Chap 4

503 29 0
                                    

Sedar - sedar je aku sudah berada di satu kawasan air terjun yang berbukit. Aku hanya mengikut saja arah Zarith membawaku. Dalam pada itu, tangisan aku masih berlagu lagi.

Hatiku sangatlah hiba saat itu. Kami mengambil tempat di bangku yang mengadap ke arah air terjun itu. Zarith menghulurkan sapu tangannya kepada aku. Huluran itu aku sambut sebelum mengelap air mataku.

"Sebenarnya saya tak pernah ada pengalaman pujuk perempuan nangis. Jadi, saya tak tau nak pujuk awak. Hmm, apa kata awak nangis je dulu. Mungkin awak boleh lebih tenang lepas luahkan semua tu" Zarith memujukku lembut.

"Saya penat dengan semua ni. Kenapa mesti saya yang face semua ni? Saya tak kuat lagi. Kalau dulu saya mungkin kuat tapi lepas mereka pergi, buatkan saya jadi lemah" aku menangis teresak - esak.

Terasa seperti ada tangan yang memaut bahuku. Tanpa dapat aku kawal lagi keadaan aku, aku menangis teresak - esak di bahu Zarith.

"Tuhan tak adil. Dari dulu lagi saya tak bahagia"

"Shush! Awak tak boleh cakap macam tu. Semua berlaku bersebab, mungkin perit untuk awak hadapi semua tu. Tapi awak tetap kena hadapi juga. Semua ni akan buatkan awak jadi kuat kalau awak tempuhnya dengan berani dan yakin" Zarith memujukku. Rambutku diusapnya lembut.

"Sama je macam dia cakap. Semuanya berlaku bersebab! Semuanya berlaku bersebab! Tapi sampai sekarang saya still tak tahu sebab apa. Sebab nak buatkan hidup saya lagi teruk ke? Saya rasa baik saya mati je Zarith. Saya dah hilang semua yang saya sayang, yang sayangkan saya. Yang selalu dengan saya. Sekarang ni tinggal saya sorang je. Saya dah takde sesiapa lagi yang akan ada dengan saya. Saya sunyi Zarith, saya sunyi" luahku mendayu. Makin lebat air mataku yang mengalir.

"Beristighfar Hanna. Jangan mudah putus asa dengan hidup awak. Allah tak suka tengok hamba dia putus asa macam tu je. Allah duga awak sebab dia sayang awak. Lagi satu, awak kena ingat bahawa masih ada lagi yang sayangkan awak. Awak masih ada Allah untuk menyayangi awak dan bersama awak. Dia takkan pernah tinggalkan awak. Dan awak still ada saya, saya akan cuba untuk berada dengan awak selagi saya mampu. Awak pun kena ingat yang awak still ada parents awak. Walaupun diorang tegas dan garang. Percayalah yang jauh di sudut hati diorang. Diorang masihkan sayangkan awak" pujuk Zarith.

Seraya itu, aku tegakkan semula badanku. Air mataku aku kesat sebelum memandang ke arah Zarith.

"Parents saya? Mereka bukan seperti yang awak anggap Zarith. Pada mereka, saya takdelah penting mana. Yang diorang sibukkan adalah macam mana nak pastikan harta diorang terus bertambah dan terjaga" dengan penuh sinis aku membalasnya.

"Tak elok awak cakap macam tu, Hanna. Walau macam mana pun perangai diorang, awak sebagai anak kena bersangka baik dengan diorang. Awak kena doakan mereka supaya mereka berubah. Bukannya terus menyalahkan mereka dan terus membenci mereka" Zarith menasihati aku lembut dalam tegas.

Aku mengeluh kasar.

"Entahla, Zarith. Susah untuk saya berbaikkan dengan keluarga saya setelah apa yang jadi" balasku dalam senyuman tawar.

"Apa yang jadi sebenarnya?" tanya Zarith dengan suara yang teragak - agak.

"Belum masanya lagi kut nak cakap. Sebab semua tu hanya tinggal memori je. Tapi memori yang hidup dalam hati saya. Hmm, terima kasih sebab sudi dengan saya. Sorry pasal tadi" ujarku dengan penuh serba salah.

"Takpe, saya tak paksa awak untuk ceritakan apa yang awak masih takleh luahkan. Tapi Hanna, awak tak sepatutnya buat ibu bapa awak macam tu. Cuba kawal kemarahan awak" pujuk Zarith.

