NEW STORY FROM JODAR!!!

356 25 8
                                    

"2 tahun? lamanya" jelas kelihatan kerutan pada wajah Rafiq. Minuman di atas meja dicapainya. Mungkin bagi menghilangkan getaran dari luahan aku tadi.

"Haah, sebabkan I ni PE untuk company I keje. I kena hantar gi sana" pujukku, tangan Rafiq dicapaiku perlahan. Sebagai tanda memujuknya.

Tangan aku digenggam rapat oleh Rafiq. Matanya merenung ke anak mataku, menyalurkan perasaannya.

"Tapi you boleh tolak kan? " renungan Rafiq membuatkan aku rasa bersalah.

"You tau kan how much I hope for this. I put a lot of effort untuk dapat projek ni" aku cuba untuk memujuknya, memohon untuk dia faham. Tangan aku masih digenggam rapat oleh Rafiq.

"You tau juga kan? How much I love you, I taknak berjauhan ngan you. Sayang, you tau kan yang you penting dalam hidup I" jelas ada getaran dari suara Rafiq. Renungan matanya sarat dengan harapan dan kasih. Sama seperti sejak pertama kali kami kenal.

"Rafiq, I pun sayang you. You penting dalam hidup I tapi you tau kan betapa I sayang karier I. Please jangan suruh I pilih. Sebab dua dua I sayang" terasa sebak saat aku melihat anak mata Rafiq. Aku tau dia sedih dan risau.

"Tak, tak. I takkan suruh you pilih. Sebab I tau karier you adalah impian you. I cuma tak sanggup nak jauhan you. Sarah, Jerman ngan Malaysia bukan dekat. Kalau you setakat dalam negara, I boleh consider lagi. Boleh I melawat you juga. Tapi ni?" Rafiq melepaskan satu keluhan berat. Sayu hati aku saat melihat air muka Rafiq.

"Tak lama pun Fiq. 2 tahun je. Itupun paling lama. Bila I free, I balikla sini" wajahku dilembutkan bagi memujuk hatinya.

"Mummy nak I kawin. That's why I ajak you keluar hari ni. I nak bincang ngan you hal rombongan meminang. Tak sangka you bagi I surprise dulu"

Saat Rafiq habis bertuturkan ayatnya, aku terkedu. Sungguh aku terkejut. Tak sangka Rafiq nak bincangkan hal sepenting itu. Terasa sebak saat tersedar yang aku telah menghampakan dia. Mataku mula berlinang. Aku tertunduk sayu. Air mataku mengalir perlahan.

"I'm sorry, I'm sorry" tuturku perlahan sambil tertunduk sayu.

Kelihatan Rafiq bangun dari kerusi. Mungkin ingin meninggalkan aku sendirian. Mustahil dia tak kecewa. Hampir 10 tahun kami bersama, sejak di sekolah lagi. Sehinggalah masing masing sudah masuk ke alam pekerjaan.

Sangkaanku meleset saat kerusi di sebelahku ditarik mendekati aku. Rafiq melabuhkan duduknya di situ. Bahuku dipeluk erat. Kepalaku dijatuhkan dibahunya sebelum diusap perlahan rambutku.

"Shush, jangan nangis. I tak marah you pun. Nanti I bincang ngan mummy I kay. I'll do anything, as long as you happy. I terima kalau you terima project tu. Kalau perlu, I try posting sana".

"Betul? You tak marah I?" kepalaku diangkat dari bahunya. Wajah Rafiq aku tatap sayang.

"Betul, I takkan pernah marah you" pujuknya sambil mengesat air mataku. Sebelum dicium lembut dahiku. Terasa kasih sayangnya kepada aku.

"Bila you pergi?" soal Rafiq setelah kembali di tempat duduknya dihadapan aku tadi.

"Awal bulan 5" jawabku perlahan. Risau penerimaan Rafiq.

Rafiq terdiam. Tiada balasan langsung darinya. Tangannya kelihatan meraup lembut rambutnya. Aku tau itu tandanya dia sedang berfikir. Perkenalan kami sudah cukup lama untuk aku fahami gerak lakunya.

"Next month?" soalnya meminta kepastian. Matanya merenung ke arahku. Aku hanya mampu mengangguk lemah.

"Like seriously lagi around 2 weeks? And you baru bagitau I hari ni, Sarah" jelas kehampaan dari suara Rafiq.

"Sorry, I baru je tau 2 hari lepas" aku cuba membela diri.

"Every night I call you. Still you tak bagitau? Haih, look. I tak marah you. Cuma I risau kalau I tak sempat nak apply posting sana. At least amik masa berbulan" luah Rafiq, aku tau dia tengah mengawal perasaannya. Jelas kelihatan kerana dia ketap giginya. 'Aduh, apa kau dah buat ni Sarah?'

