Chap 8

390 27 0
                                    

Mengenangkan kehadiran Rafiq dalam bilik Emeriz, pintu bilik abang aku ketuk.

"Masuk" kedengaran suara abang dari dalam.

Seraya itu pintu kamarnya aku buka, kelihatan abang dan Rafiq sedang berdiri di tengah biliknya.

"Abang buat apa?" tanyaku.

"Abang nak solat jap. Adik boleh solat tak? Jom solat dengan abang" ajak abangku.

"Jap, adik cari telekung dulu" ujarku dan berlari anak menuju ke bilikku.

Setelah menyelongkar ke seluruh bilik pakaianku, akhirnya aku jumpa juga bungkusan telekung yang arwah nenek pernah hadiahkan kepada aku. Seraya itu aku kembali ke kamar abang.

"Dah ambil wuduk belum?" tanya Rafiq.

"Wuduk?" tanyaku keliru.

"Alahai adik abang ni, sini abang ajar" ajak Emeriz untuk aku menuju ke bilik air biliknya.

Di situ, abang mengajar aku mengambil wuduk. Setelah selesai berwuduk, aku dan abang kembali ke Rafiq.

"Dah, start Fiq" ujar Emeriz.

"Okey" seraya itu Rafiq mengangkat takbir.

Aku hanya menurut kelakuan dan bacaan yang Rafiq lafazkan. Suaranya sangat merdu dan lunak, sungguh aku berasa tenang. Serius, aku tak pernah rasa sebegini dan aku tenang saja.

Mungkin sudah tiba masanya aku membuat semua tu. Macam yang pernah ustaz di sekolah aku berkata. Setelah selesai solat dan berdoa. Abang menghulurkan tangannya dan tangan itu aku cium. Dahi aku dikucup oleh abang.

"Lepas ni, kalau abang takde. Abang tetap nak adik solat. Solat tu penting sebagai seorang Islam. Abang tahu adik abang ni dah besar. Walaupun mama dengan papa macam tu, adik kena tetap solat juga okey?" ujarnya sambil mengusap lembut kepala aku.

"Okey, adik akan cuba buat" balasku.

"Bagus adik abang ni" balas Emeriz dengan nada yang gembira.

Emeriz bangun dari silanya dan menuju ke meja belajarnya. Setelah bungkusan hadiah dicapainya, dia melangkah ke arah aku dan Rafiq.

"Nah! Happy Birthday my only sister" ucap Emeriz sebelum menghulurkan hadiah itu kepada aku.

"Thankss abang" balasku.

"Dah, gi sana. Tak malu erh masuk bilik laki" senda Emeriz setelah aku selesai melipat telekungku.

"Alaa, esok abang dah nak balik asrama dah. Apa kata abang nyanyi sikit kat adik. Dah lama tak dengar abang nyanyi" pintaku dengan penuh mengharap.

"Haha, taknakla abang" balas Emeriz.

"Alaa, abang ni!" rajukku.

"Haha, Hanna nak lagu apa?" tanya Rafiq.

"Apsal abang Rafiq tanya? Abang Rafiq nak nyanyi ke?" soalku.

"Adik jangan pandang rendah dengan kawan abang ni. Dia penyanyi sekolah kitorang. Suara abang pun kalah tau" balas Emeriz.

"Ouh, ye? Try argh nyanyi" arahku.

"Jap" ujarnya sebelum mengajak abangku untuk beredar untuk menuju ke penjuru bilik.

Abang melangkah ke arah aku yang kini berada di balkoni. Di tangannya ada gitar. Rafiq duduk di buaian di balkoni bilik Emeriz. Aku pula duduk di buaian di sebelahnya manakala Emeriz berdiri menyandar di balkoni.

Di bilik Emeriz sememangnya memiliki 2 buaian begitu juga di bilikku. Buaian - buaian itu sememangnya untuk aku dan dia memandangkan hanya tinggal kami berdua saja di rumah.

Kedengaran Rafiq memetik gitar di tangannya dan menghasilkan melodi yang sangat tidak asing bagi aku. Lagu kegemaran aku, 'You'.

You were there to light my day,You were there to guide me through,
On my days down and on,
I'll never stop thinking of you.

How can I forget all that,
When you the one who make me smile,
You always be a part of me,
How I wish you are still mine.

Never will forget the day,
How we've meet and came this far,
We were know we got this feeling,
But somehow it's has to end up here,

I know it's me to say goodbye,
But that's the hardest thing to do,
Cause you mean so much to me,
And that's the truth for me to you.

For all the thing I've done and said,
For all the hurt that I cause you,
I hope you will forgive me baby,
Cause that wasn't what I meant to do.

Aku terdiam sebentar saat mendengar suara Rafiq. Betul cakap Emeriz, suara dia sedap. Kena pula dengar lagu yang dia nyanyi tadi. Lagu yang sangat aku suka.

"Amacam, sedapkan?" usik Emeriz kerana melihat aku terdiam.

"Tak, biasa je. Best pun sebab tu lagu favourite adik" balasku.

"Sebab lagu favourite Hanna la Abang Rafiq nyanyi" balas Rafiq sambil ketawa kecil.

"Dahla, malas Hanna nak layan" ujarku sebelum beredar masuk ke bilikku.

Pintu kamarku aku kunci bagi mengelakkan Emeriz masuk mengusik aku lagi. Ketika aku sedang bermalas - malasan di katil. Kedengaran telefon pintarku berbunyi menandakan ada notification Whatsapp. Dengan malas aku mencapainya. Terdapat satu nombor yang tidak aku kenali.

Assalamualaikum, Hanna.
Yes? Did I know you?
It's me Rafiq.
Ouh, anything you want me to help you, brother?
This song is for you on your birthday, enjoy.
[Audio]
Thanks. Later I'll listen it.
Okay, welcome. Night. Sweet dream, dear

Aku hanya bluetick dia je. Seraya itu, aku mengambil earpiece aku di dalam laci meja di sisi katilku. Aku mengemaskan posisi baringan aku untuk tidur sambil mendengar lagu yang di beri Rafiq. 'Lagu tadi rupanya'. Tetap best cuma kali ni dia menggunakan piano. Akhirnya, aku tertidur.

***

Lot of 💖

Untitled DreamWhere stories live. Discover now