#30 - I Want Us

51.8K 1.7K 27
                                    

Fahrin menolak pintu rumahnya dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Rindu, dia terlalu rindu dengan Rose. Menyesal bersikap dingin dengan Rose kesayangannya. My lovely honey.

"Assalamualaikum, Rose?"

Okey, pelik. Honey selalu bangun awal dan menyiapkan sarapan tau *cough* walaupun diorang bergaduh *cough* tapi pagi ni... Ish, pelik ni! Takkan la Rose dah lari?!

Pintu biliknya pula ditolak kuat. Fuhh, lega! Lega melihat figura Rose Amanda sedang lena diulit mimpi. Tanpa menganggu lena honey, Fahrin melepaskan pakaiannya dan terus masuk ke dalam bilik mandi. Mandi!

Setelah selesai mandi dan siap berpakaian, lelaki itu turun ke dapur menyiapkan sarapan pagi. Dia dah berjanji akan menjaga Rose sebaik mungkin, menebus segala kesilapannya.

Selepas siap, waffle yang dihidangkan bersama sos strawberry serta segelas susu diletakkan ke atas dulang. Dengan senyuman yang masih belum padam, Fahrin menatang dulang tersebut ke kamar mereka.

Namun langkah kemasnya bertukar panik apabila telinganya menangkap erangan sakit Rose serta namanya yang tak putus-putus diseru gadis itu.

"Rain... Rain, you dekat mana? Errgghhh... sakit.. Rain, please.. jangan ignore I! It's hurt, Rain... our baby-"

"Sshhtt... sayang, I'm here!" Segera Fahrin menarik tubuh Rose yang sedang teresak-esak itu ke dalam pelukannya. "What's wrong? Dekat mana sakit?"

"M- My.. tummy! Please Rain, sakit..." wajahnya disembamkan pada dada suaminya.

Sebaik sahaja Fahrin menolak duvet yang menyelimuti tubuh Rose, rahangnya bagai jatuh ke lantai. Cadar katil mereka penuh dengan kesan darah. Macam bergelen-gelen darah!

"Sakit..."

Suara Rose sudah semakin lemah dan akhirnya dia terkulai dalam dakapan Fahrin. Tanpa berlengah, tubuh isterinya dicempung ke kereta dan segera dikejarkan ke hospital. Dalam hatinya tak putus-putus berdoa, meminta Allah menyelamatkan isterinya. Meminta Allah menyelamatkan janin itu.

~~~~~♥♥♥~~~~~


Matanya dibuka perlahan-lahan, cuba mentafsir suasana. Tanpa perlu berteka-teki, Rose tahu di da atas katil hospital.

'Ba... baby?!'

Pandangannya segera jatuh pada perut. Sesaat dia terpana melihat pemandangan yang begitu dia dambakan sejak beberapa bulan yang lalu.

Ryan Fahrin sedang lena dengan kepala pada sisi katil dan sebelah tangannya diletakkan pada perut Rose. Tanpa dapat ditahan, senyuman Rose mekar. Kepala Fahrin diusap sayang sambil jemarinya sesekali menolak rambut hitam lelaki itu yang sudah mencecah hingga matanya, ke tepi.

Fahrin sedar rambutnya diusap Rose tetapi dia malas mahu membuka mata. Dia rindu belaian honey, dia rasa selesa dimanjakan begitu.

"Rain, I minta maaf I rahsiakan banyak benda dari you. It's just... too hurt to be remembered. I tak nak pun berpisah dengan you, tapi I tak tahan. I tak tahan dengan cara you layan I. I nak kita get back macam dulu, macam masa kita bercinta. I miss my Rain so much," 

Tanpa dapat dibendung, air mata Rose tumpah juga. Sungguh dia terlalu rindu dengan Ryan Fahrin yang dulu. 

"I miss you too, hun."

Rose terpana apabila terasa tangan Fahrin mengusap pipinya. Jemari kasar itu mengusap lembut pipi gebu Rose, menghapuskan air mata yang mengalir. Seketika kemudian, bibirnya pula hinggap di dahi Rose Amanda.

Hanya satu perkataan yang mempu mengungkapkan perasaan mereka saat ini. Serene.

"I'm sorry for being a jerk. I pernah janji dengan you that I want to shower you my love and happiness everyday but I break my own promise. Sejak kita kahwin, I only made you cry. I bagi you stress, I bagi you rasa sakit.

"But every single time you ask for divorce, my heart shattered into pieces. I tak boleh hidup without you, honey. And when I found you in a pool of blood this morning, imagine my feeling, sayang. I takut," Rose terpaku melihat iris hitam itu dilindungi kaca air mata. Sesaat kemudian kaca itu pecah, mengalirkan air pada lekuk wajah Fahrin.

Lelaki itu membenamkan wajahnya pada bahu Rose. "I'm afraid of losing you. I'm so sorry, honey, I really want us to be how we used to. Loving, teasing each other. I missed us,"

"Tapi... you kan tak suka baby ni?" soal Rose perlahan. Takut mengundang kemarahan Fahrin.

"Sebab you yang kandungkan dia, it's my child," tekadnya tegas. Wajahnya diangkat dari bahu Rose agar mereka saling bertatapan. "Tapi I selalu doa supaya dia memang anak kita,"

'Ini memang anak kita, Rain!'

Mahu sahaja Rose berteriak tetapi dia tidak mahu menyebabkan pertelingkahan di antara mereka. Dia mahu saat yang mendamaikan ini mereka kongsi sampai bila-bila. Dia pasti, pada hari bayi ini lahir kelak, Fahrin akan nampak kebenaran dengan sejelas-jelasnya.






Hahahha sorry pendek. Yeayy! Diorang dah berbaik!! Ke macam hambar cara diorang get back ni?

Honey ✔Where stories live. Discover now