Chap 29

422 24 0
                                    

Kini, tiada lagi Johanna Emelda yang dingin. Yang ada kini hanyalah Johanna Emelda yang periang dan nakal. Sejak dari kejadian itu, aku mula berubah. Hubungan aku dengan ma dan pa juga kembali baik. Malah, ma da pa juga sudah berubah. Alhamdulillah, aku dan ma sudah menutup aurat.

Namun sayang, sudah hampir 3 minggu aku tidak berhubung dengan Syahran. Malah, dia juga tidak menghubungi aku. Terbit juga rasa sedih, kini aku sudah tamat pengajian sebagai seorang jurutera. Sementara masih fresh graduate, aku ambil keputusan untuk berehat sebentar. Pa dah awal awal sudah simpankan tempat untukku manakala ma merajuk kerana peniagaan butik dan fashionnya tidak menarik minat aku. Sedikit sebanyak, aku masih tidak dapat bendung rasa sedih dan rindu aku terhadap Syahran. Tanpa sedar aku mengeluh perlahan.

"Sayang, kenapa ni? Cuba cerita kat ma ngan pa. Kan Mel dah janji taknak sembunyikan apa apa" pujuk ma, yang ketika itu menyertai aku di wakaf taman villa kami. Ma dan pa mengambil tempat disisi aku.

"I'm okay. Just bosan" dalihku enggan mereka sedar akan kerinduan aku.

"Haa, apa kata Ma aturkan blind date Mel dengan kawan Ma. Mel mesti suka punya. His parents dah suka dengan Hanna" pujuk Ma dengan ceria. Pa disisi hanya mengangguk setuju saja. Terbit juga rasa serba salah andai kecewakan Ma.

'Adik akan tunaikan apa yang abang nak. Bahagiakan ma dan pa untuk abang' desis hati aku.

"Boleh juga"

"Betul? Kalau macam tu, Mel gi naik siap siap. Ma nak call kawan Ma jap" seraya itu, Ma beredar masuk ke dalam rumah.

Tinggal aku dan Pa di halaman taman ini. Aku sedar Pa sedang menatap wajahku dengan penuh rasa, 'sayu'.

"Kenapa, Pa?" soalku dengan satu senyuman, sekadar usaha untuk memujuk hati tua itu.

"Kalau tak disebabkan ego Pa, mesti kat depan Pa akan ada lagi sorang putra hati Pa. Maafkan Pa, maaf sebab Pa tak berjaya menjadi ayah terbaik untuk Mel dan abang. Pa berdosa dengan arwah abang. Maafkan Pa" seraya itu tubuh Pa aku peluk erat.

"Abang dah maafkan Pa dan Ma. Mel pun dah redha dengan semua ni. Pa jangan susah hati.  Nanti Mel bagi Pa menantu kay" pujukku ceria setelah pelukan itu aku leraikan.

"Amboi, baru nak keluar date ni dah janji Pa menantu" kepala aku diusap lembut oleh Pa.

"Manala tau sekali pandang handsome macam Pa, weekend ni juga Mel nak kawin" usikku.

"Hahaha, okay. Kalau nanti Mel suka dengan lelaki tu. Mel terus call Pa, biar Pa uruskan" sahut Pa, sambil ketawa kecil.

"Deal, Pa. Mel naik gi siap siap. Taknakla bakal menantu Pa tertunggu. Bye" ujarku sebelum beredar naik ke bilikku untuk bersiap.

***

Setiba di restoran itu, aku mencari jejaka yang memakai kemeja berwarna kelabu kerana sebelum keluar tadi Ma ada cakap yang partner date aku hari ni pakai baju warna kelabu. Ma hanya sempat cakap nama lelaki tu Que ja. Haih, manalah aku kenal. Kalau tak disebabkan Syahran tak abaikan aku, takdenya aku merajuk sampai macam ni.

Dalam aku sedang mencari orang yang memakai baju warna kelabu, aku termasuk ke dalam dakapan seseorang yang sedang berdiri di tengah laluan restoran tersebut. Wajahnya aku tak perasan sangat sebab cahaya matahari yang menyilaukan mata aku.

"Excuse me" suara itu menyedarkan aku dari terkejut aku. Seraya itu aku menjarakkan kedudukan kami.

"Sorry, sorry. Saya tak sengaja" aku bersuara sambil menundukkan wajah aku. Adeh, malunya..

Untitled DreamOn viuen les histories. Descobreix ara