Chap 22

291 20 0
                                    

Malam itu, abang mengajak aku ke pasar malam di stadium. Lagipun ma dan pa tiada di rumah kini kerana ada urusan perniagaan di luar negara. Jadi, mudahlah untuk kami keluar ke pasar malam itu. Jika ma dan pa ada semestinya kami tidak dibenarkan untuk menjejakkan kaki ke pasar malam itu.

Maklumlah, low class dan tak tahu tahap kebersihannya. Tapi sepanjang kami menyelinap masuk makanan dari pasar malam itu, tiada pula antara aku dengan abang yang sakit perut. Propa saja lebih.

  Aku, abang dan Rafiq beredar keluar dari rumah setelah selesai solat Isyak. Rasa tak sabar untuk ke sana memandangkan ini kali pertama Rafiq menyertai aku dan abang.

Sepanjang perjalanan kami, suasana dalam kereta tidak pernah sepi. Ada saja usikkan dari abang mahupun dari Rafiq yang meyebalkan hati aku.
Namun, aku senang apabila dekat dengan mereka.

Lebih kurang 30 minit, kami tiba di kawasan tersebut. Sungguh, malam itu sedikit lain dari malam - malam yang pernah kami pergi, bilangan pengunjungnya lebih ramai dari biasa dan gerai makanannya juga bertambah banyak. Makin terujalah aku ketika itu.

“Adik nak beli apa - apa ke? Makanan berat ke apa ke? Tadi tak dinner kan “ Johan Emeriz menyoal aku saat kami mula melangkah mengelilingi tempat itu..

“Mestila nak beli. Abang ni, apa guna datang sini kalau tak beli apa - apa “ aku menyindir abangku sambil membuat muka memerlinya, Rafiq sekadar ketawa melihat kenakalan aku mengenakan abangku.

“Eh, eh. Suka erh kenakan abang. Ada yang kena tinggal nanti ni. Kan Fiq? “ abang meminta kerjasama dari Rafiq untuk mengenakan aku.

“Eh, apa pula aku. Aku tak terlibat okay “ Rafiq mengangkat kedua belah tangannya tanda enggan terlibat sebelum tangannya itu di masukkan ke dalan poket sweater hitamnya.

Dia kelihatan kacak dengan outfitnya yang serba hitam. Tidak lupa juga kaca matanya yang berbingkai hitam penuh. Nampaknya Rafiq betul - betul peminat setia hitam.

“Okay, okay. Korang berdua memang berpakat ni. Adik dah memang tau dah perangai memang macam tu. Pantang ada makanan mulalah nak mengenakan orang, selera gajah “ perlian dari abang benar - benar membuatkan aku memasamkan muka. Suka betul samakan aku dengan binatang. Kejap biawak, kucing, landak sekarang gajah pula.

“Malas nak layan abang. Tak habis - habis nak samakan adik dengan binatang “ rajukku sebelum membawa diri dalam lautan pengunjung dengan harapan abang akan memujuk aku seperti selalu.

“Eh, Hanna gi mana tu? “ Rafiq menyedarkan Emeriz saat Hanna semakin menjauhi mereka.

“Biar je dia, sengajala tu nak merajuk. Nanti dia cari kita balik. Dah jom temankan aku. Aku nak cari ayam panggang “ seraya itu, Rafiq ditarik ke barisan gerai yang menjual makanan bakar.

Namun jangkaan aku meleset. Abang dan Rafiq menghilang dari pandangan dan radar aku juga. Ni mesti abang sengaja nak mainkan aku. Seraya itu, aku berjalan melewati gerai - gerai makanan di situ. Aku singgah membeli beberapa makanan ringan yang menarik rasa tekak aku untuk memakannya.

Jam menunjukkan pukul 10, ini bermakna sudah hampir sejam lebih aku berpisah dengan abang dan Rafiq. Aku mula dilanda kegusaran. Sudahla aku agak rendah, kini aku tenggelam dalam lautan pengunjung sekaligus menyukarkan aku untuk mencari jalan keluar dari sini.

Aku semakin panik saat menyedari telefon aku tertinggal di bilik kerana tadi aku ada cas telefon aku. Aku berjalan mengikut gerak hati aku namun aku menemukan jalan buntu kerana aku seolah semakin jauh dari abang dan Rafiq.

Kebetulan di kawasan aku berdiri itu agak kurang pengunjung. Seraya itu aku mengambil tempat duduk di sebuah kerusi batu berdekatan dengan laluan itu. Berharap yang abang dan Rafiq mencari aku.

