Chap 12

358 24 0
                                    

Meskipun aku dan Zarith sudah berbaikkan malah bertambah akrab, aku masih tidak menceritakan tentang Rafiq dan Johan. Biarlah aku simpan saja perkara itu sebagai rahsia dan memori aku sahaja.

Terfikir tentang Zarith membuatkan aku teringat tentang abang Zarith, Syah. Dia sering menyertai aku dan Zarith keluar. Pada mulanya aku tidak kisah tapi lama kelamaan aku menjadi janggal dengan kehadirannya.

Aku pernah terfikir untuk menceritakannya kepada Zarith namun akhirnya aku abaikan saja niatku. Hari ini Zarith datang ke rumahku untuk belajar bersama - sama memandangkan ada beberapa projek yang perlu kami siapkan.

Lagipun kami sedang cuti selama 2 minggu. Huh, hari ni baru hari Sabtu, kiranya masih ada baki 15 hari lagi. Nampaknya cuti aku akan dipenuhi dengan belajar, belajar dan belajar. Lamunan aku terbantut apabila Mak Yam menyeru nama aku dari luar pintu bilikku.

“Ya” aku menyahut sebelum bangkit dari baringanku untuk membuka pintu kamar tidurku.

“Kawan Cik Johanna dah sampai” balas Mak Yam di muka pintu.

“Ouh, okey. Jap lagi saya turun. Mak Yam sediakan air untuk dia” arahku sebelum berkira untuk masuk semula untuk membuat perkemasan diri.

Mak Yam hanya mengangguk sebelum beredar. Aku berlalu ke meja solekku untuk merapikan diri. Setelah puas dengan penampilanku, aku turun ke bawah sambil membawa buku - buku yang perlu.

Aku melangkah ke wakaf di kawasan rumahku kerana Mak Yam memberitahuku bahawa Zarith menunggu aku di wakaf. Kelihatan Syah turut ada di samping Zarith. Aku melepaskan keluhan apabila mengenangkan tentang sikap pelik Syah.

“Hai, sorry lambat” sapaku sebelum duduk di antara Zarith dan Syah.

“Takpe, kitorang yang datang awal” balas Zarith sebelum menguntumkan senyuman seperti selalu.

“Ouh, okey. Kita nak bincang apa?” soalku bagi mengurangkan rasa janggal.

“Urm,  prosedur project jom” cadang Zarith sambil mengeluarkan laptop dan buku catatannya.

Aku pun berbuat demikian. Zarith boleh kategorikan sebagai antara pelajar cemerlang dalam course kami, kalau dulu aku selalu berada di ranking pertama tapi sekarang kena bersaing dengan Zarith pula. Aku melihat Zarith sedang khusyuk membuat kerjanya sambil telingannya disumbat dengan earphone.

Nampak sangat dia betul betul fokus dengan kerjanya. Aku nak tanya soalan yang satu ni, tapi macam serba salah nak ganggu Zarith. Syah pula sedang khusyuk membaca novel, ‘If Tomorrow Never Come’. Aku memerhati mereka silih berganti. Namun akhirnya aku melepaskan keluhan sendirian.

“Apsal?” soal Syah melihat ke arah aku.

“Hanna tak faham soalan ni” jawabku jujur, lagipun dia nampak macam berminat nak membantu aku. Jadi, tak salah kalau aku menyoal dia. Hehe.

“Mana?” soalnya sebelum mendekatkan dirinya dengan aku. Secara automatik aku kebelakang sedikit bagi memberi ruang kepada Syah untuk melihat soalan yang aku tidak faham.

Jantung aku berdegup kencang pada waktu itu saat aroma minyak wangi yang dipakainya mula memenuhi ruang pernafasanku. Bau yang dekat dengan aku.

“Ni, Hanna dah try banyak kali tapi still tak dapat” aku menunjukkan dia soalan yang dari tadi aku bingung.

“Ouh, sini Syah ajar” pelawanya sebelum mencari cari sesuatu.

“Cari apa?” soalku saat melihat tingkah laku Syah.

“Nak pen” pintanya saat melihat pen di jariku.

“Ouh, sorry” balasku gelabah sebelum menghulurkan pen tersebut.