Aku hanya mengangguk sebelum melemparkan pandangan ke arah air terjun di hadapanku. Terasa tenang saja hatiku ini. Memang benar kata Zarith yang aku tak sepatutnya berkelakuan sedemikian tapi nak buat macam mana kalau aku sukar untuk menghapuskan rasa marahku terhadap apa yang telah terjadi.

Ada yang menasihati aku bahawa semua yang terjadi bukanlah salah ibu bapaku. Pada mereka semua tu hanyalah kejadian biasa. Namun padaku, kejadian tu takkan jadi kalau diorang tak bertindak sedemikian.

"Suka tempat ni?" duga Zarith, suaranya agak ceria.

"Suka, cantik dan tenang. Thanks" seraya itu aku menghadiahkan senyuman ikhlas. Tak salah untuk Zarith menerimanya kerana dia layak.

"Aduh!" tiba - tiba Zarith mengaduh sakit, tangannya memegang dadanya.

"Awak okey tak ni? Sakit ke?" risau aku melihat perlakuan Zarith yang tiba - tiba.

"Jantung saya macam nak keluar dari sangkar dia bila tengok senyuman awak" balas Zarith dengan ketawa kecil.

"Haish, dia ni. Orang ingatkan sakit betul. Rupa - rupanya main - main je lebih" marahku sebelum ketawa kecil saat terkenang cara Zarith kenakan aku.

"Kan bagus kalau awak boleh senyum dan ketawa macam ni" puji Zarith sambil tersenyum.

"Tengoklah dulu macam mana" balasku setelah tersedar bahawa aku ada berbuat demikian.

"Hmm, yelah. Orang tak sudi nak buat macam mana. Terpaksalah suruh mana - mana pokok senyum dan ketawa" Zarith membals seolah - olah berjauh hati dengan muncungnya yang agak comel.

"Haha, yelah. Saya akan cuba senyum dan ketawa untuk awak" pujukku.

"Wuu, terharunya. Hanna" Zarith memandang ke arah aku dan itu buatkan aku rasa macam ada benda terbang dalam perut aku ni.

"Mende?" aku menyoal dengan selamba.

"Apsal kat kolej ngan kat luar awak lain erh?" Dah agak dah mesti akan dia tanya aku juga pasal benda ni. Cuma tak tau bila je.

"Takde sebab yang khusus untuk apa yang saya buat ni. Cuma saya rasa lebih happy macam ni. Saya tak kisah kalau penampilan nerd saya kat kolej buatkan orang enggan mendekati saya. Sebab masa nilah nak tahu kawan sejati tu macam mana. Lagipun, takde yang tahu pasal kedudukan keluarga saya" nak tak nak aku kenalah juga terangkan kat dia.

"Ouh, kiranya saya ni antara yang bernasib baiklah sebab dapat kenal awak, kan?"

"Lebih kuranglah, senang cakap awak orang pertama yang saya kenal kat kolej"

"Terharunya saya. Hmm, awak tak nak cerita pasal keluarga awak ke kat saya?"

"Hmm, nama papa saya Tuan Sri Mikhail Hayden. Mixed blood British - Melayu. Nama mama saya Puan Sri Junairah Hamid" ujarku.

"Damn! Your dad billionaire right?" soal Zarith.

"Hmm, tapi dia bukannya saya. Tu pasal saya tak kisah sangat dengan harta dia. Kenapa? Awak terkejut ke?" soalku.

"Takdelah, saya biasa je. Cuma saya pernah baca beberapa artikel pasal papa awak sebab dia one of my role model. Teruja je. Patutlah macam kenal je tadi papa awak" balas Zarith sambil menggosok belakang kepalanya.

"Hmm, okey. Awak tak segan ke rapat ngan saya kat kolej. Yelah, I'm not hottest and pretty one at college" aku menduga dengan sinis.

"Saya nak berteman dengan manusia biasa yang biasa - biasa saja. Kalau saya nak berteman dengan budak hot dan cantik. Baik saya berkawan dengan model terus" seloroh Zarith.

"Yelah, Zarith"

"Jom, kita pergi tempat lain pula" ajak Zarith.

Kami melangkah ke arah kereta Zarith sebelum menuju ke destinasi yang aku sendiri tidak tahu di mana.

***

lot of 💖

Untitled DreamWhere stories live. Discover now