#23 - Baby

49.2K 1.5K 34
                                    

"Tahniah, encik, puan. You're expecting a baby,"

Stereng digenggam kuat sambil mengetap gigi. Pedal minyak ditekan kuat membuatkan kereta itu menderum laju.

"R- Rain... janganlah laju sangat,"

"SHUT UP!!"

Rose kembali terdiam apabila dijerkah Fahrin sebegitu. Air mata yang bergenang di tubir dihapus dengan belakang tangan.

Bibirnya digigit. Takut.

Sungguh dia takut dengan reaksi Fahrin. Fahrin nampak begitu... marah? Rose keliru. Kenapa Fahrin perlu marah sebegitu sekali? Adakah Fahrin betul-betul memaksudkan kata-katanya tempoh hari?

"Yes, I jijik dengan you! I tak rela you, a whore, jadi ibu kepada anak-anak I. You tak layak!"

Sampai begitu sekalikah Fahrin membencinya?

"You marah... sebab I mengandung anak you?" Soal Rose dengan bibir yang terketar. Terlalu sebak dengan jawapan yang bakal diberikan Fahrin.

Sreeetttt!!!

Kenderaan tersebut berhenti mengejut di bahu jalan. Mujur sahaja jalan tersebut agak lengang pagi itu.

"Soalannya, anak I ke tu?"

"Fahrin!!!" Lantang Rose menjerit sambil matanya melotot memandang Fahrin. Tak percaya dengan soalan yang keluar dari mulut suaminya. Dada Rose berombak menahan marah.

"How should I know that it's mine? I'm not the only guy that sleep with you,"

Air mata Rose akhirnya tumpah. Tumpas dengan rasa sakit hati yang tidak menggila.

"Ni anak you, Rain. Tolonglah percaya,"

"Pandai you kan? Dah sedap-sedap dengan Dani lepas tu I yang kena jadi pak sanggup? HEBAT SIAL GAME KORANG!!"

Rose menekup telinganya. Sakit telinganya ditempelak Fahrin tetapi sakit lagi hatinya apabila Fahrin menuduh sebegitu.

"Kalau you rasa baby ni bukan anak you, you benci sangat dekat I, ceraikan I! Now!!"

"Hell, no!" Jawab Fahrin menjerkah. Spontan. Menceraikan Rose Amanda tidak pernah ada dalam agendanya.

Dah tu apa sebenarnya agenda kau, Fahrin? Ikat Rose dengan kau sampai mati lepas tu seksa emosi dia? HEBAT SIAL AGENDA KAU!

"Ceraikan I, Rain! Lepaskan I!!!" Rose menjerit begitu kuat seperti orang histeria. Telinganya masih ditekup dengan tapak tangan.

Fahrin menarik Rose ke dalam dakapannya dan cuba menyentuh pipi yang basah dengan air mata itu namun gagal. Rose meronta-ronta malah beberapa kali memukul dadanya.

Lelaki itu kebalkan sahaja dirinya dari pukulan Rose dan memeluk erat tubuh itu.

"Let me go... lepaskan I, Rain... I'm begging you..."

Perlahan-lahan tumbukan Rose pada dada Fahrin menjadi lemah dan berganti dengan esakan yang berlagu. Tersedu-sedan dia menangis di dada lelaki itu.

Fahrin mengetap gigi. Dulu, dia pernah berjanji tidak akan membuat Rose menangis tetapi sejak pernikahan mereka lebih sebulan yang lalu, hanya air mata yang dia hadiahkan setiap hari buat Rose.

Bukan dia tak cintakan isterinya, malah Rose la satu-satunya perempuan yang berjaya menabat hatinya. Tapi sayang, cinta yang dia berikan hanya dibalas pengkhianatan oleh Rose Amanda membuatkan idea gila mahu mengikat gadis itu dan mendera emosinya muncul di kepala Fahrin.

Kalaulah Rose tidak menduakannya.

"I akan mengaku yang baby tu anak I. If and only if it's proven,"

"Mm.. maksud you?" perlahan Rose menyoal, cuba menyembunyikan sedunya.

"Prenatal paternity test,"

Rose melepaskan dirinya dari pelukan Fahrin. Wajahnya diraup perlahan. "You memang tak percayakan I kan?"

Diam. Lelaki itu diam tidak menjawab.

"Kalau I buat test tu, will we get back just like before? Will you... will you love me like how you used to?"

"I can't promise,"

Lebih-lebih lagi kalau teorinya terbukti. Bayi yang dikandung Rose itu anak Dani.

"See? There's no point. I'm not going to do the test, this is my baby!" Rose menekup perutnya dengan lengan, bagaikan melindungi janinnya yang masih lemah itu dari Fahrin. "On the day he or she will be born, you'll see the truth, Rain. And on that day, you can't deny!"








Again pendek! Sorry gaiss, enthusiasm nak menulis tu tinggi tapi setan banyak bergayut dekat mata. Atau mungkin setan ramadhan ini diikat dekat kelopak mata au barangkali?

Honey ✔Where stories live. Discover now