#31 - Can't Live Without You

50.7K 1.6K 20
                                    

“Ya Allah! Apa Ryan buat sampai Rose warded, hah? Ryan tak jaga Rose betul-betul kan?”

Cemas wanita itu bersuara sebelum pandangannya dialihkan pada Rose. Tangan menantunya itu ditarik lembut.
“Cakap dengan mummy, Ryan buat apa sampai Rose stress? Ryan ada perempuan lain eh?”

“Mummy! I’m not that kind of man!”
Selamba Puan Sri Syazwani buat roll eyes pada anaknya. Eleh, bukan dia tak kenal perangai kasanova Ryan Fahrin ini! “Yeah, right!”

Perhatiannya kembali dialihkan pada Rose. “Cepat bagi tahu mummy. I’m here for you. Betulkan Ryan ada perempuan lain?”

“Mum, seriously?!” terjerit kecil Fahrin mendengar soalan tak masuk akal ibunya. Tak sangka yang mak dia sendiri tak percayakan dia.

“Mummy,” giliran Rose pula mengusap tangan ibu mertuanya. Lembut dia bersuara. “Mana ada Rose warded sebab Rain. He treats me really well. Rose cuma… hurmm.. penat sikit je. Takde apa-apalah,”

“Mana boleh tak ada apa-apa, mummy risau tau!”

Rose hanya mampu tersenyum menadah segala nasihat dari ibu mertuanya tentang pantang larang orang mengandung. Itu tak boleh, ini tak boleh. Tetapi dia gembira. Terasa disayangi.

Tiba-tiba hatinya diusik rindu pada arwah mama. Kalau mama masih ada, mesti reaksinya pun serupa mummy juga.

“Dah, dah la tu, sayang. Pening kepala menantu awak dengar awak bebel tau? Nanti makin stress dia,” ujar Tan Sri Zakir, cuba menghentikan bebelan isterinya.

Bukan setakat Rose, dia dan Ryan Fahrin pun dah pening dengar nasihat ibu-ibu keluaran Puan Sri Syazwani itu. Kalau tak kuat iman, dah berdarah telinga dah.
Wanita itu mendengus geram pada suaminya. Suka hati je kata orang membebel. Ni bukan bebel, ni nasihat!

“Fine! Okeylah Rose, mummy dengan daddy sebenarnya ada function petang ni so, we’ve got to go. We’ll see you later, ok sayang?”

“Thanks for coming, mum,” ujar Rose ketika tubuhnya dipeluk. Pipinya turut dikucup lembut ibu mertuanya.

“Take care tau, Rose. Kalau Ryan buat hal, roger je mummy,”

“Mummy!” protes Fahrin laju. Sekarang ni siapa anak mummy sebenarnya?

Rose terasa bahunya ditepuk lembut Tan Sri Zakir ketika dia tunduk mencium tangan bapa mertuanya itu semasa bersalam. Hanya senyuman dihadiahkan, tidak mengerti maksud yang cuba disampaikan lelaki itu.

Dalam hati Tan Sri Zakir, jelas dapat dilihat konflik di antara anak dan menantunya sejak mereka mula membina rumah tangga lagi tetapi dia tidak mahu memperbesarkan. Dia yakin mereka mampu menyelesaikan sendiri.

Fahrin kembali menutup pintu sebaik sahaja ibu bapanya keluar. Seketika kemudian tubuh Rose diraih ke dalam dakapan. “Sorry,”

“Sorry for what?”

Dagunya direhatkan pada kepala Rose yang sedang bersandar di dadanya. “Sorry for making you lying to mummy. I tahu you stress sebab I kan?” Ubun bidadarinya dikucup lembut.

“Mana ada. It’s just… penat je. Takde kaitan dengan you la,”

“Yeah, right,” simpul Fahrin mudah. Malas mahu berbalah dengan Rose saat yang ini. Yang dia tahu, dia mahu memeluk honey seperti ini sampai bila-bila.

“You know what, now I know that I can’t live without you,” bisik Fahrin lembut.

Rose hanya tersenyum. I always know that I can't live without you, Rain. Always.

Pelukan pada Rose direnggangkan sebelum pipi isterinya dikucup. Hehe, makin gebu pipi honey dirasakan. “Lepas you discharge nanti, jom pergi honeymoon?”

“Huh?”







Ni bukan Dia Semanis Honeymoon ehh. Hahahhaa 😂😂

Sorry pendek. Wifi cibet carik gaduh lol.

Honey ✔Where stories live. Discover now