Chap 25

326 23 0
                                    

Dari jauh kelihatan Syahran sedang berbual dengan Mak Yam manakala Zarith sedang sibuk memeriksa bara untuk BBQ. Entah apa yang dibualkan mereka, malas untuk aku ambil tahu kerana hati aku sendiri penuh dengan tanda tanya berkaitan diri Syahran. Kelihatan Zarith mendekati aku, aku tahu yang Syahran dalam diam memerhatikan aku. Sengaja aku buat tak tahu.

"Assalamualaikum" Zarith kini berada di hadapan aku. Dia nampak santai dengan penampilannya itu. T-shirt tanpa kolar berwarna putih bersama dengan seluar pendek ala ala hawainya.

"Waalaikumsalam" aku hanya memandangnya sekilas lalu kerana lebih menumpu ke arah bintang di langit yang menarik perhatian aku.

"Awak ok tak ni? Tadi Mak Yam cakap awak penat" soalannya aku abaikan sebelum melangkah menuju ke bangku yang berada di kawasan pantai itu. Kelihatan Zarith mengekori aku dari belakang.

"Cantikkan bintang malam ni" soalku saat Zarith mengambil tempat di sebelahku

"Cantik, tapi cantik lagi bintang sebelah saya ni" kata kata Zarith mengundang ketawa kecil dariku.

"Amboi, orang cakap betul betul. Dia sempat pula nak main pickup line bagai" senda aku sambil mata tetap menegadah ke langit.

"Hehe, sorry sorry. Haah, cantik. Ciptaan Allah mana pernah tak cantik" Zarith sama sama menikmati pemandangan malam itu.

Aku hanya berdiam diri kerana sejujurnya aku sendiri tak ada topik untuk berbual dengan Zarith. Aku cuma terfikir tentang Syahran, tentang arwah abang dan dia. Bermacam macam tanggapan dan bayangan yang muncul di benak fikiran aku.

"Hm, Hanna" Zarith menarik khayalan ke realiti.

"Apa? " wajahnya aku pandang untuk meminta dia ulang kembali kata katanya.

"Takde apa, saya nak gi sana jap. Nak tolong Mak Yam, tadi dah janji ngan dia" terang Zarith sebelum beredar meninggalkan aku sendirian untuk menikmati pemandangan malam kawasan di pantai itu.

"Assalamualaikum" ada suara menyapaku. Tanpa perlu menoleh memandang empunya suara, dari bau perfume aku dah tau siapa. Salam itu aku jawab perlahan. Kelihatan dia mengambil tempat di sebelahku.

"Saya suka tengok hubungan ombak dengan pantai" Syahran memulakan topiknya yang aku sendiri berfikir tentang hala tuju percakapan dia.

"Kenapa?" aku menyoal berbahasa, taknak keadaan menjadi sepi. Nanti sah sah aku yang janggal.

"Sebab walau macam mana pun keadaan pantai. Cantik ke tak cantik ke, ombak tetap datang menghampiri. Jauh mana pun ombak  pergi, tetap akan bertemu dengan pantai juga" aku hanya mengangguk faham dan menunggu Syahran menyambung kata katanya.

"Macam tu jugalah kita dan kehidupan. Jauh mana pun pergi, besar mana pun ujian, tetap kena teruskan. Dan akan sampai satu saat, kita akan bertemu semula kehidupan lama kita walaupun bentuk yang berbeza. Sama ada kuat atau tak untuk terima" kata katanya menyentak perhatian aku. Apa yang dia cuba sampaikan.

"Kita sibuk takutkan kehidupan kita lalui sampai kita tak tau betapa kehadapannya orang lain disekeliling kita" tetiba sahaja kata kata itu keluar dari mulut aku, tanpa aku sedar.

"Hanna" panggil Syahran.

"Why? " soalku, saat itu perasaan di hati aku bercampur baur. Sedih, kecewa dan gembira bercampur.

"I have my own reason" Syahran seolah olah faham apa yang aku cuba cakapkan.

"Why?" ulangku.

"I'm sorry" terasa lirih dan sayu sahaja nada Syahran saat itu. Sungguh aku tak sanggup.

