First Step #21

15.4K 691 23
                                    

Hari minggu , hari Dahlia dan Luna rancang untuk keluar membeli belah . Isabella tak dapat sertai kerana gadis itu perlu terbang ke Dubai untuk Victoria Secret Fashion Show .

Teringat waktu mereka bertiga merancang untuk keluar sekali . Tercebik-cebik Isabella kerana tidak dapat sertai . Last-last mereka rancang tarikh lain yang mereka bertiga bersama .

Starbucks menjadi tempat pilihan mereka merehatkan kaki seketika .

"Gosh , penatnya ! " Luna meletakkan kepala diatas lengan yang dilunjurkan diatas meja . Dahlia tergelak kecil melihat Luna .

Penat ? Gadis ini dari pukul 11 pagi sampai 5 petang berjalan satu mall dan baru terasa penat ?

"You nak apa ? I order plus i belanja " Ujar Luna ceria . Bukan selalu dapat keluar dengan Dahlia . Nak buat macam mana , si Iman tu sayang sangat dekat Dahlia sampai nak keluar dengan dia pun kena buat surat rayuan .

Ha ! Takdelah .

"Sure ? Kalau macam tu , Lia nak Chocolate with Caramel and Cream " dia tarik sengih lebar . Luna gelak lepas . Dia mengosok rambut Dahlia . Tercebik gadis itu menjeling Luna yang melangkah ke kaunter  pesanan . Sengaja serabaikan rambutnya !

Dahlia yang ralik memandang sekeliling terus memandang hadapan saat diri terasa diperhatikan begitu lama oleh lelaki berhoodie hitam dihadapannya .

Dia cuba beriak tenang . Tak mahu kelihatan gelabah yang menonjol .

"Nah , jum balik ?  " Luna menghulurkan air seperti yang dipesan . Dahlia angguk sebelum berdiri mengambil  barang yang dibeli satu persatu .

Mereka berbual kecil sambil menuju ke kereta yang diparkir dibasement .

"So , macam mana being housewife ? " Luna membuka topik memulakan perbualan .

"Good . So far , Lia dah kenal sikit perangai Iman " Luna lepas tawa kecil .

"Dragon memang macam tu . Walaupun mafia tapi bila dengan orang yang dia sayang emh keluarlah perangai sebenar dia "

Dahlia menghentikan langkah . Memandang Luna yang sudah berkerut kening memandang Dahlia .

"Dragon ? Mafia ? "

Terbuntang luas mata Luna . Dia sumpah seranah dalam hati . Dia terlepas cakap ! Iman memang taknak Dahlia tahu pekerjaan keduanya . Cukup saja dikenali sebagai CEO T Holding .

Luna gigit bibir bawah sambil pejam mata .

Habislah aku..

"Apa yang Lia tak tahu , Luna ? " serious Dahlia menyoal .

"Jum balik dulu ? Atas kereta i explain " dia tarik tangan Dahlia . Sampai dikereta dia segera menyimpan barang didalam bonet . Dahlia hanya menurut .

"Okay explain "

Luna tarik nafas dalam . Gila ke nak bagitahu Dahlia ? Mahu kena penggal dengan Iman .

"Lia , i think i should let Iman tell you the whole things . " serba salah dia memandang Dahlia . Fokusnya bergilir memandang Dahlia ditepi dan jalan .

Dia , Bidadari Tak BersayapWhere stories live. Discover now