Chap 30 (Epilog)

590 32 4
                                    

Kini aku bergelar isteri untuk lelaki yang aku minati sejak zaman sekolah lagi. Sampai sekarang Syahran tak tau yang sebenarnya aku sedar kehadirannya mengintai aku disebalik mesin air di sekolah mereka. Hati kecil aku ketawa sendiri saat teringat wajahnya yang cemas andai terkantoi.

"Sayang, kata nak gi kubur. Yang termenung lagi ni kenapa? Teringat semalam eh? " Syahran sempat mengusik aku tentang kejadian malam semalam. Macam manalah aku boleh terketawa saat Syahran sedang mulakan godaan dia terhadap aku. Mungkin kerana aku sensitif pada bahagian leher kot.

"Ish, tidur luar malam ni" marahku sengaja sebelum aku berjalan laju menyelinap masuk ke dalam kereta sebelum diekori oleh Syahran.

"Sayang" Syahran menyeru nama aku bagi memujuk manja. Ish, sejak bilalah dia ni manja ni.

'Sejak jadi laki kaula, Hanna'

"Apa sayang sayang" marahku sebelum sekilas memandangnya.

Terasa satu ciuman pada bibirku, seraya itu jari aku bergerak menjalankan tugas.

"Ouch! Sakitla sayang. Kot ye pun janganla ganas ganas sekarang. Semalam bukan main"

Sekali lagi Syahran menjerit kecil.

"Ok, ok. Tak cakap dah" katanya sambil menggosok kecil lengannya yang dicubit oleh aku.

"Sakit sangat ke? " terbit rasa serba salah saat melihat Syahran mendesis kecil.

"Sakit" jawabnya manja.

"Padan muka, blek. Dah, dah. Cepat drive" aku sengaja berpura tegas.

"Yala" Syahran bersuara sedih sebelum enjin kereta. distartkan olehnya.

Aku mendekatkan diri aku dengan Syahran. Pipinya menjadi mangsa bibirku melabuhkan tempat. Ciuman sekilas, aku berikan. Terbentuk satu senyuman pada bibir Syahran.

'Eleh! Ngadanya lahai' hati aku bersuara kecil dalam ceria.

***

Tanah Perkuburan Islam Perdana menjadi destinasi kami. Aku sudah kuat menerima ketentuan ini. Kubur Johan Emeriz kami dekati. Surah Yassin disedekahkan buat pemilik nama pada batu nisan itu, sebagai tanda kasih dari aku buatnya.

"Abang,  adik datang melawat abang. Adik datang dengan orang yang abang sayang, orang yang dah bergelar suami adik. Tapi sayang, abang takde pada hari bahagia adik. Takpe, abang akan adik sentiasa bawa ke mana mana. Abang akan sentiasa ada dalam hati adik. Tenangla abang kat sana. Adik akan tunaikan segala permintaan dan amanah abang. Alhamdulillah, keluarga kita dah bahagia. Pergorbanan abang terbalas saat Ma dan Pa kembali pada jalan Allah. Terima kasih, abang. Terima kasih sebab menjadi abang yang terbaik untuk adik. Terima kasih untuk kasih sayang abang untuk adik. Adik sayangkan abang, dunia dan akhirat. Adik sayang abang sangat" sebak mulai menyelinap masuk ke hati aku. Aku tertunduk pilu di kuburnya Johan Emeriz.

"Hanna tunggu kat kereta" pamitku segera beredar meninggalkan Syahran. Selain ingin memberi ruang untuk Syahran, aku juga inginkan ruang untuk tenangkan diri aku.

Setelah Hanna hilang dari penglihatan aku, aku mengambil tempat untuk berbual dengan Johan Emeriz.

"Emer, aku dah tunaikan permintaan kau untuk jagakan Hanna. Aku kawin dengan dia bukan atas dasar permintaan kau tapi aku memang ikhlas sayangkan Hanna. Maafkan aku sebab amik masa yang lama untuk bertemu dengan Hanna. Maafkan aku sebab tiada disisi Hanna saat kau pergi. Aku harap kau tak marahkan aku. Emer, sampai sekarang rahsia kau masih aku simpan. Dan aku tau kau juga tak nak Hanna tau. Lagipun parents kau pun tak pernah ungkit pasal tu. Rahsia yang sebenarnya kau dan Hanna adalah saudara angkat ni akan aku simpan teguh. Andaikan Hanna tahu yang sebenarnya kau cintakan dia lebih dari aku cintakan dia, mesti dia akan terkesan. Cinta kau untuk Hanna sangat besar, pengorbanan kau untuk dia sangatlah besar, Emer. Kau sanggup dermakan darah kau untuk dia saat dia sakit sehinggakan kesihatan kau sendiri terjejas. Aku nampak cinta dan kasih kau lebih dari seorang abang tiap kali kau cerita pasal dia. Emer, aku tak marah andai kau cintakan Hanna lebih dari diri aku. Sebab kau adalah cinta sejati Hanna, cinta pada Hanna adalah sepanjang hayat kau. Aku bertuah sebab dapat berkongsi kasih dari insan yang kau cintai. Tenangla kau kat sana Emer, aku akan jaga dan sayangkan Hanna seperti mana kau sayangkan dia dan persahabatan kita. Aku sayang kau, sahabat dunia dan akhirat. Izinkan aku mengambil impian kau bersama dengan Hanna menjadi impian tak bernama untuk aku" batu nisan itu aku usap perlahan.

Kawasan perkuburan itu aku tinggalkan perlahan lahan. Kini, aku berserah pada takdir Tuhan untuk mencorakkan jodoh aku dengan Hanna selamanya. Akan aku jaga jodoh dariNya ini sebaik baiknya.

Terima kasih Allah kerana menghadirkan 2 orang insan ini saat aku berjaya mengutip pecahan diri aku dulu. Terima kasih kerana memberikan aku peluang kedua untuk menjaga amanahMu ini. Semoga impian tak bernama ini akan menjadi impian terindah untuk insan pendosa seperti aku.

***

-TAMAT-

lots of 💖

Untitled DreamWhere stories live. Discover now