Syah tersenyum sinis sebelum menyambut huluranku. Baru aku tahu yang dia kidal. Cara dia menulis lebih kurang Zarith cuma Syah lebih tenang caranya. Memang tak dinafikan yang Syah seorang yang baik, tenang dalam bicaranya tapi kata - kata dia selalu mempunyai maksud tersirat yang aku sendiri tak faham.

Maklumlah, dia seorang peguam. Umur dia sama dengan Johan kalau Johan masih hidup, 25 tahun dan dia sedang berkhidmat di Australia.

Tapi Zarith ada cakap dengan aku yang Syah bercadang untuk pulang untuk berkhidmat di Malaysia saja. Setelah dia menemui jawapan untuk soalan aku tadi, dia menerangkan cara dia menjawab kepada aku. Tapi dia seolah enggan bertembung mata dengan aku.

Boleh aku kira berapa kali saja dia memandang terus kepada mataku. Mungkin dia memang seorang yang begitu. Kami khusyuk melakukan aktiviti kami cuma kadang kala saja kami berbual. Mak Yam muncul membawa minuman untuk kami.

“Cik Johanna, ada apa apa yang cik nak Mak Yam masak untuk lunch nanti ke?” soalnya memandangkan sekarang sudah jam 11 pagi.

“Urm, saya nak tomyam seafood. Tiba - tiba rasa nak makan seafood. Eh, nanti korang lunch kat sini boleh? Temankan Hanna” ajakku. Lagipun mama dengan papa memang tak ada di sini. Mereka fly ke Milan untuk uruskan peniagaan spa mama di sana.

“Bolehla, lagipun kat rumah pun takde sesiapa” balas Zarith manakala Syah hanya mengangguk setuju.

“Yeah! Korang ada nak apa apa ke?” soalku girang tanpa aku sedari aku tersenyum riang.

“Takde” balas Zarith.

Mak Yam berlalu untuk masuk ke dalam rumah.

“Tak pernah pula tengok awak riang macam ni” kata kata Zarith mematikan senyuman aku tadi.

Aku akui bahawa aku girang kerana sudah lama aku makan sedirian di rumah. Selalunya aku hanya makan malam saja itupun kalau aku ada selera. Aku membalas dengan senyuman tawar. Gelas minuman aku ambil sebelum meneguknya.

“Sorry kalau awak terasa. Saya cuma happy tengok awak macam tu” pujuk Zarith setelah Syah menegur perbuatannya itu.

“Sokey” balasku sebelum menyambung kerjaku.

Keadaan menjadi canggung, namun Zarith ada cuba untuk berkomunikasi dengan aku dan aku hargai percubaannya itu. Lama kelamaan emosi aku kembali menjadi seperti tadi.

Tepat jam 12.30 tengah hari, Mak Yam memberitahu aku bahawa makan tengah hari sudah siap. Aku mengajak Zarith dan Syah menyertai aku untuk ke meja makan.

***

Ketika di meja makan, aku mendapati bahawa Syahran tidak menyentuh langsung tomyam yang aku minta Mak Yam sediakan tadi. Zarith pula nampak tenang saja menikmati hidangan.

“Kenapa Syah tak ambik tomyam tu? Pedas ke?” soalku bagi meenghilangkan tanda tanya.

“Urm, Syah tak makan seafood” balasnya.

“Alergik erh?” dugaku mendapatkan kepastian.

“Haah, kalau makan juga nanti merah habis satu badan” jawabnya.

“Ouh, macam arwah ...” ucapan aku tergantung kerana ngilu menghimpit diri aku.

Aku melepaskan keluhan sebelum termenung sejenak. Selera aku hilang saat teringat tentang hal itu. Aku terasa ada yang sentuhan lembut di bahuku.

“Hanna, Hanna okey?” soal Syahran.

“Ouh, Hanna okey je” balasku sebelum menguntumkan senyuman tawar.

“Makanla, tak elok termenung depan rezeki” tegur Syahran lembut.

Aku mengangguk lembut sebelum menurut kata - katanya. Syahran, penuh dengan kelembutan namun disebalik kelembutan itu terselit juga ketagasannya.

Satu sikap yang aku senang untuk berada di dekat dengannya. Kami menikmati hidangan dalam keadaan yang senyap. Setelah habis makan, kami kembali ke wakaf.

Tiba - tiba Syahran meminta diri untuk ke tandas. Aku hanya mengangguk mengiyakan.

***

Lot of 💖

Untitled DreamWhere stories live. Discover now