Chap 10

383 24 1
                                    

Kali ini aku menangis semahu - mahunya. Sudah lama aku tak nangis macam ni. Kali terakhir aku nangis macam ni saat abang baru meninggal dunia.

Jenazah Rafiq tak sempat aku nak tengok sebab katanya dia turut terbakar sekali dengan kereta yang mereka naiki. Manakala abang pula tercampak ke jalan dan hentakkan di kepalanya yang kuat membuatkan dia meninggal di tempat kejadian.

Ngilu yang teramat hati aku saat teringatkan apa yang jadi. Kalau boleh aku tak nak langsung ingat. Tapi mustahil aku boleh lupa semua tu. Memori aku masih teringat apa yang terjadi setahun yang lepas.

***

Ketika aku beusia 16 tahun, petang itu, seperti selalu aku, Rafiq dan abang ingin keluar bersama - sama. Memandangkan abang baru memperoleh lesen memandunya. Jadi kami berpakat untuk keluar bersama. Ketika itu aku sedang bersiap di bilik.

Namun aku terdengar suara yang agak bising di bawah. Setelah siap, aku segera menuruni tangga dan menuju ke ruang tamu memandangkan Rafiq dan abang menanti aku di situ.

Kelihatan mama dan papa turut berada di situ. Raut wajah abang kelihatan agak tegang, begitu juga dengan wajah papa.

"Abang tak faham kenapa papa benci sangat bila abang berkawan dengan Rafiq. Apa salah Rafiq dengan papa? Dengan mama?" soal abang, suaranya agak tinggi.

Kedengaran Rafiq menegur ketelanjuran abang aku yang meninggikan suara terhadap papa.

"Papa tak suka abang berkawan dengan dia. Dengan budak kampung ni. Abang sendiri cakap dia tinggal dengan datuk dia. Bila papa tanya pasal keluarga dia, ada je yang abang dalihkan. Nampak sangat dia dari keturunan entah apa - apa. Pastu pengaruh abang buat benda merepek. Dahla abang, papa tak nak kamu berkawan dengan dia. Kalau papa dapat tahu abang still berkawan dengan dia, papa takkan teragak - agak.."

"Teragak - agak apa pa? Papa nak tukarkan abang ke sekolah lain? Tukarlah pa. Abang tak kisah. Persahabatan kitorang tetap tersimpan dalam doa kitorang pa. Sepatutnya papa bersyukur sebab at least dia dah tolong ringankan tanggungjawab papa. Tanggungjawab untuk berikan didikan agama yang secukupnya kat abang. Macam ni papa still fikir yang bukan - bukan kat dia? Hanya sebab dia tinggal dengan datuk dia. Dahla pa, harta takleh bawa matilah pa. Abang dah muak dengan segala kemewahan yang dilimpahkan kat abang. Abang tak hadap harta mama dengan papa pun. Sebab abang dah dapat harta yang bernilai dari Rafiq, harta yang papa sendiri takleh kasi iaitu agama pa. Abang malu ada mama dengan papa macam ni. Semua orang agungkan papa as jutawan kat sini tapi papalah yang paling miskin pa kalau nak dibandingkan dengan Rafiq. Papa takde agama"

"Johan Emeriz!!" nama abang disebut sebelum tangan papa naik ke pipinya.

"Kalau engkau malu sangat ada keluarga macam kitorang! Kau boleh berhampus dari rumah aku! Aku pun takde anak yang tak kenang budi macam kau!" marah papa.

"Pa, abang tak niat nak biadab dengan papa atau mama. Abang sayang sangat keluarga abang sebab korang je yang abang ada kat dunia ni. Tapi abang teringin nak miliki keluarga yang bahagia dengan pegangan agama yang mendalam. Mungkin mama dengan papa dah buang abang tapi abang akan selalu doakan mama dengan papa" mama dan papa hanya berdiam.

"Kau boleh pergi!" tengking papa.

'Ma, halalkan makan minum dan segala yang mama pernah kasi kat abang" ujar abang sebelum menyalami mama, walaupun mama menarik tangannya. Abang tunduk untuk mencium tangan mama. Tubuh mama dipeluknya. Namun mama menolaknya kasar.

