Chap 27

324 23 0
                                    

Pagi tu, ketika breakfast Hanna langsung tidak bersuara. Meskipun dia berada di hadapan aku namun dia hanya fokus dengan makanannya sahaja. Pertanyaan Zarith pun dia balas sepatah sepatah.

'Kenapa dengan awak ni, princess? ' hati aku menyoal sayu.

Separuh hati aku ingin menyapa dia, separuh lagi ingin memberinya masa.  Ya tuhan, aku ingatkan semudah tu Hanna menerima kemunculan aku. Mesti dia terkejut. Aku patut biarkan dia.

"Hanna" tanpa aku sedar aku memungkiri hati aku sendiri.

Seraya itu, Hanna mengangkat pandangannya dari pinggannya. Saat bertentangan mata dengannya, seolah ada belati menikam dadaku. Mata dia bengkak dan sembab. Meskipun cuba ditutup dengan solekan. Mata aku masih dapat melihatnya.

"Dah abis makan kan semua?  Syah gi bayar jap. Zarith temankan Mak Yam ngan Hanna gi kereta" seraya itu aku bangun beredar ke kaunter, saat itu aku tak mampu menyembunyikan gelodak hati aku yang sarat dengan serba salah dan risau yang amat.

Selesai membayar, aku beredar menuju ke kereta. Kelihatan ada satu kioks yang menjual aiskrim. Teringat Hanna yang sememangnya suka makan aiskrim kalau dia sedih.

Seraya itu aku membeli aiskrim berperisa vanilla untuk Hanna. Mengenangkan Zarith dan Mak Yam, takkanla aku tak belikan. Kang si Zarith tu mulalah nak merepek. Oleh itu, aku belikan untuk semua kecuali aku.

Pintu kereta bahagian Hanna aku buka, cup aiskrim perisa vanilla aku berikan kepadanya. Kemudian baki cup selebihnya aku berikan kepada Mak Yam, nanti pepandaila si Zarith ambil sendiri dari Mak Yam.

Selesai dengan urusan aiskrim tadi, aku mengambil tempat di pemandu. Kelihatan Mak Yam menghulurkan cup aiskrim kepada Zarith. Wajah Hanna aku pandang dari cermin tinjau. Hanna kelihatan sunggul saja, suapannya juga agak sayu. Hati aku mengeluh perlahan.

Sambil memandu, aku berfikir panjang. Aku terfikir sama ada Hanna jadi begini sebab kandungan surat tu ke atau sebab layanan aku semalam. Sungguh, aku buntu. Kalau aku tau hal akan jadi serumit ni, awal awal lagi aku muncul dan jelaskan semuanya.

Tapi aku lupa, keadaan aku pun ambil masa bertahun untuk pulih. Aturan Allah tu benar, aku tak patut berfikir macam ni. Aku beristigfar dalam hati. Aku berserah kepada Allah. Aku cuma berharap aku takkan kehilangan Hanna, aku ikhlas sayangkan Hanna sebagaimana aku sayangkan persahabatan aku dengan Johan Emeriz.

***

Aiskrim di tangan aku tatap sayu, sesekali aku menyuapnya. Tipu kalau aku cakap aku tak tersentuh dengan layanan Syahran yang seolah tak lupa satu pun tentang aku. Setiap kegemaran dan habit aku pun dia ingat. Sejujurnya aku gembira kerana apa yang aku harapkan terjadi juga akhirnya.

Aku selalu berharap yang Rafiq masih hidup. Ternyata Allah makbulkan doa aku, walaupun aku culas jalankan perintah tapi aku diberi semua ni. Aku patut tunaikan janji aku dengan abang supaya terus solat.

'Adik minta maaf abang, adik janji adik buat. Adik rindu abang, adik rindu sangat abang' hati aku merintih untuk kali seterusnya. Air mata mengalir perlahan.

Nasib baik Mak Yam dan Zarith dah terlelap. Hanya aku dan Syahran saja. Suara aku tahan kerana risau tangisan aku berbunyi. Semakin ligat aku kesat air mata aku, semakin laju mengalir.

Tetiba ada tangan yang menghulurkan sapu tangan. Kelihatan Syahran sedang memandu dengan sebelah tangannya lagi menghulurkan sapu tangan kepada aku. Huluran itu aku sambut. Wajahku aku tekupkan pada sapu tangan tu. Phone aku yang berbunyi tanda ada notification masuk, aku abaikan. Setelah berasa lega, aku capai phone.