Jam sudah menjejak pukul 11. Pengunjung semakin surut dan terdapat beberapa kedai yang sudah tutup. Aku dihimpit rasa sedih dan sebak. Macam mana kalau abang betul - betul tinggalkan aku. Tanpa sedar, air mata aku menitis mencemari pipi aku.

Sudahlah suasana di sini agak asing dengan aku, sudah lewat malam, sejuk dan yang penting tiada abang dengan Rafiq. Aku menangis di situ. Berharap abang atau Rafiq akan muncul mencari aku.

“Hanna “ ada satu suara mematikan suara tangis aku.

Seraya itu aku mendongakkan kepala aku memandang ke arah suara tadi. Kelihatan Rafiq berlari anak menuju ke arah aku. Air mata semakin melimpahi pipiku.

Sungguh aku lega kerana akhirnya ada yang menjumpai aku di situ. Rafiq mendekati aku sebelum duduk di sisiku.

“Hye, janganlah nangis. Rafiq ada ni “ Rafiq memujuk aku yang sedang menangis.

“Takut “ aku merintih sebelum menjatuhkan kepala aku ke bahunya sekadar ingin menghamburkan sisa tangisku.

“Shush, it’s okay. You’re save now “ pujuknya sambil mengusap lembut rambutku.

Hello, Mer.
Aku dah jumpa Hanna.
Haah, dia selamat je. Ada dengan aku ni.
Kitorang dekat area hujung stadium.
Ya, tempat tadi.
Okay, aku ngan dia tunggu kau kat sini.

“Dah, taknak sedih - sedih lagi. Jap lagi Emer datang “ pujuk Rafiq setelah aku mula mengangkat kepala dari bahunya.

Sisa air mata aku lap, terbit rasa segan dengan Rafiq. Ini kali pertama aku menangis di hadapannya, tanpa abang. Kelihatan Rafiq tersenyum lembut kepada aku. Tidak pasti makna di sebalik senyumannya itu. Ni mesti ada idea nak kenakan aku ni.

“Nasib baik dah stop nangis. Emer datang karang, habisla Hanna kena bahan “ usikkan dari Rafiq membuatkan aku ketawa kecil.

“Jangan nak cakap dengan dia erh “ aku memberikan amaran, maklumlah enggan abang kenakan aku.

“InshaAllah, tak janji “ gurauan Rafiq semakin menyenangkan kembali hati aku yang gundah tadi.

“Jahat “ marahku.

“Kalau jahat, takdenya orang pujuk dia “ kata - kata Rafiq membuatkan pipi aku terasa panas.

“Yala, yala. Thanks “ balasku, lagipun aku belum berterima kasih dengan Rafiq.

“My pleasure. Tapi takleh selalu. Tak elok kalau Rafiq pegang Hanna. Sorry sebab tak hormat Hanna “ kata - kata Rafiq membuatkan aku tersedar keterlanjuran aku lakukan tadi.

  Belum sempat aku membalas kata - kata dari Rafiq. Tiba - tiba aku terasa ada tubuh yang memeluk aku kejap. Terasa selamat berada dalam dakapan begini. Tumpah segala kasih sayang antara aku dan pemilik tubuh ini.

“Alhamdulillah adik selamat. Ya Allah, abang risau sebab tak jumpa adik tadi. I’m sorry princess. Abang tak bertanggungjawab dengan adik tadi. Sorry for letting you go without me “ suara abang sungguh kesal dengan apa yang jadi.

“Takpe, adik pun sengal merajuk ke sana sini tadi. Sorry abang “ balasku sebelum mengusap lembut belakang abang.

“Dah, dah. Alhamdulilah Hanna selamat. Jom, balik. Dah lewat ni, makanan pun dah sejuk “ suara Rafiq segera meleraikan pelukkan aku dengan abang.

“Thanks, Fiq. Nampaknya kau boleh jaga adik aku nanti bila aku dah takde “ Emeriz menepuk lembut bahu Rafiq.

Saat itu aku tidak mengesyaki apa - apa. Seraya itu kami pulang ke rumah. Hari itu, satu lagi kenangan terlakar antara kami bertiga. Kenangan itu juga menyebabkan aku fobia untuk berada dalam keadaan yang sesak dengan ramai orang.

***

Lot of 💖

Untitled DreamWhere stories live. Discover now