RM 1 Juta #2

20K 1.1K 34
                                    

Oh crap

"Jangan berani telefon polis ! Atau aku bunuh perempuan ni ! " ugut si peragut itu dengan mengacahkan pisau dileher Dahlia. Para gadis mula menjerit .

Hanya seorang yang tenang duduk sambil menghirup milo aisnya .

"Lembut sikit bro , dia perempuan tu " ujarnya mendatar sambil menggigit penyedut minumannya tanpa mengangkat muka .

Peragut itu bertambah bengis . Sudah dilarang sesiapa jangan masuk campur tapi lelaki dihadapannya berani mencabar .

"Asal ? Awek kau ? " si peragut itu tersenyum sinis . Dahlia hanya diam tidak meronta namun air mata ketakutan masih mengalir . Tidak mahu dia mati semuda ini ergh !

"Tak , isteri aku . Aku nasihatkan kau letak pisau tu sebelum benda buruk terjadi . " ujar lelaki itu menyentakkan Dahlia .

Sesuka hati je mamat misteri ni . Ada perhitungan yang perlu dia selesaikan nanti !

Namun pegangan dileher Dahlia makin diperkuatkan hingga gadis itu sukar untuk bernafas .

Iman mengeluh kasar . Topinya dilempar ke atas meja . Rambutnya sengaja diserabaikan . Rambut yang rapat didahi diselak ke belakang .

Dia mendengus kuat .

"Menyusahkan lah bangsat ni "

Dia bangkit dengan malas . Baru je nak melantak datang pula si bala .

"Kau jangan cakap aku tak warning eh "

Zap !

Zap !

Zap !

Peragut itu melutut meraung sambil memegang tangannya . Terasa kedua-duanya sudah patah ditendang Iman dengan kuat .

Peragut itu diheret dan dihabiskan oleh para Adam yang berada disitu namun tidak bagi Iman .

Sebaik saja peragut itu melepaskan pegangan Dahlia dan tas yang diragut Dahlia yang hampir rebah disambutnya laju .

"Kau okay ? " soalnya saat terpandang wajah pucat Dahlia . Belum sempat gadis itu menjawab dia terlebih dahulu memejamkan mata lesunya . Iman mengeluh berat .

Rambutnya diraup kebelakang . Tangan kanannya memikul Dahlia dibahu kanannya manakala tangan kirinya sibuk mendial nombor seseorang sambil langkah mengorak menuju ke kereta mewahnya .

"Shin , aku on the way balik Mansion. Make sure semuanya terkawal . By the way aku ada tetamu buat korang "

Tit .

Terus dia matikan panggilan . Iphone Xnya dibaling ke seat belakang sebelum dia meletakkan Dahlia di tempat driver co-seat sebelum dia berlalu ke tempat pemandu .

Takde pilihan lain , tak akan nak biarkan wanita itu rebah dihadapannya ?

Iman fokus memandu sesekali matanya mengerling memandang Dahlia yang seakan lena diulit mimpi walhal dia sedang pengsan .

Terdengar gadis itu berdesis perlahan kadang-kadang saat kereta melalu bonggol atau lubang .

Haila girl , who are you ?

"AKU rasa perempuan ni mangsa dera lah weh . Badan dia penuh kesan berbirat . And aku syak it's belt mark . " ujar Lee , Doktor peribadi Iman merangkap anak buah Iman .

Iman hanya mendiamkan diri . Belt mark?

"Kau kasi dia rest , esok pagi dia sedar lah tu . Nothing to worry by the way . Okaylah aku mengantuk . Chau bro " terus Lee berlalu ke biliknya . Lee memang menetap di Mansion ini bersama Iman . Katanya memudahkan kerjanya tidak perlu berbolak balik ke sana ke mari .

Dia , Bidadari Tak BersayapWhere stories live. Discover now