Chap 14

392 23 3
                                    

Aku duduk termenung di taman halaman rumahku. Pelbagai perkara mula menjengah ke benak minda aku. Berkaitan amanat Johan Emeriz, berkaitan Hanna dan macam macam lagi. Memikirkan cuti aku masih berbaki 2 bulan lebih lagi, aku rasa aku boleh gunakan masa itu untuk memperbetulkan keadaan.

Kalau boleh sekurang - kurangnya Hanna dapat surat yang Emeriz kirim. Aku mengeluh saat memikirkan hal ini. Mengapa terlalu berat dugaan yang aku perlu hadapi. Aku takut untuk berhadapan dengan Hanna. Mustahil untuk aku bertentang mata dengan Hanna dan menceritakan segala tentang abangnya kembali.

Semestinya perbuatan itu akan membuatkan Hanna semakin sedih dan meratapi tentang apa yang terjadi.

“Abang” kedengaran suara Zarith menyentakkan lamunan aku.

“Apsal?” soalku memandang ke arah yang Zarith yang sedang berdiri beberapa langkah dari aku.

“Urm, Adik ada benda nak cakap dengan Abang” dia bersuara sebelum mengambil tempat di sebelah aku.

“Apa?” soalku, adik aku ni suka buat suspens pula.

“Jom gi holiday. Kita pergi kita je” Zarith bersuara.

“Kita? Abang dengan Adik je?” soalku, pelik pula idea adik aku ni.

“Adik plan nak gi holiday dengan Hanna sekali. Kita bertiga. Kita bawalah Hanna gi mana - mana. Kesian dia alone” pujuk Zarith.

“Agak agaklah adik oi. Hanna tu perempuan, kita dua ni lelaki. Ingat senang ke nak bawa dia ke sana sini. Setakat nak keluar bersiar - siar, boleh lagi. Ini sampai nak pergi holiday sama - sama. Ingat senang ke?” luahku. Idea Zarith memang berguna tapi mustahil untuk dapat pergi.

“Urm, ajaklah mana - mana perempuan temankan dia juga. Mak Yam? Dia mestilah boleh. Lagipun parents Hannakan takde” cadang Zarith.

“Yalah, habis? Sape nak minta kebenaran parents dia?” soalku.

“Abanglah, kan lagi afdal” ujarnya.

“Haish, yalah. Ni adik dah tanya ke Hanna? Plan bukan main, sekali tuan punya badan takleh join” balasku.

“Urm, adik nak pergi rumah dialah ni” ujarnya.

“Sekarang?” soalku, jam dah pukul 5 lebih.

“Sekaranglah abang oi. Jom” ajak Zarith seraya menarik tanganku.

Nak tak nak aku terpaksa juga mengikut jejak langkah Zarith. Zarith menghulurkan kunci kereta kepada aku. Sambil menggelengkan kepala.

Aku turutkan juga untuk memandu kereta ke rumah Hanna. Dalam hati aku berharap yang Hanna akan setuju dengan idea ni. Nak juga aku buatkan Hanna happy.

***

Kereta dipandu menuju ke rumah Hanna. Kelihatan Hanna sedang duduk termenung di kolam ikan rumahnya. Zarith dah awal awal lagi dah pergi menyapa Hanna. Aku mengekori langkahnya.

“Hanna, sihat?” sapa Zarith.

“Oh, hai Zarith. Sihat. Apsal tak cakap nak datang?” soal Hanna. Kelihatan terdapat kesan air mata di bawah matanya.

Aku melepaskan keluhan di dalam hatiku. Sakit rasa hati aku bila mengenangkan keadaan Hanna sekarang. Mesti kehidupan Hanna sepi dan sakit.

Dia kehilangan abang yang dia sayang di saat keluarga dia sendiri abaikan dia. Nampaknya keputusan untuk mengajak Hanna bercuti bersama - sama adalah keputusan yang baik saat ini. Zarith dan Hanna berbual - bual.

Aku dapat menangkap seri muka Hanna yang pilu sahaja dan boleh dianggap hambar.

“Apsal tiba - tiba datang?” soal Hanna.

Untitled DreamWhere stories live. Discover now