#20 - LoveHate

46.4K 1.6K 41
                                    

"You nak pergi mana?" Soal Fahrin ketika melihat isterinya sudah bersiap-siap dengan t-shirt lengan panjang dan tudung.

Namun Rose diam. Tiada hati hendak menjawab. Lelaki yang dia harap menjadi pelindungnya sendiri menyakiti dia malam tadi.

"I tanya tu jawablah! Susah sangat ke?!" Lengan Rose ditarik kasar sehingga isterinya itu mendesis sakit.

"I nak turun bawah tolong mummy buat breakfast je la! Salah ke?"

Fahrin melepaskan pegangannya. Namun ketika baru setapak dua Rose melangkah, lelaki itu menariknya kembali dan memeluknya dari belakang.

Imej Fahrin yang memeluk Rose dari belakang itu jelas terbentuk pada cermin yang mereka hadap.

"Senyum, honey," arah Fahrin tegas. Takkan la dia nak biar mummynya syak apa-apa hanya kerana wajah muram Rose.

Lagipun Fahrin tidak terasa perlu untuk membuka aib rumah tangga mereka pada semua orang. Cukuplah hanya mereka berdua yang tahu.

Rose pula diam tak bereaksi. Tak tahu nak bagi reaction macam mana. Dia baru sahaja mendapat masalah baru dalam hidup dia, macam mana dia nak senyum?

"I cakap senyum, hun. Please,"

"Macam mana I nak senyum kalau orang yang paling I sayang, bencikan I," bisik Rose dalam esakannya yang muka berlagu.

Fahrin tunduk mengucup pipi gebu itu. Dagunya dilabuhkan pada bahu Rose. "Semuanya takkan jadi kalau you tak curang dengan I. Kalau you setia dengan I, I akan pastikan you jadi isteri paling bahagia dalam dunia ni. But unfortunately, you've messed with me, honey."

Pelukan pada tubuh isterinya dilepaskan sebelum dia berlalu ke bilik air. Fahrin bingung dengan perasaannya. Kemarahan dan kebencian begitu meluap-luap di dadanya namun rasa itu tetap tersimpan kemas dalam hatinya.

Rasa cinta buat Rose Amanda.

"I tak pernah curang, Rain. I tak pernah," bisiknya perlahan sambil memandang pada pintu bilik air yang tertutup rapat.

Tak guna jika dia jerit pada satu dunia sekalipun, bukti menunjukkan sebaliknya. Bukti di tangan suaminya menunjukkan bahawa dialah wanita sundal itu.

Setelah memastikan tiada kesan air mata pada wajahnya, Rose keluar dari bilik menuju ke dapur.

"Morning, mummy!" Suara cerianya cuba dikeluarkan sambil tersenyum lebar. Lakonan!

"Morning, Rose! Awalnya bangun, tak penat ke?"

"Alah, my. Kalau nak fikir penat Rose, mummy lagi penat uruskan majlis," jawabnya mudah sambil tersenyum manis. Tangannya lincah mencapai teko untuk membancuh kopi.

"Maksud mummy, penat lain. Penat 'kerja keras' malam tadi," ujar Puan Sri Syazwani selamba.

Membahang wajah Rose mendengar usikan itu. Sporting sangat mak mertua dia ni!

"Mummy, kenapa usik honey Ryan teruk sangat? Tengok! Dah merah dah muka dia," Fahrin tiba-tiba masuk ke ruangan dapur dan menyampuk perbualan mereka.

Tubuh Rose yang sedang menyusun cawan di atas dulang dipeluk erat sebelum bibirnya pantas mencuri ciuman. Rose terpana dengan tingkah Fahrin tetapi dia cepat-cepat menyedarkan diri.

Ini semua hanya lakonan.

"Rose dengan Ryan tak nak pergi honeymoon ke?" Soal Tan Sri Zakir ketika mereka sedang menikmati sarapan.

"Haah, betul cakap daddy tu. Rose cakap je nak pergi mana, biar mummy dengan daddy sponsor,"

Fahrin memandang Rose di sisinya. Ingin juga dia tahu di mana tempat percutian yang diinginkan Rose.

"Takpelah mummy, daddy. Rose rasa tak payah kut pergi honeymoon semua ni," jawabnya kekok. Sejujurnya, dia tidak mahu terperangkap sendirian dengan seorang suami yang begitu membencikannya.

Entah apalah yang dia akan lakukan padanya.

"Alaa, mana boleh macam tu! Nanti lambatlah mummy nak dapat cucu!"

