#25 - Dark Past

47.7K 1.7K 35
                                    

Jam sudah menginjak ke angka satu apabila Fahrin menjejakkan kaki kr rumah. Tualanya dicapai dan tubuhnya dihujani air panas dahulu bagi menghilangkan bau rokok yang masih melekat.

Sejujurnya bagi Fahrin, rokok tak sedap. But still, addicting dan... menenangkan mungkin?

Tuala dililit pada pinggangnya sebelum pintu walk in closetnya dibuka. Setelh selesai menyarung t-shirt nipis dan seluar pendek, langkahnya diatur malas ke katil. Penat, mengantuk, semuanya bersatu.

Namun dalam samar cahaya lampu tidur itu, matanya tajam menangkap dua helai kain di atas katil bahagiannya.

Sehelai sejadah dan kain pelikat.

"Apa benda semua ni?" gumamnya perlahan sambil meraup wajah.

Kata-kata Shuk, sejadah ini, semua ni macam... macam.... petunjuk ke?

"Bila Allah bagi ujian tu, maknanya Allah rindu nak tengok hamba yang Dia uji tu bersujud balik pada-Nya,"

Entah kenapa, kata-kata seorang ustaz yang dia terdengar sekali lalu ketika sibuk mencari siaran radio di dalam keretanya itu berlagu dalam kepala.

"Bila last aku solat?"

Selesai sahaja menunaikan solat, Fahrin membaringkan tubuhnya pada tilam. Barulah terasa sengal-sengal badannya hasil tidak berehat langsung sepanjang hari.

Baru sahaja dia ingin melelapkan mata, lenanya diganggu bunyi rengekan seseorang. Rose di sisinya segera dipandang.

Isterinya masih lena, namun wajah dan lehernya jelas berpeluh walaupun suhu bilik mereka agak rendah. Sesekali dia menggeleng-geleng keresahan bersama-sama air mata yang mula membasahi pipinya.

"Ma... no, mama... Pleasee..." tersedu-sedan Rose menangis. Masih terperangkap dalam mimpi ngerinya.

"Rose?"

Fahrin yang kaget segera menarik Rose ke dalam pelukan. Rambut lembut Rose dibelai dan belakang badan isterinya diusap.

"Honey, wake up sayang. It's just a nightmare. Wake up, baby."

Rose yang masih separa sedar itu terus menyembamkan wajahnya pada leher Fahrin. Tubuh tegap suaminya dipeluk erat. Takut.

"Tolong I... I takut. D-Dulu Darius... sekarang Dani... Kenapa diorang buat I macam ni? Kenapa?"

Lelaki itu terkaku mendakap isterinya. Apa maksud Rose? Takut?

Satu demi satu episod perkenalan mereka bermain di kepala Fahrin. Cleithrophobia, panic attack. Apa maksud semua ni?

"I have a dark past..."

Tak semena-mena ayat itu terngiang di telinganya. Ayat yang Rose tuturkan ketika dia melamar gadis itu namun tidak sempat dibicarakan apabila telefon bimbit Fahrin tiba-tiba berbunyi.

Apa 'dark past' Rose?


~~~~~♥♥♥~~~~~




"Babe, kau okey tak?"

"Okey,"

Okeylah sangat. Jawab pun sepatah siap termenung lagi bila orang tanya. Okey apa bendanya?

Wafa menarik tangan Rose dan menggenggam erat tangan sahabatnya. "Kita bukan baru kenal semalam tau, Rose. Aku tahu, there's something bothering,"

Rose menggigit bibir. Menipu Wafa ialah satu benda tak berfaedah sebab Wafa can read her like an open book. Sekali baca je.

Nafasnya ditarik dalam. Gementar.

"Aku mimpi lagi malam tadi," jarinya bermain-main dengan hujung baju. "Aku... Aku dah tak tahu nak rasa apa. Trauma, yes. Tapi sekarang, lebih kepada confuse.

Honey ✔Where stories live. Discover now