Chap 20

343 21 0
                                    

Gambar aku dan Emeriz, aku tatap. Teringat segala kenangan antara aku dengan arwah Emeriz. Terasa bagai semalam aku dengan Emeriz berkenalan. Segalanya berlaku dengan pantas sehingga aku sendiri masih terkial - kial menelan segalanya. Sungguh, apa yang dikatakan Hanna tadi sudah membuktikan penerimaan Hanna terhadap aku.

Cuma sejak dari tadi aku memikirkan tentang satu perkara. 'Masih terima ke dia lepas tahu tentang aku?' Mengenangkan tentang kemungkinan yang akan berlaku telah cukup membuatkan aku risau. Risau sekiranya Hanna membenci aku.

Lagi pula aku boleh dianggap punca kematian Emeriz. Sehingga kini sendiri masih menyalahkan diri sendiri setelah pemergian Emeriz. Bagaimana pula dengan Hanna?
Aku sedar, apa yang berlaku adalah takdir yang Allah tuliskan antara kami.

Sudah tertulis Emeriz akan pergi ketika itu dan sudah tertulis bahawa aku terselamat daripada kejadian itu. Namun, sedarkah Hanna tentang segala takdir itu. Seboleh - bolehnya aku cuba membuat Hanna faham segala itu.

Aku dikejutkan dengan bunyi telefon. Tertera nama 'Little Princess '. Aku mengambil nafas panjang sebelum panggilan dari Hanna, aku jawab. Nasib baik sekarang aku sedang berada di pondok di luar bilik.

Syah : Hello, assalamualaikum. Hanna okay ke ni?
Hanna : Waalaikumsalam, sepatutnya soalan tu untuk Syah.
Syah : Haha, I'm okay. Kenapa Hanna call tetiba ni?
Hanna : Hm, saja. Sebab tadi Syah nampak pelik je.
Syah : Ouh, sorry sebab buat Hanna pikir macam tu.
Hanna : Eh, takpe. Cuma risau kalau Syah ada masalah apa apa. Tak seronokla nak holiday nanti.
Syah : Serius, Syah okay je.Tadi je sibuk pikir. Sekarang dah okay dah. Jangan risau okay. Kalau ada masalah pun, bukan sebab Hanna pun.
Hanna : Betul?
Syah : Betul, Hanna.
Hanna : Ya?
Syah : Do you trust me?
Hanna : Hm, yes. I trust you with all I have.
Syah : Then, trust me when I said that I'm okay.
Hanna : Okay. Glad to know that. Apa - apa pun Hanna ada untuk dengar masalah Syah macam mana Syah ada dengan Hanna.
Syah : Alala, nak sweet sangat kenapa ni?
Hanna : Hanna memang sweet tau. Syah yang tak sedar.
Syah : Dah tau lama dah. By the way, thanks Hanna. There's no word can describe how I really thank you.
Hanna : Hanna tak buat apa apa pun.
Syah : Ada, Hanna je yang tak sedar.
Hanna : Eleh, adala tu nak kenakan Hanna. Macamla Hanna tak kenal.
Syah : Kiranya Hanna kenal Syah la ni?
Hanna : Kenal, kenal sangat.
Syah : Apa yang Hanna kenal sangat dengan Syah?
Hanna : Hm, entah. Dahla, Hanna nak tidur dulu.
Syah : Ouh, okay. Night. Sweet dream
Hanna : Thanks, night juga. Bye.
Syah : Bye, princess. Thanks for calling me tonight.
Hanna : My pleasure.

Panggilan dari Hanna ditamatkan. Hati aku rasa sedikit berbunga setelah menerima panggilan dari Hanna. Nasib baik Hanna mengambil jalan ini untuk menghubungi aku terlebih dahulu.

Sedikit sebanyak menyenangkan hati aku kembali. Sepatutnya aku tidak membiarkan emosi aku terganggu disebabkan hal tadi. Cukuplah tadi aku menitiskan air mata tanpa sedar, dan mustahil Hanna tidak sedar tentang keadaan aku tadi. Memikirkan semula hal ini menyesakkan fikiran aku.

Aku mula beredar masuk ke bilikku setelah terasa rintikan hujan di muka. Lagipula, jam sudah berganjak ke jam 12.35. Kelihatan Zarith sudah nyenyak tidur. Aku menghelakan nafas lega kerana risau andai Zarith terdengar perbualan antara aku dan Hanna.

***

Maka, bermulalah percutian kami di Pulau Pangkor. Selepas sarapan, Syahran mengajak kami untuk melakukan beberapa aktiviti yang semestinya kegemaran aku. Kami memulakan aktiviti kami dengan snorkeling dan seperti biasa, Mak Yam tidak meyertai kami. Jadi,Syahran sudah menyediakan Mak Yam beberapa aktiviti yang sesuai untuknya.

Setelah siap mengenakan pakaian, aku beredar keluar dari tempat menukar pakaian. Kelihatan, Syahran dan Zarith sedang menunggu aku memandangkan mereka sudah siap dengan pakaian mereka. Seraya itu, kami memulakan perjalanan menaiki bot untuk menuju ke kawasan snorkeling.

Cuaca ketika itu sangat nyaman dan menenangkan, bau laut sedikit sebanyak menyenangkan aku. Sungguh aku sukakan tempat ni. Kelihatan Syahran sempat mengambil gambar menggunakan kamera di tangannya. Aktiviti Zarith aku abaikan memandangkan pemandangan di sekeliling kami lagi menarik perhatian aku.

Selepas 30 minit menaiki bot, kami sampai di kawasan snorkeling kami. Kami disertai oleh beberapa orang lagi bersama dengan fasilitator kami.

***

Sungguh, pemandangan di dasar laut ini sungguh indah. Aku rasa tenang melihatnya. Pengalaman hari ini cukup indah dan aku tidak menyesal menyertai mereka di sini.

Menjelang waktu makan tengah hari, kami tiba semula di kawasan resort.
Syahran dan Zarith sejak dari selesai dari snorkeling tadi telah melonggarkan zip swimming suit mereka. Baju di kemaskan sehingga paras pinggang. Agak janggal untuk aku melihatnya.

Lagi pula, mereka kelihatan kacak dan menarik dengan rambut yang sedikit basah itu. Syahran mendekati aku bagi mengingatkan masa untuk makan tengah hari nanti. Jantung aku berdegup laju, namun bukan kerana Syahran yang dekat denganku atau kerana keadaannya kini.

Sebab mata aku perasan sesuatu yang lebih menarik. Namun, aku tidak berkesempatan untuk menyoalnya. Mungkin, bukan sekarang dan pada waktu yang terdekat nanti.

***

Lot of 💖

Untitled DreamWhere stories live. Discover now