"Kalau you stay sini pun takpe je. I okay"

"Yang tak okaynya, I. I tau you okay sebab you mana pernah pikir benda macam ni. " terasa pedas sekali kata kata Rafiq. Walaupun dia berkata dengan nada yang lembut. Tetap mampu mengguris sekeping hati.

"Fiq, apa ni? You tau kan I sayang you? " pujukku. Enggan melayan rasa ngilu tadi kerana ini berpunca dari aku sendiri. Wajar untuk Rafiq kata macam tu.

"Then, marry me" wajah Rafiq jelas kelihatan merah. Aku tau dia sedih saat ini. Aku pun sedih melihat kesedihan Rafiq.

"Of course I do really want to marry you. Tapi tunggu I settle down urusan I"

"You ask me to wait for you? How long Sarah? Setahun? 2 tahun? You boleh je cakap 2 tahun. Mustahil tak lebih dari tu" Rafiq mengeluh. Butang atas kemejanya dibuka.

"Kalau I boleh tunggu you masa you belajar medic dulu. Why not now, your turn?" aku sendiri tak sangka aku akan katakan ayat tu. Walaupun hakikatnya memang selayaknya begitu.

"Are you regret? You nyesal tunggu I dulu? And sekarang you nak ungkit? You nak give up ngan I? Macam tu ke Sarah? Itu ke yang you nak?" soal Rafiq sayu. Jelas anak matanya berlinang. Allahu, apa aku dah buat ni.

"No, I takkan give up ngan you. Takkan pernah. I sayang you sangat sangat. Please Bi, jangan cakap macam tu. I tak sanggup dengar" suara aku bergetar sayu. Memohon pengertian dari Rafiq.

Rafiq hanya berdiam. Kelihatan dia tergeleng lemah. Aku tau yang dia sendiri masih berlawan dengan perasaannya. Tangannya aku cuba capai. Tapi sayang, Rafiq mengelak dari sentuhan aku. Tangannya diangkat dari meja.

"Enough, kalau tu pilihan you. You pergila. I tunggu" katanya sebelum beredar.

Rafiq beredar tanpa sebarang lambaian mahupun sebarang ucapan kasihnya seperti selalu. Aku tak salahkan dia. Aku tak marahkan dia. Sebab semua ni salah aku.

Sepanjang perkenalan kami, tak pernah sekalipun Rafiq marahkan aku. Dia terlalu baik untuk aku. Dia melayan aku dengan penuh kasih. Sentiasa ada saat aku susah mahupun senang. Kalau aku sakit, dialah orang kedua selepas keluarga aku yang akan berjaga menjaga aku. Malah, saat aku disahkan sakit dulu. Dia jugalah yang memberi aku semangat untuk berjuang.

Tak pernah sekalipun dia berkata tidak untuk setiap permintaan aku. Selagi dia mampu tunaikan, dia akan tunaikan. Betapa besarnya kasih seorang Rafiq Hakimi terhadap seorang gadis yang serba kekurangan seperti Sarah Dayana.

💖

Malam itu, semasa aku sedang siap siap untuk tidur. Telefon aku berdering tanda ada notification masuk. Aku hanya baca dari lockscreen. WhatsApp dari Rafiq. Sengaja aku tidak membacanya terus. Aku hanya membaca dari lockscreen sahaja.

Sayang
You mesti dah tidur kan?
I takleh tidur.
Ikutkan hati, I nak je call you.
Tapi taknakla kacau you.
Sayang
I minta maaf pasal siang tadi. I tak patut cakap macam tu.
I taknak you give up dari I sebab I tak sanggup hilang you.
Percayala, saat I cakap I sayang you masa kita masih belajar dulu. Saat tu I dah janji untuk bina kehidupan dengan you. Sebab Rafiq Hakimi hanya untuk Sarah Dayana sorang je dan macam tu jugala sebaliknya.
Sayang pergila, I tunggu you balik. Lepas tu kita kawin dan I takkan lepaskan you lagi.
Bye sayang. 💘
Morning (in case you baca ni esok) 😉

Phone aku, aku off kan sebelum aku baring ke katil. Berkira kira untuk tidur. Aku tersenyum senang.

'Ya, Sarah Dayana hanya untuk Rafiq Hakimi sorang je'.

💖

Dah baca??
Suka?? Kalau suka dan nak aku publish, bolehla comment dan vote ! 😆😘

Tak suka?? Terima kasih untuk masa yang awak luangkan. 😩

Lots Of 💖

Untitled DreamWhere stories live. Discover now