"If you can't give me an explanation, then you don't deserve to say sorry" tuturku sebelum bangkit dari kerusi tersebut untuk bersama Mak Yam dan Zarith.

"Wait, Hanna please" lengan aku dipegang lembut oleh Syahran.

"I'm tired Syah, or maybe I should call you Rafiq?" pegangannya terasa longgar, seraya itu aku lepaskan pegangannya dan beredar ke arah Mak Yam dan Zarith meninggalkan Syahran.

***

Semasa menikmati BBQ, aku sedar perubahan Syahran. Terbit rasa menyesal kerana bersikap macam tu. Sepatutnya aku gembira sebab orang yang aku sayang dah kembali. Syahran kelihatan seperti sedih, pandangan dia kat aku pun nampak sayu. Apa aku dah buat ni? 

"Mak Yam kemas kat sana jap. Korang habiskan jelah makanan ni" Mak Yam beredar menuju ke arah tempat BBQ tadi.

"Zarith tolong Mak Yam. Kesian pula tengok Mak Yam" seraya itu Zarith turut beredar. Mungkin faham apa yang berlaku.

Syahran turut bangun berkira meninggalkan aku.  Aduh, kalau dia pergi. Macam mana nak selesai?

"Takkanla Hanna sorang tinggal kat sini?" aku merungut seolah bersedih sempat lagi aku mengunyah sotong bakar tadi. Syahran kelihatan mengambil tempat kembali yang bertentangan dengan kedudukan aku.

"Hm" belum sempat aku berkata apa - apa.

"I can't,  sorry" Syahran bersuara perlahan namun masih aku dengar. Syahran berdiri untuk beredar. Selepas separuh jalan, Syahran kembali sebelum meletakkan sepucuk surat di hadapan aku dan beredar kembali. 

Setelah mengambil surat tadi, aku tersandar kecewa dengan apa yang jadi. Surat itu aku masukkan ke dalam kardigan aku. Bagi meredakan gelodak hati, aku mula mengemas meja yang digunakan untuk menghidangkan makanan tadi.

Bekas makanan dan minuman, aku kumpulkan dan masukkan ke dalam tong sampah berdekatan dengan meja tersebut. Kelihatan Syahran sedang berbual dengan Mak Yam dan Zarith.

Setelah puas hati dengan keadaan meja tersebut, aku mendekati mereka. Senyuman tawar cuba aku berikan tapi tak berjaya. Mungkin kerana keadaan hati aku sendiri yang kacau bilau kini.

"Mak Yam baru nak buli Syahran suruh kemas meja tu, Cik dah kemaskan dah. Kesian Cik" tegur Mak Yam sambil mengusap lembut bahuku.

"Takpe. Hm, saya masuk bilik dulu" ujarku sebelum beredar dari situ tanpa menunggu balasan kata dari mereka.

"Zarith temankan Hanna" Zarith berlari anak menuju ke arah Hanna.

"Hanna, awak tak suka ke datang sini? " soal Zarith seolah memujuk aku.

"Mana ada, suka je. Kenapa?" kataku pendek.

"Taklah, awak cam diam je. Dingin, cakap pun jarang"

"Eh, macamla selama ni saya banyak cakap. Sejak awal lagi awak tau saya macam mana. Saya ok, cuma penat je" terangku bagi menghentikan kerisauan Zarith. Kadang aku rasa macam budak budak bila dengan Zarith ni, dia punya caring tu. Haih.

"Ouh, hahaha. Saya lupa, nasib baik awak ok. Kesian dia penat, dah masuk tidur. Esok dah nak balik dah" kami berhenti di hadapan bilik aku, pintu bilikku dibuka.

"Saya masuk tidur dulu, thanks temankan saya. Night, Zarith" senyuman 3 saat aku berikan kepada Zarith supaya taknak dia pelik dengan sikap aku.

"Ok, welcome. Night too, sweet dream. Pape, awak call je saya. Bye. Masukla" Zarith memastikan aku masuk ke bilik terlebih dahulu sebelum dia beredar.

***

Lot of 💖

Untitled DreamМесто, где живут истории. Откройте их для себя