!" Syed Shukri menumbuk bahu Dani selamba. Deep kut!










Heyy it's Shit- I mean Syed Shukri!! Ring a bell, gaiss?





Honey ✔Where stories live. Discover now