Chap 9

393 27 0
                                    

Keesokkan harinya, Zarith menyapa aku ketika di kelas.

“Awak dah okey?” tanya Zarith.

“Dah” balasku pendek, dingin.

Entahla, buat masa sekarang ni aku tak ada mood ingin melayan sesiapa. Fikiran aku menerawang ke sana atau lebih tepat ke dalam memori aku.

“Nah! Abang saya kirim” ujarnya sebelum meletakkan sebuah beg kertas.

“Apa ni?” tanyaku, hairan.

“Entah, abang saya cakap mungkin awak perlukan ni” balasnya.

Aku hanya mengangguk faham.

“Hari ni kita lunch sama - sama erh?” ajaknya.

“Tengoklah dulu” balasku.

“Okey” balas Zarith sebelum beredar memandangkan ada guru masuk.

Sesi kuliah kami berakhir, memandangkan sudah tiba waktu lunch.

“Zarith, jom gi cafe” ajak Syahrul, rakan Zarith yang duduk di sebelahnya.

Memandangkan kedudukan aku dengan Zarith hanya selang satu meja. Aku masih boleh dengar perbualan mereka.

“Takpelah, kau gi je dengan Amir. Aku malas nak gi cafe" balasnya.

Syahrul hanya mengangguk faham sebelum beredar dengan Amir yang sedang menanti di depan pintu dewan kuliah. Zarith mendekati aku.

“Jom?” ajaknya.

“Awak pergi jelah ngan kawan - kawan awak tu. Saya nak gi library” ujarku, hambar.

“Awak tak nak makan ke?” soalnya.

“Takde selera”

“Eh?! Takde, takde. Awak kena makan juga. Jom. Ibu saya ada kirimkan makanan kat awak” ajaknya.

“Tak nak”balasku, tegas.

“Ala, please. Jomla. Kalau awak nak gi library juga dan tak nak makan. Saya pun samala” balasnya.

“Ish! Ngadala. Yelah, jom” putusku sebelum melangkah ke wakaf yang pernah aku dengan dia berehat bersama.

***

Aku dan Zarith duduk menikmati makanan yang dibawa oleh Zarith. Ibu dia bekalkan 2 bekal untuk aku dan Zarith. Sedap nasi goreng yang ibu di masak.

Aku mengeluh saat terkenang yang mama tak pernah bekalkan aku makanan jauh sekali masakkan makanan kegemaran aku.Semuanya sebab dia terlalu sibuk dengan urusan hariannya.

“Kenapa? Tak sedap erh?” soal Zarith.

“Sedap. Ibu awak tak kerja erh?” tanyaku.

“Ibu saya kerja. Mesti awak pelik sebab dia sempat masak. Hehe, ibu saya memang akan sediakan sarapan atau bekal untuk saya before dia gi hospital” jawab Zarith.

“Hospital? Ibu awak doktor erh?”

“Haah, apsal awak mengeluh tadi?” soalnya, prihatin.

“Urm, saya terfikir tadi yang mama saya tak pernah nak sediakan bekal untuk saya. Jauh sekali nak masakkan untuk saya. Semua bibik yang masakkan” terangku.

“Ouh, mungkin mama awak tak masak sebab dia tak mahir sangat masak. Dia tak nak kecewakan awak kut” pujuk Zarith.

Baiknya Zarith kerana masih mahu aku bersangka baik dengan mama aku walhal dia tahu yang sememangnya mama aku tak masak sebab dia sibuk.

Untitled DreamWhere stories live. Discover now