Saya tau kenapa limau, jeruk semua masam. Sebab manisnya ada kat awak. Tapi sekarang saya tak tau mana perginya manis kat awak. Bila awak masam je macam ni. Boleh bagi tau saya tak?  Bolehla saya tolong carikan.

Mesej dari Syahran aku baca, tanpa aku sedar aku tersenyum saat membaca mesejnya. Walaupun biasa je sebenarnya, tapi bila dari dia. Aku mudah berubah emosi. Mungkin sebab mesejnya diabaikan, dia hantar lagi. Bahaya betul, main phone sambil drive.

Seeing you cry make me feel bad,
I wish I can be your smile so that I can always smile for you. I wish I can turn your teardrop into everything you like as long as you can happy again. You're too precious for me and I can't stand still everytime you cry. It's killing me inside for every drop of your tears. Just so you know how much you mean to me.

Mustahil untuk aku tak terharu. Aku hanya membiarkan saja mesej dari Syahran. Aku sempat menangkap pandangannya dari cermin tinjau. Kantoi dah usha anak dara orang. Syahran sempat membuat muka sedih saat kami berbalas pandangan.

"Drive la elok elok" marahku.

"Baik, mem besar" jawab Syahran sambil mencebik sedih.

"Eh, kawan Syah la" kebetulan kami melalui kawasan bukit. Seraya itu aku menunjuk ke arah sekumpulan monyet yang lalu lalang di tepi jalan.

"Hm, yela. Yang pelik semua kawan Syah kan?. Yang cantik, yang comel semua gang Hanna" Syahran memerli gurauan aku tadi.

"Haa, tau pun. Bagusla Syah ngaku gang. Syah taknak join diorang ke?  Manala tau rindu"

"Taknak, baik Syah dengan Hanna je. Rindu kat Hanna lagi banyak dari rindu kat diorang" balasan Syahran buatkan aku terdiam.

Aku hanya terangguk perlahan. Mesti Syahran nampak anggukan aku. Bagusla, tak perlu untuk aku bersuara sangat. Aku decide untuk berdiam diri dan menikmati pemandangan luar.

"Nikmatila pemandangan kat luar, jangan lupa bersyukur kat Allah. Sebab bagi peluang ni kat kita, sebab kita dapat tengok semua ni" lembut Syahran berpesan. Dalam garang Syahran, ada lembutnya. Dalam lembutnya, ada tegasnya. Dalam tegas Syahran, ada lukanya sendiri.

"Nanti kita buat short vacation lagi eh?" aku sengaja berbasa basi dengan Syahran.

"Inshaallah, boleh je kalau korang ada cuti. Kalau Hanna nak tidur, tidurla. Nanti masa kat berhenti rehat, Syah kejut".

"Taknakla, lepas dari kawasan ni baru Hanna tidur kot. Kesian lak Syah drive sesorang. Zarith dah selamat dah tidur"

"Zarith memang, dia akan tidur everytime naik kereta. Pening katanya"

"Kalau nak Hanna gantikan, boleh je" aku menawar diri. Kesian pula.

"Sokay, temankan Syah drive pun dah ok dah"

"Hm, okay". balasan aku menjadi penutup kepada perbualan kami.

Masing masing berdiam dan lebih kepada melayan perasaan masing masing. Lagu lagu di radio menjadi peneman kami. Tiap kali ada lagu kegemaran, pasti akan ada nyanyian kecil dari Syahran.

Suara dia tetap sama. Sama seperti 7 tahun dulu. Jenis lagu kegemarannya juga masih sama. Malah kebanyakkannya sama seperti lagu kegemaran aku. Segala tentang Syahran buatkan aku teringat memori kami bertiga dulu.

'Hanna rindu Rafiq. Hanna rindu abang. Hanna rindu kita. Hanna rindu Hanna yang dulu. Hanna nak kita yang dulu' dalam hati aku merintih, aku sempat curi pandang Syahran. Benar, perasaan dulu wujud kembali. Rasa yang ada 7 tahun dulu ada kembali. Bukan rasa berdebar atau gugup. Tapi rasa selamat, malah makin kuat.

***

Lot of 💖

Untitled DreamWhere stories live. Discover now