"Mummy, kalau setakat honeymoon macam tu, tak payah pun pergi jauh-jauh. Kan, Rain?" Terang Rose sambil memandang Fahrin, mengharapkan sokongan.

Lelaki itu yang ternyata disihir oleh mata bersinar milik Rose lantas mengangguk tanpa sedar. "Betul tu, my. Dekat mana-mana pun boleh,"

"Ehemm! Kenapa daddy rasa lain macam bunyi dekat 'mana-mana' tu?"

Mummy dan daddy ketawa besar serentak. Fahrin pula masih tekun memandang wajah isterinya yang sudah merah.

Selesai sahaja bersarapan, Rose terus masuk ke bilik mereka manakala Fahrin mengambil keputusan untuk keluar untuk memantau sedikit keadaan pejabat.

Ketika dia pulang dari pejabat, jam sudah menginjak angka 8. Kereta daddynya tiada di porch kerana orang tuanya sudah memaklumkan bahawa mereka akan ke rumah saudara dan bermalam di sana.

Okey, sebenarnya Fahrin takde la pergi pejabat je. Mestilah dia merambu dengan Syed Shukri dan menceritakan masalahnya pada sahabat baiknya.

Berkali-kali mereka cuba menghubungi Dani untuk membincangkan soal ini tetapi sepertinya Dani mahu memutuskan terus hubungan dengan mereka.

Masuk sahaja ke biliknya, Rose dilihat sedang tidur di atas katil. Sama seperti waktu dia keluar dari rumah tadi. Dahi Fahrin sudah berkerut. Takkan la dari pagi sampai ke malam, tidur tak bangun-bangun.

"Rose! Rose!" Nama isterinya dipanggil sebelum dia menggoncang lembut tubuh itu gara-gara tidak menyahut.

Dengan tergesa-gesa Fahrin menolak rambut yang menutupi wajah Rose setelah lampu tidur dibuka. Wajah yang disuluh cahaya itu ternyata merah dan berpeluh

"Shoot, panasnya!" Ujarnya spontan setelah merasa dahi dan leher Rose.

Segera tubuh digoncang kembali. "Rose, honey, wake up sayang. You demam ni," tanpa dapat dikawal, suara Fahrin berbah lembut. Sama seperti sebelum dia tahu mengenai kecurangan Rose.

"Bangun, sayang. Mandi eh?" Ujarnya sebaik sahaja dia dapat melihat mata Rose terbuka.

"Rain..." panggilnya dengan suara yang serak. Wajahnya sahaja jelas separa sedar.

"Yes, hun?" Kepala Rose diusap lembut sebelum Fahrin tunduk mencium dahi isterinya. "Macam mana you boleh demam ni? Tadi elok je,"

"Rain... I tak salah.. pleaseee... jangan benci I,

Kata-kata Rose membuatkan dia terkaku. Ya. Dia kan sedang marahkan Rose, jadi kenapa dia harus berbuat baik pada gadis ini?

Sebab tu isteri kau, mangkuk!

Mendengarkan rengekan Rose yang berterusan, Fahrin merangkul tubuh kecil Rose. Sesekali pipi dan dahi isterinya dikucup. Mahu menenangkan rengekan itu.

Setelah pasti Rose sudah kembali lena, Fahrin bangun dari katil dan mandi. Sesudah itu, dia mengambil baju tidur Rose dan menukar pakaian isterinya.

Ketika sudah membuka pakaian Rose, baru dia perasan lebam-lebam yang terdapat pada tubuh itu. Kesan lebam itu paling jelas sekali pada paha, sisi pinggang dan pergelangan tangan Rose. Kesan love bite juga banyak kelihatan di sekitar bahu dan dada Rose.

"Ganas jugak aku malam tadi," gumamnya perlahan. Patutlah Rose sampai demam.

Ketika hendak berbaring di sisi Rose, tangan isterinya dialihkan namun ternyata perlakuannya membuatkan Rose mendesis sakit.

Fahrin menarik tubuh Rose rapat dabmn mengucup pergelangan tangan yang lebam dengan tanda cengkaman itu. Gadis itu merengek sedikit sebelum menyembamkan wajahnya pada leher Fahrin.

Seiring dengan nafas hangat yang menampar lehernya, tangan Fahrin menepuk lembut punggung Rose, mendodoi isterinya.

"I love you so much, honey. But I hate your betrayal,"










Saje nak cakap. Cerita ni makin lama makin hambar ehh 😂😂😂

Honey ✔Where stories live. Discover now