#27 - Mummy Rain

53.9K 1.6K 58
                                    

"Look at the dot there. That's your baby,"
Fahrin memandang kosong isterinya yang sedang menangis itu. Terharu barangkali melihat janinnya diimbas. Doktor yang mengimbas itu menghulurkan tisu pada Rose. Faham perasaan seorang bakal ibu.

Perasaan Fahrin? Entahlah.

Melihat honey yang sedang menangis itu, hatinya turut tersentuh tetapi... rasa was-was masih merajai hatinya.

Macam mana kalau nanti Dani balik dan menuntut anak yang dikandung Rose?

Masalahnya sekarang, Rose tu isteri kau ke Dani?

But technically-

Goddamnit! Your are her freaking husband, idiot!!

"Urghh!" tanpa sedar Fahrin mendengus.
"Encik okey?"

Fahrin tersenyum segaris pada doktor yang bertanya itu sambil menggeleng. Tidak lama kemudian, dia meminta diri dari bilik tersebut bagi menjawab panggilan.

Rose hanya mampu memandang dengan hati yang sudah habis tercalar. Dia tidak mampu menebak apa yang difikirkan Fahrin tetapi tingkah lelaki itu sejak mereka datang tadi benar-benar membuatkannya berkecil hati.

Muka memang takde expression langsung, senyum jauh sekali. Senang cakap, memang Fahrin tayang muka tak redha la nak temankan dia. Haishh... nampak sangat tak ikhlas!

Rose, kau yang paksa dia kan? Paksa with capital P.

"Puan kena makan makanan sihat, elakkan stres. Kandungan puan masih terlalu awal jadi, kurangkan kerja-kerja berat, ok?"

Setiap pesanan doktor tersebut memang Rose take note. Dia mahu yang terbaik buat anaknya. Anak dia dan Fahrin.

"Dah siap dah?"

Rose hanya mengangguk menjawab soalan Fahrin. Kemudian dia cuma mampu memuncung apabila Fahrin berjalan di hadapannya.

Eii... spesis lelaki Melayu tipikal sangat! Sebelum kahwin bukan main sweet. Dah kahwin, hampeh!

Erkk?!

Fahrin memandang ke kiri apabila terasa tangannya ditarik. Rose dilihat tengah tayang muka tak berdosa sambil memaut lengannya dan menyulam jari mereka. Ekpresi wajahnya selamba tetapi kulit yang putih gebu itu jelas merah.

Honey, comelnya!

"Ni kenapa pegang-pegang ni?" Suara kena maintain beku. Itu penting.

"Biarlah I nak pegang. I takut suami I yang kacak ni hilang," kepalanya dilentokkan pada bahu Fahrin. Manja.

Eh, hello! Kenyataan okey! Dari tadi Rose perhatikan je nurse-nurse single dan doktor-doktor perempuan kerja usha laki dia. He's mine, okay?!

Pintu kereta bahagian penumpang dibukakan buat isterinya sebelum sendiri masuk ke bahagian pemandu. Setelah menghidupkan enjin, pedal minyak ditekan meninggalkan perkarangan hospital tersebut.

"Kita nak pergi mana ni, Rain?"

"Balik rumah mummy,"

Rose mengangguk faham. Kepalanya disandarkan pada headrest sambil membuang pandang ke luar tingkap. Tengok driver dekat Malaysia yang benyai suka hon dan tunjuk jari tengah sesama sendiri lebih bagus dari menghadap muka tak bereaksi Fahrin.

Tapi... balik rumah mummy? Sedapnya kalau dapat makan caramel pudding yang mummy buat.

"Rain, mummy dengan daddy tahu..."

"They don't have to know,"

Rose memukul dadanya secara mental sambil mengetap bibir. Tangisnya ditahan.

Shit, sakitnya!

Gadis itu kembali diam. Malas nak memanjangkan perbualan mereka sebab nanti dia yang sakit hati bila dengar ayat the-baby-is-not-mine-fck-you-pergi-mampos-setan-bila-entah-nak-sedar-tu-anak-kau!

Hah, emo!!

Tapi Puan Sri Syazwani sebagai seorang ibu kan instinct kuat. Cepat je dia menebak apabila memerhatikan gaya Rose menghabiskan dessert dengan penuh berselera. Puding karamel yang diidamkan. Licin!

"Mummy tengok Rose makin berseri-seri, makan pun berselera. Dah ada isi ke?"

"Uhukk!" spontan Fahrin terbatuk. Gelas kaca di tangannya diletak kasar ke atas meja.

Perghh, tak pasal-pasal jus oren hampir masuk ke dalam trakea!

"Haihh, Ryan. Mummy tanya Rose, kamu yang tersedak kenapa?"

"Takde apa-apa. Ehem!" Fahrin berdehem menghilangkan debar. Dah kenapa Tan Sri Zakir pun syak benda sama.

Puan Sri Syazwani kembali merenung menantunya. "Rose tak jawab lagi soalan mummy. Betul ke?"

Fahrin di sisinya dikerling. Jelas lelaki itu memberi isyarat dengan mata membawa maksud 'don't you dare!'

"Takde la mum. Mana ada pregnant. Mummy punya dessert je ni, sedap sangat,"

Serta-merta senyuman hilang dari bibir wanita elegan itu. Baru je berangan nak main dengsn cucu! "Takpe la kalau macam tu. Belum ada rezekilah nampaknya,"

Fahrin kembali tenang apabila satu demi satu soalan mummy dijawab oleh honey. Memang cover habis sampai mummy dan daddy percaya merekalah pasangan ideal paling romantik dalsm dunia ni.

Dan akhirnya, 'nasihat' mummy berjumpa khatimahnya. "Ingat, jangan nak merancang ehh. Mummy nak cucu cepat,"

"Tapi mummy, Rose kan muda lagi," tingkah Fahrin.

"Mudalah bagus, tengah subur. Badan masih kuat nak bawak budak dalam perut. Ryan ingat senang ke mengandung? Penat tahu tak? Sakit, mood swing, craving. Tolonglah faham!"

Dan lelaki itu hanya mampu tunduk apabila telinga terus menangkap bebelan tak berpenghujung mummy.

"Malam ni, tidur sini! Mummy nak spent time dengan menantu kesayangan mummy ni. You guys dah la jarang balik sejak dah kahwin ni,"

"Yes, mom."

Fahrin mengangguk sambil kembali menghadap pinggannya. Menantu kesayangan heh?? Kalaulah mummy tahu apa yg sebenarnya jadi.

Honey ✔Where stories live. Discover now