#18 - D-day

44K 1.5K 106
                                    

Sorry pasal media dekat atas tu hahaha.. aku macam tengah minat dengan Kim Ji Won sekarang ni kalau korang perasan la lol. DIA COMEL SANGAT!!!




Rose mengeringkan rambutnya yang basah dengan tuala. Wajahnya diperiksa pada cermin. Eyebag.

Sepanjang malam dia tak boleh tidur. Takut, cuak, gementar semuanya menjadi satu. Hari ini, hari pernikahannya dengan Ryan Fahrin.

Tok! Tok!

"Kejap!"

Kepalanya ditutup dengan tuala sebelum pintu bilik hotel itu dibuka. "Rain?!"

"Honey! Sorry, I rindu sangat," senyuman terlebih gula Fahrin berikan sebelum sejambak tulip putih bertukar tangan.

Serta-merta Rose diserang rasa bersalah. Fahrin kelihatan sangat gembira menunggu hari ini sedangkan dia sudah tidak punya apa-apa yang istimewa untuk diserahkan pada seorang lelaki bernama suami.

Dengan jayanya diragut Dani.

"Okey, tu je I nak cakap. I just have to see your face to... you know, nak bagi semangat berkobar-kobar salam tangan tok kadi nanti. I balik bilik I dulu, okey?"

"Rain," lengan lelaki itu ditarik sebelum sempat Fahrin melangkah pergi. Ya, Rose harus berterus terang.

"Yes, honey?"

Gadis itu menggigit bibirnya, tidak tahu bagaimana mahu memulakan bicara. "I... I s-sebenarnya..."

"Ya Allah, bertuah punya budak!" Suara Puan Sri Syazwani memotong terus kata-kata Rose. Wanita separuh abad yang masih kelihatan elegan itu bercekak pinggang memandang anak dan bakal menantunya.

"Mummy suruh bersiap dekat bilik, dia boleh sibuk nak tengok bakal isteri dia! Sabarlah, tinggal berapa jam je lagi. Lepas tu korang nak berkunci dalam bilik pun orang tak dah kisah,"

"Betul ke mummy? Kalau macam tu, lepas akad nikah, Ryan dengan Rose tak turun tau. Mummy dengan daddy bersandinglah. Ryan nak kunci honey dalam bilik," balas Fahrin selamba sambil tayang senyum gatal. Euww.

Merah padam wajah Rose mendengar kata-kata mereka berdua. Spontan tangannya naik memukul lembut lengan Fahrin.

"Apa gatal sangat ni?!"

Puan Sri Syazwani ketawa melihat tingkah kedua-dua bakal pengantin. Alolo, comel sangat!

"Sudah, sudah! Ryan pergi balik bilik, siap-siap. Lepas majlis nanti mummy bagi kunci honeymoon suite korang. And you, young lady, come with me. We have a lot to do with the make up," ujar wanita itu sebelum menarik tangan Rose masuk ke bilik.

"Mummy, jangan make up Rose cantik-cantik sangat. Nanti Ryan jealous,"

"Mengada!"

Fahrin hanya mampu memandang beberapa orang stylist yang mengikut jejak langkah mummynya dan Rose masuk ke dalam bilik tersebut. Sebelum pintu ditutup, sempat lagi dia menjerit.

"Bye honey, I love you!"

Senyum Fahrin masih berbunga-bunga sampailah dia kembali ke bilik hotelnya. Haishh, tak sabarnya!

Sebaik sahaja masuk ke dalam biliknya, sebuah kotak yang berbalut dan berikat reben di atas katil menggamit perhatiannya. Kotak yang tak wujud semasa dia keluar dari biliknya tadi.

Kotak itu dicapai dan pembalutnya dibuka. Setelah itu, penutup kotak itu turut dibuka menampakkan isi.

Sebatang pendrive.






~~~¤♡♡♡¤~~~






"Aku terima nikahnya Rose Amanda binti Razif dengan mas kahwinnya, RM5000 tunai,"

"Sah?" Jurunikah tersebut bertanya kepada empat orang saksi berdaftar di sisinya.

Serentak mereka mengiyakan sebelum doa dibaca.

Air mata Rose mengalir. Selain rasa gembira, dia turut rasa bersalah. Terasa seperti dia memerangkap Fahrin di dalam perkahwinan mereka.

"Hei, pengantin mana boleh nangis," bisik Wafa di telinga Rose sebelum air mata sahabat baiknya itu dilap dengan tisu.

"Tahniah sayang, terima kasih sebab terima anak mummy!" Puan Sri Syazwani pula memluk erat menantunya. Kedua-dua belah pipi Rose dicium penuh kasih sayang.

"Welcome to the family,"

Seketika kemudian, Fahrin mendekati Rose dan upacara pembatalan air sembahyang pun berlangsung. Fahrin dan Rose saling menyarungkan cincin perkahwinan mereka sebelum gadis manis itu tunduk mencium tangan Fahrin. Suaminya.

Wow, bunyi pelik.

Selepas itu, Fahrin tunduk dan berbisik di telinga Rose. "So tell me, honey, what have you been up to for the past two weeks without me?"

Senyuman dihadiahkan mengakhiri soalannya lalu dahi Rose dikucup.

Rose Amanda terkaku. Kata-kata Fahrin, senyuman Fahrin, bukan Rain yang dia kenal. Berbeza.

Wajah lelaki itu ditenung lama. Fahrin hanya tersenyum pada isterinya. Senyuman yang di mata Rose, sangat menakutkan.

"Rose, sudah-sudahlah tu tenung Ryan. Jom bergambar sekejap, lepas tu naik bilik, get ready untuk resepsi," arah mummy Fahrin, tidak langsung menyedari ketegangan di antara mereka.

In fact, tiada sesiapa pun yang perasan.

Fahrin menghulurkan tangannya pada Rose. "Come on, hun."

Ragu-ragu Rose menyambut tetapi akhirnya tangannya tenggelam dalam genggaman Fahrin. Sepanjang sesi fotografi selepas pernikahan itu, Rose diam sahaja. Senyumnya pun tidak semanis selalu.

Sukmanya masih diserang takut dan terkejut. Fahrin dah tahu ke?

"Honey, kenapa diam je ni? Tak happy kahwin dengan I?" Soal lelaki itu lembut sambil mengusap pipi gebu Rose.

Gadis itu keliru. Sebentar tadi Fahrin kelihatan begitu dingin tetapi di saat ini, tingkahnya sama seperti kebiasaannya. Ryan Fahrin yang penyayang dan caring.

"Rain, I love you," ujar Rose spontan. Kedua-dua belah pipi Fahrin dipegang kemas, mahu menunjukkan kesungguhan.

Dia mahu Fahrin nampak walau apa pun yang berlaku pada perkahwinan mereka kelak, Rose tetap mencintai Fahrin.

Lelaki itu tersenyum sebelum mengucup hidung Rose. "I love you more,"
















Ahahaha pendek je. Sorry gaiss! ✌✌

#FahRose

Ok tak? Ke pelik nama shipp tu 😂😂






Honey ✔Where stories live. Discover now