Chap 23

305 22 0
                                    

  “Hanna nak beli apa - apa ke? “ Syahran menyoal aku, sekaligus menamatkan lamunan aku.

“Nak tu “ tunjukku ke arah food stall yang menjual takoyaki, kegemaran aku.

“Okay, jom gi sana “ ajak Syahran sambil menarik lengan aku untuk memegang hujung sweaternya.

“Hold this, so you can manage your phobia “ ujar Syahran setelah melihat aku tertanya - tanya dengan tindakannya tadi.

  Macam mana dia tahu yang aku takut? Aku tertanya - tanya. Namun tetap mengekorinya. Lagi pula Zarith dengan Mak Yam sedang beratur membeli makanan mereka tadi. Aku dengan Syahran sekadar berdiri di hadapan gerai itu.

Tiada apa yang dibualkan kerana Syahran kelihatan sedikit sibuk dengan telefonnya. Aku pula masih tertanya - tanya dengan segala gala yang terjadi sejak kebelakangan ini.

Namun segala - galanya terjawab saat Syahran membuat pembayaran. Suara Syahran sudah tenggelam dengan jawapan yang aku peroleh.

  Aku diburu pelbagai rasa dan setiap suara yang berbual dengan aku ketika itu tidak ubah seperti angin malam yang menyapa pergi. Yang aku mahu kini adalah jauh dari mereka, mahu pulang ke bilik dengan segera.

Keadaan berlanjutan sehingga kami tiba ke resort. Seraya itu aku melangkah laju menuju ke bilik aku. Segala di belakang aku abaikan walaupun makanan aku sendiri aku tinggalkan. Semoga Mak Yam menyedari yang aku tertinggal makanan.

  Malangnya, ketika aku berada di dalam bilik. Mak Yam masuk tanpa makanan aku. Lantas aku abaikan saja, lagipula aku sudah tiada selera untuk makan. Yang aku rasa kini adalah untuk pulang ke mahligai aku. Hanya di situ saja aku dapat lari dari realiti ini. Aku berteleku di balkoni di luar bilik.

Aku menengadah ke langit memikirkan apa yang terjadi. Sungguh, aku tidak bersedia menerima apa yang berlaku. Hati aku diburu pelbagai rasa dan kesimpulan yang tersendiri.

Lamunan aku terganggu dengan ketukan pintu bilik resort aku dengan Mak Yam . Mak Yam bangun membuka pintu. Kelihatan Syahran terpacak di luar bilik kami dengan makanan aku ditangannya. Nasib baik tempat yang duduk ini tersorok dari mereka.

Tiba - tiba Mak Yam menutup sedikit pintu bilik kami sebelum melangkah ke arah aku. Aku hanya menunggu apa yang Mak Yam ingin sampaikan kepada aku.

“Tuan Syahran cari Cik “ kata Mak Yam, sopan dan kelihatan dia serba salah kerana melihat keadaan aku yang seolah - olah ingin bersendirian.

“Cakap yang saya dah tertidur “ arahku sebelum kembali menyandar ke kerusi di situ sebelum memejamkan mata aku. Aku membiarkan bayu pantai menyentuh wajahku tika itu.

  Tiada apa yang ada di dalam fikiran aku kini melainkan segala - gala yang nampak pelik dari awal lagi. Bermula dari kemunculan Zarith dan diikuti oleh kemunculan Syahran.

Berlanjutan kepada setiap reaksi Syahran yang nampak terusik dengan setiap luahan aku tentang abang dan Rafiq, kata - katanya yang seolah mengenali aku.

‘Don ‘t forget to count the sheep…. princess ‘

  Baris kata yang sering Rafiq ingatkan aku untuk tidur.

Mushroom soup… Sukakan pantai… Alah coklat.. Alergik seafood ‘

   Banyak tentang aku yang dia tahu. Pada mulanya aku sekadar ingatkan kebetulan sahaja. Sehinggakan tentang tanda lahir dia juga aku anggap sekadar kebetulan.

Aku sangka dia sekadar meneka dan kebetulan semata - mata. Namun, sangkaan aku meleset sama sekali. Semua itu bukan kebetulan. Tetapi aku masih belum jumpa kata - kata yang sesuai untuk mengambarkan keadaan apa yang terjadi. Adakah semua ini dirancang?