"Pergi! Aku dah takde anak lelaki" hambur mama.

"Pa, ampunkan salah abang pa. Abang minta ampun sangat, bukan maksud abang nak kurang ajar. Takpe kalau mama papa nak buang abang. Abang terima" ujarnya setelah menyalami papa. Namun apa yang mama lakukan juga papa turut lakukan.

Ketika itu, abang melihat aku. Dia tersenyum kepada aku. Seraya itu dia mendekati aku, membawa aku ke dalam pelukannya. Aku dapat rasakan basah bajuku di bahu.

"Abang minta maaf kalau abang bukan abang yang terbaik untuk adik. Abang harap adik akan buat apa yang abang ajar. Bila abang takde nanti, abang nak adik amalkan semua apa yang abang ajar. Abang nak adik kuat, hormat mama ngan papa. Jangan jadi macam abang. Di buang. Abang sayang sangat adik. Moga satu hari nanti kita jumpa. Kalau tak sempat nak jumpa. Kita jumpa di syurga ye adik?" ujarnya sebelum mengucup dahi dan pipiku.

Aku turut menangis. Air matanya mengalir di pipiku saat dia mencium pipiku.

"Abang, jangan tinggalkan adik. Adik sayang abang. Abang je yang adik ada" ujarku dalam tangis.

"Abang tak tinggalkan adik. Abang akan selalu ada dalam hati adik. Simpan abang dalam setiap doa adik. Ingat, adik ada Allah" ujarnya sebelum memelukku kejap seperti enggan melepaskan aku.

Namun akhirnya pelukan itu dileraikan, dia melangkah pergi bersama Rafiq. Aku mengejarnya.

"Abang! Jangan tinggalkan adik abang!" jeritku.

Kelihatan abang hanya memerhatikan aku sebelum tersenyum tawar. Ketika aku ingin mengejarnya lagi, papa menarikku.

"Let me go!" marahku, seraya menolak papa.

Ketika itu aku berlari ke dalam kereta Pak Samad sebelum menyuruhnya mengekori abang dan Rafiq. Sampai di persimpangan jalan, mata aku sendiri melihat bagaimana kereta abang dirempuh oleh lori minyak.

Aku dapat melihat abang tercampak keluar dari keretanya. Ketika itu juga aku berlari keluar dari kereta dan menuju ke abang yang sudah berlumuran darah di jalan.

"Abang!" panggilku sambil memangku kepalanya. Darah membuak keluar dari mulutnya.

Pipi aku dipegangnya dengan lemah.

"A..bang..sa..yang sa..ngat..aa..dik" ujarnya lemah.

"Adik pun sayang abang. Tahan please, tahan demi adik" pintaku.

Emeriz menghadiahkan senyumannya. Abang sangat suka senyum dan dia sangat murah dengan senyuman. Walaupun dia di timpa pelbagai musibah, namun dia masih mampu tersenyum di depan aku.

Ketika itu, terdengar bunyi letupan dari arah bertentangan. Kereta yang dinaiki abang dan Rafiq meletup. Ketika itu aku teringatkan Rafiq yang masih di dalam kereta itu.

"Rafiq!!!" jeritku seperti histeria.

Ketika itu juga abang pergi meninggalkan aku. Hari yang sama dan tempat yang sama. Aku kehilangan 2 orang yang sangat aku sayang dan yang sangat penting dalam hidup aku.

Sejak daripada kejadian itu, mama dan papa berkabung dalam beberapa minggu. Namun, setelah itu mereka menjalankan aktiviti harian mereka seperti biasa. Tapi tidak bagi aku, aku masih tak dapat lupakan semua tu.

Aku hilang mereka di hadapan mata aku sendiri. Dan kalau bukan sebab mama dengan papa mesti semua tu tak jadi. Kalau mama dan papa dapat terima Rafiq. Abang takkan dihalau dan abang takkan pergi tinggalkan dia.

Sehinggalah satu tahap, Johanna Emelda, seorang yan periang dan manja turut pergi. Turut pergi bersama roh Emeriz dan Rafiq. Dan yang tinggal hanyalah Johanna Emelda yang beku dan dingin.

***

Lot of 💖

Untitled DreamWhere stories live. Discover now