#22 - I Said Now!!

48.1K 1.6K 22
                                    

Pergerakan Rose yang begitu lincah menyiapkan sarapan di dapur itu diperhati dalam senyap. Sukar membuang senyum kecil di bibir apabila melihat isteri kesayangannya berhempas pulas untuknya.

Heh, tak ada orang layan 'isteri kesayangan' macam kau layan Rose, Fahrin.

Shit.

Fahrin menjulingkan matanya. Kadang-kadang menyampah dengan inner self sendiri.

Langkahnya diatur kemas ke dapur. Fahrin berdehem sedikit sambil membetulkan kolar bajunya dengan sebelah tangan manakala sebelah lagi memegang tali leher.

Rose yang sedang menuang air ke dalam cawan segera meninggalkan kitchen counter dan mendekati suaminya. Tanpa bicara, tali leher itu diambil sebelum diikat kemas pada leher Fahrin.

"Dah," dada lelaki itu ditepuk lembut. Spontan.

Baru sahaja Rose ingin berpaling, Fahrin memaut pinggang ramping isterinya, membuatkan tubuh mereka berlaga.

Fahrin meletakkan dagunya di atas kepala Rose. Rindu. Sungguh dia rindu dengan honey. Dia terlalu rindu dengan gelak tawa honey, gurauan honey, rajuk manja honey. Tetapi ego lelakinya yang kembali membara setiap kali dia teringatkan pengkhianatan Rose membuatkan Fahrin tidak mahu tunduk pada kerinduannya.

Tapi sampai bila?

"R- Rain..."

"Hmm?" Wangian rambut Rose membuaikan. Harum.

"Aren't you going to work?"

"Give me a sec,"

Rose kembali diam. Perlahan-lahan dia menyandarkan kepalanya pada leher Fahrin, menikmati pelukan hangat itu.

Pelukan yang sudah lama tidak dirasai dari Ryan Fahrin.

Lebih sebulan menjadi isteri Fahrin, Rose masih keliru. Kebiasaannya Fahrin melayannya dingin. Mendatanginya hanya apabila dikehendaki. Pelukan dan cumbuannya pun jelas disandarkan pada nafsu.

Tetapi ada masanya Rose terasa seperti Fahrin yang dahulu telah kembali. Fahrin yang manis, caring, romantik, protective. Dan antara waktunya itu ialah sekarang.

"You dah makan belum birth control pills yang I suruh tu?"

Fahrin dapat rasakan tubuh Rose yang tenang tadi kembali rigid dalam pelukannya. Perlahan-lahan dia melepaskan dakapannya pada badan honey tetapi tidak pula pautan pada pinggangnya.

"Be.. belum,"

"Kan I dah suruh you makan. Pergi makan sekarang,"

"Nanti I nak gerak pergi kafe, I makanlah," jawab Rose perlahan. Pautan Fahrin pada pinggangnya dileraikan sebelum dia kembali berpaling menghadap kaunter dapur.

Sudah lebih seminggu Fahrin menyuruhnya mengambil pil pencegah kehamilan itu tetapi dia sendiri tak mahu. Pil iti disimpan di dala kabinet tetapi tak pernah diusik.

"You tak pernah makan kan pil tu?" Soal Fahrin dingin.

"Rain, apa kata you duduk dulu. Makan,"

"No!!" Lengan Rose ditarik kasar. "Tell me, Rose. You tak pernah consume kan pil tu?"

"I makan. I makan lepas you pergi kerja,"

Fahrin melepaskan pegangan  pada tangan Rose sebelum membuka pintu kabinet dapur di bahagian atas itu. Sepapan pil pencegah kehamilan dikeluarkan dari sebuah kotak.

Heh, tak luak langsung.

"I nak you makan depan I. Now!" Pil itu diserahkan pada Rose. Isterinya itu terdiam bisu.

"Nanti-"

"I said now!!"

Rose diam. Perlahan-lahan tangannya mencapai papan pil tersebut. Langkah Fahrin yang mengambilkan air masak buatnya dipandang dengan pandangan sayu.

Dia tak nak merancang kehamilannya, dia tak nak! Kalau betul Rose ditakdirkan mengandung, dia rela. Jika dia mempunyai anak kelak, dia tak kisah Fahrin nak memperlakukannya seperti apa pun sebab Rose tahu, dia dah ada kekuatan baru.

Dengan tangan yang menggigil, gelas yang dihulurkan Fahrin dicapai. Ditenung bersilih ganti antara gelas dan pil di tangannya.

"Now, Rose."

Fahrin tak faham. Apa yang susah sangat nak telan pil tu? Kenapa Rose nak buat keadaan mereka lebih sulit? Kehadiran seorang anak dalam keadaan mereka yang sekarang ini hanya akan membuatkan masalah mereka lebih rumit.

Iris hitam Fahrin dipandang lama. Merayu dalam renungannya.

"Rose..."

Baru sahaja ingin meletakkan bibir gelas itu pada bibirnya, kepalanya diserang sakit yang tiba-tiba. Gelas yang sebiji di tangannya kelihatan seperti ada dua, tiga, empat...

Prangg!

Fahrin tidak sempat memberi reaksi pada gelas yang menghempas lantai itu apabila tubuh Rose turut sama ingin melorot jatuh.













Weeee... pendek je. Sorry esok kelas penuh sampai pukul 6 lol!

So berdasarkan vote *acah gile* ramai yang nak happy ending. Dan ada yang nak happy ending tapi ada unexpected event gittew!

Happy ending ehh? Hmm... I'm not really used to it but I'll try. I'll try my best to give a happy ending la. But we'll see my definition of happy ending.

By the way, vote and comment this chapter ok? BABAI!! 😘😘💕💕



Honey ✔Where stories live. Discover now