Sungguh, hati aku mula terasa ragu saat teringat kejadian tadi. Lidah aku kelu saat terpandang gambar yang berada pada wallet Syahran tadi. Mustahil kebetulan lagi, kerana selain aku dan abang, Hanya Rafiq sahaja yang ada.

Gambar ketika kami berada di Port Dickson, namun gambar tadi hanya ada Rafiq dan abang. Namun, persoalannya kenapa ada pada Syahran? Siapa Syahran?
Saat itu aku mula teringat nama yang abang pernah sebutkan dulu.

“Apa nama betul kawan abang tu? “

“Rafiq, Muhammad Syahran Rafique. Kenapa? “

‘Ya Allah, benarkah telahan aku selama ni? Tapi kenapa dia bukan seperti Rafiq yang dulu ‘

Saat itu, aku mula teresak. Sungguh saat ini aku keliru dengan apa yang jadi. Tak tahu sama ada aku gembira atau tidak dengan apa yang jadi. Aku keliru dengan perasaan aku sendiri. Aku terasa seolah diperbodohkan dan ditipu oleh mereka.

Kenapa dia buat aku macam ni? Apa tujuan dia? Benarkah Syahran adalah insan yang aku sayangkan itu. Apa lagi yang aku inginkan saat ini? Ya, aku perlukan penjelasan dari dia.

Kalau dia ingin bermain dengan aku, aku akan ikut sama bermain. Seraya itu, sisa air mata tadi aku kesat dengan kasar.

Minda aku kini sedang menyusun rancangan untuk membuatkan Syahran sendiri menjelaskan kepada aku. Soal Zarith, aku sendiri tak tahu sama ada dia terlibat atau tidak. Sukar untuk aku membuat kesimpulan kini. Kerana enggan ada kesilapan.

***

Keesokkannya, aktiviti pagi kami seperti biasa sahaja. Cuma buat saat ini, aku ingin mengelak dari berkomunikasi dengan Syahran. Hanya baris ayat yang pendek dan anggukan sahaja menjadi penghubung kami.

Nasib baik Mak Yam bersetuju untuk mengikut aku hari ini itupun setelah didesak aku. Zarith juga terkena tempias namun aku lebih kerap berkomunikasi dengan Zarith berbanding Syahran.

Ada masanya aku sebolehnya mengelak dari berada dekat dan berdua dengan Syahran. Mungkin kerana fikiran aku masih memproses apa yang jadi dan masih menyusun strategik.

Namun, aku bersyukur kerana esok pagi kami akan bertolak pulang. Masih ada baki lebih kurang seminggu lagi cuti kami.  

Aktiviti kami berlanjutan sampai ke waktu Asar sahaja kerana memandangkan Syahran bercadang ingin membuat BBQ. Mungkin semasa BBQ nanti sesuai untuk aku berhadapan semula dengan Syahran.

Lagipula, Syahran kelihatan menyedari perubahan layanan aku terhadap dia. Maklumlah, kucing pun sedar kalau manusia tak sukakan dia. Inikan pula untuk seorang lelaki dewasa seperti dia.

Mestilah dia sedar yang aku sedang mengelak dari dia. Namun, biarlah dia sedar. Sekurang - kurangnya dia tahu yang tembelangnya sudah semakin pecah. Dan sudah tiba masanya dia berterus - terang dengan aku.

Lama mana saja dia boleh rahsiakan dari aku. Jelas pada raut wajahnya yang dia terkesan dengan perubahan aku. Biar, memang itu yang aku mahu lakukan. Mendera perasaan dia. Itu yang selayaknya untuk apa yang dia lakukan kepada aku.

Aku bersyukur kerana kini aku berada dalam bilik untuk berehat. Mak Yam juga ada bertanya tentang perubahan aku, maklumlah dari semalam dia sedar perubahan aku.

Mustahil dia tidak sedar yang aku menangis dan enggan mengisi perut aku. Namun, sudah aku ingatkan dia supaya tidak menceritakan kepada Syahran mahupun Zarith. Sekurang - kurangnya tidak buat saat ini.

***

Lot of 💖

Untitled DreamWhere stories live. Discover now