Chap 6

451 28 0
                                    

Hari jadi aku yang ke - 12 disambut dengan meriah di mahligai keluarga aku. Kelihatan abang aku, Johan Emeriz baru pulang dari asrama sedang melangkah masuk ke perkarangan rumah kami.

Bersamanya ada seorang lelaki yang memiliki raut wajah yang sangat tenang. Wajah itu aku tatap dengan penuh minat kerana wajah itu seperti ada satu aura yang agak misteri. Seraya itu aku berlari anak untuk menyambut abangku.

"Abang, adik ingat abang tak balik" sapa aku sebelum merangkul erat lehernya. Bagi melepaskan rindu kepadanya. Pandangan lelaki tadi aku abaikan.

"Haha, birthday adik sendiri. Mestilah abang balik. Tapi esok abang dah kena balik asrama. Sorry, sayang" balas abang dengan suara memujuk. Rambut aku diusapnya.

"Takpe, jom masuk. Birthday party adik dah nak start" ajakku sebelum menarik tangannya.

"Jap" ujar abang sebelum menarik tanganku bagi menghentikan langkah aku. Seraya itu, wajah abang. Aku tatap.

"Ini kawan abang. Nama dia Rafiq" sambung abang sambil menepuk lembut bahu kawannya itu.

"Hai, boleh panggil Abang Rafiq" sapa Rafiq sebelum menguntumkan senyuman lembut.

"Hai, Johanna Emelda" balasku.

"Abang Rafiq panggil Hanna erh?" ujarnya.

"Haha, apsal?" tanyaku kerana agak lucu.

"Sebab lembut sikit. Hanna kan perempuan" ujarnya.

"Ouh, whatever. Abang jom masuk" balasku sebelum menarik tangan abangku untuk masuk ke dalam rumah.

Semasa majlis sedang berlangsung, kelihatan abang dan Rafiq sedang duduk di wakaf di taman rumah. Entah kenapa, hati aku seakan tenang saat melihat wajah Rafiq.

Aku suka melihat senyuman dan tawa Rafiq. Abang aku juga turut gembira di samping Rafiq. Emeriz adalah satu - satunya adik beradik yang aku ada. Dialah abang, dialah kakak, dialah sahabat dan dialah segalanya untuk aku.

Sesungguhnya Emeriz sangatlah aku sayang. Kelihatan mereka didekati oleh papa dan mama. Mama dan papa sedang bercakap sesuatu dengan abang dan Rafiq sehingga wajah abang berubah mendadak. Rafiq hanya tersenyum tawar sambil menepuk lembut bahu abang.

Seraya itu aku mendekati mereka kerana aku ingin tahu kenapa wajah abang menjadi sedemikian.

"Ma, pa. Kenapa ni?" sapaku dengan nada yang mencurigakan.

"Hai, birthday girl. Takdepape. Okeyla, mama dengan papa nak gi layan tetamu" balas mama sebelum beredar bersama dengan papa.

Wajah abang ketika itu aku tatap.

"Kenapa abang? Mama dengan papa cakap apa tadi?" tanya aku.

"Tak cakap apapun" balas Emeriz sambil menguntumkan senyuman hambar.

"Abang Rafiq, nak tau something tak?" soalku kepada Rafiq yang berada di sebelah abang aku ketika itu.

"Apa?" jawabnya dengan senyuman.

"Senyuman abang Hanna macam orang yang kena sembelit. Tawar je, tak ikhlas langsung. No wonder tak ada girlfriend sampai sekarang" usikku.

Pecah tawa Rafiq ketika itu. Aku juga turut ketawa kerana berjaya kenakan Emeriz.

"Ouh, adik kenakan abang erh. Takpe, takpe. Baru plan nak kasi benda ni kat adik" balas Emeriz sambil mengeluarkan sesuatu dari beg galasnya.

Untitled DreamDär berättelser lever. Upptäck nu