Chap 28

338 22 0
                                    

Kini, bermula final year aku. Nampaknya final project yang sedang aku siapkan sedikit sebanyak menjadikan aku sibuk. Tidak sempat untuk berfikir dan termenung untuk melayan perasaan. Zarith pun hanya sekejap sekejap saja kami bertemu. Itupun atas urusan project. Tiada peluang untuk berborak hal hal remeh.

Syahran juga menghilang begitu sahaja. Mungkin sibuk atas tuntutan kerjanya sebagai seorang peguam. Sudah hampir sebulan kami tidak bertemu, kali terakhir adalah semasa bercuti di Pangkor. Biarlah, aku juga masih memerlukan ruang untuk menerima semua ni. Lagi lagi, Syahran sedikit pun tidak mengambil ruang untuk menjelaskan kedudukan sebenar kejadian semua ni.

Pagi hari Sabtu ini aku mulakan dengan berjoging disekitar kawasan villa ini. Cukupla untuk berpeluhkan diri. Aku melangkah masuk ke dalam pekarangan rumah. Kelihatan Pak Samad sedang membaca surat khabar di sebuah meja berhampiran dengan garaj. Langkah aku dilajukan untuk masuk ke dalam rumah. Mak Yam yang baru keluar dari belakang menyapa aku.

"Cik Emelda nak apa apa ke?"

"Taknak. Terima kasih,  Mak Yam" soalan itu aku balas sebelum berkira untuk melangkah naik ke bilikku.

"Eh! Cik Emelda. Ni Mak Yam ada jumpa ni masa nak kemaskan baju Cik" sepucuk surat dihulurkan kepada aku. Surat yang diberikan oleh Syahran dulu, aku hampir saja terlupa hal itu.

"Thanks" surat itu aku capai sebelum melangkah naik ke bilik. Aku agak penat untuk berbual panjang dengam sesiapa. Yang aku ingin lakukan kini adalah bersihkan diri aku yang agak melekit.

***

Aku melabuhkan punggungku dibirai katilku. Rambut yang masih basah aku lap perlahan dengan tuala. Surat yang aku letak diatas katil tadi aku capai.

Princess Johanna Emelda

Aku tatap pelik dengan nama yang tertulis di atas itu. Dengan melihat tulisan dan panggilan itu sudah cukup membuatkan hati aku bergelora.

'Abang' desis hati aku.

Tangan aku laju membuka sampul surat itu perlahan. Sekali lagi aku terkedu, dalam sampul itu terdapat beberapa keping gambar. Gambar aku, abang dan Rafique. Ngilunya rasa hati ini saat melihat senyuman pada wajah wajah dalam sekeping gambar. Setelah lebih kurang 7 keping gambar, terdapat sepucuk surat yg berlipat. Dengan penuh debaran, lipatan itu aku buka.

Assalamualaikum adik abang, princess abang, buah hati abang, racun dan penawar abang, nyawa dan segalanya untuk abang. Abang nak adik senyum dulu :).

Adik, 💋
Abang minta ampun dan maaf sebab terpaksa tinggalkan adik sendiri. Percayala, kalau diberi pilihan abang akan pilih untuk ada disisi adik selamanya. Tapi janji Allah itu pasti, setiap yang pertemuan akan ada pisahnya.

Sayang abang, 💘
Abang harap adik takkan salahkan ma dan pa tentang apa yang jadi. Ma dan pa sayang kita dik. Walaupun diorang selalu abaikan kita, percayala dik. Tak pernah sekalipun diorang tak risaukan hal kita. Maafkanla diorang, sayangkanla diorang untuk abang. Bahagiakan ma dan pa untuk abang. Dan yang penting, adik cari kebahagian adik  sebab abang tak mampu berikan untuk adik.

Princess, 👑
Hidup abang hanyala untuk adik, ma dan pa. Kuatnya abang untuk adik. Bukan untuk orang lain dik. Tapi maafkan abang ya adik. Abang tak kuat untuk lawan sakit abang. Dr Masyir sahkan abang ada blood cancer. Soon or sooner, abang akan tinggalkan adik juga.

Cinta hati abang, 💖
Abang takut nak tinggalkan adik dan dalam ketakutan abang tu, Allah hadirkan seorang insan untuk abang. Dialah yang bimbing abang ke jalanNya. Dan abang tau, dia jugala yang akan jagakan adik untuk abang. Abang tau adik faham, abang tinggalkan adik abang ni untuk Syahran Rafique.

Selamat tinggal, dunia abang. 🌏
Abang minta untuk adik kuat terima dugaan ini. Peganglah agama Allah sekuatnya adik, sebab abang takde dah untuk pimpin adik. Janji dengan abang, adik akan senyum untuk abang, ketawa untuk abang dan bahagialah untuk abang. Simpan abang dalam doa adik. Abang sayang adik di dunia dan di akhirat. Abang sayang adik, sayang sangat sangat. :)

-Johan Emeriz-

Manik putih mengalir membasahi pipiku tanpa khabar untuk berhenti. Jantungku terasa pedih sangat, seolah beribu jarum terbenam didalamnya. Sungguh aku rindukan abang.

'Allah, adik rindu abang. Adik sayang abang' jiwa aku merintih.

Tangan aku laju mencapai telefon yang kebetulan berada disisi aku.  Satu panggilan dibuat, air mata yang mengalir aku biarkan. Ya, aku menangis tanpa bunyi. Cukup beberapa deringan, panggilan aku dijawab.

"Hello, Hanna" suara itu membuatkan air mata aku makin lebat.

"I need you now" seraya itu panggilan dimatikan oleh dia.

Aku kini merintih penuh kecewa. Tangisan aku kini terkandung segalanya. Aku melurut jatuh ke kaki katil, tersandar di situ. Aku menekap wajahku ke lututku dalam rintihan. Aku terluka, aku kecewa. Segalanya bermain di fikiran aku.

Tiba tiba terasa diri aku dipeluk, aku kini berada dalam dakapan seseorang. Bau wangian itu sudah cukup membawa pergi segala duka aku.

"Sayang, what's wrong?" soalnya sambil membelai rambutku perlahan.

"I miss abang, I miss you and I miss us" dalam tangis aku merintih padanya.

Syahran terdiam. Aku tau yang dia juga menahan sebak kerana terasa bahuku basah.

"Me too, I'm sorry, I'm sorry. It's all my fault. Please, don't hate me" rintih Syahran.

Aku menggeleng laju. Pelukkannya aku leraikan, wajahnya aku tatap sayu. Air mata aku mengalir laju saat melihat wajah lelaki yang aku cintai basah dengan air mata.

"Awak tak salah, ajal abang" kini aku yang memujuknya pula. Air matanya aku kesat perlahan. Aku tau selama ini dia berpura kuat dihadapan aku. Aku sudah dengar segalanya dari Zarith.

"Awak dah tau pasal abang saya kan? Percayalah Hanna. Hati dan ingatan abang saya hanya untuk awak. Sepanjang kami di NY, setiap malam abang akan termimpikan awak. Nama awak sentiasa dibibir dia. Hanna suka itu, Hanna takut ni. Sebut nama awak pun boleh buat dia tersenyum, Hanna. 7 tahun tanpa awak, tanpa Johan. Dia pun terluka, Hanna. Lepas accident tu,abang cedera teruk. Muka dia pecah dan koma for almost 3 months. Percayala Hanna, dia sayangkan awak seikhlas hati dia since dia f5 lagi Hanna. Cuma sejak dia sedar dari koma dia, dia takut nak berhadapan dengan awak. Dia takut awak jauhkan diri dan bencikan dia. Dia salahkan diri dia atas pemergian Johan. Kubur Johan tu boleh jadi rumah ke 2 dia lepas balik Malaysia. Saya mohon untuk awak jangan bencikan abang saya, sebab kasih sayang abang saya untuk awak melebihi sayang dia kat nyawa dia sendiri" Zarith menceritakan segalanya saat dia mmbawa aku ke sebuah kondo kepunyaan Syahran yang dipenuhi oleh memori aku, Johan dan dia.

"How can I hate one that I love the most" pujukku. Kini, tiada lagi duka, luka dan kecewa. Aku redha dengan apa yang jadi, aku terima andai tersurat ajal abang seawal itu. Aku terima andai tersirat pertemuan aku dengan Syahran semula. Air mata aku kini sudah kering, tiada lagi dendam terhadap ma dan pa.

***

Lots of 💖

Untitled DreamWhere stories live. Discover now