Chap 15

337 25 0
                                    

Keesokkan paginya, aku bersendirian ke rumah Hanna. Memandangkan papanya ingin aku ke sana untuk mendapatkan apa yang dijanjikan oleh papanya semalam, aku terfikir untuk melihat keadaan Hanna.

Tak tenang hati aku sejak semalam apabila memikirkan keadaan bidadari aku yang sorang tu. Ikutkan hati semalam juga aku nak pergi ke rumah dia bagi melihat sendiri keadaan dia.

Namun aku tangguhkan kehendak hati aku saat terfikir tentang situasi sekarang. Ketika aku melangkah keluar dari bilikku, kelihatan Zarith sedang berada di bilik bacaan kami. Seraya itu, aku melangkah menuruni tangga sebelum mencapai kunci kereta dan beredar ke garaj.

Kereta aku pandu menuju ke rumah Hanna. Cuaca ketika itu agak redup, tenang juga hari ni. Aku berdoa supaya keadaan Hanna hari ini lebih baik dari semalam.

Aku tak sanggup melihat keadaan dia yang sedemikian kerana semua berpunca dari aku sendiri. Kalau bukan sebab aku, semua ni takkan jadi. Memang aku akui aku seolah - olah menyalahkan takdir. Namun semua itu menjengah ke hati aku saat aku terfikirkan tentang keadaan Hanna.

Setiba di rumah Hanna, aku keluar dan menuju ke halaman rumah Hanna. Kelihatan driver Hanna sedang mencuci kereta. Seraya itu, aku mendekatinya.

“Assalamualaikum” sapa aku.

“Waalaikumsalam, Tuan cari siapa?” soalnya.
”Panggil saya Syah. Uncle Mikhail ada suruh saya datang sini sebab dia kata ada orang yang akan jumpa dengan saya” jawabku.

“Ouh, tadi ada Encik Farhan datang. Dia pun ada cakap yang Tuan Sri ada arahkan dia datang. Encik Farhan tengah tunggu Syah kat ruang tamu” jawabnya sebelum menunjukkan ke arah pintu masuk rumah agam ini.

“Terima kasih” ujarku sebelum melangkah masuk ke rumah Hanna.

Kelihatan seorang lelaki yang kemas berkemeja biru dan berslack hitam sedang duduk bermain phone di ruang tamu. Mungkin lelaki ni kut yang Uncle nak aku jumpa, desis hati aku ketika itu sebelum menyapanya.

“Syah ke?” soalnya sebelum berdiri menyambut huluran tanganku tanda perkenalan.

“Haah” jawabku, sedikit kekok. Aku memang kurang ramah dengan orang asing. Kalah perempuan.

“Ouh, duduklah. Tuan Sri ada suruh saya uruskan berkaitan percutian korang” ujarnya sambil duduk di sofa kembali, aku juga mengikut tindakkannya.

Encik Farhan menerangkan berkaitan cadangan aktiviti, flight, tempat tinggal dan segala yang berkaitan dengan percutian kami kali ni.

Nampaknya, Tuan Sri Mikhail Hayden memang teliti dalam mengarahkan orang bawahnya. Dari semua aspek dia uruskan. Nampak teratur.

Namun apa kata Hanna nanti. Aku harap dia tak ralat dengan aturan papanya. Setelah hampir sejam berbincang, kami selesai berbincang dan dia turut meminta diri untuk beredar.

Kelihatan jam sedang menunjukkan angka 9.30 pagi. Kelihatan Mak Yam sedang menuruni tangga dengan wajah yang penuh kebimbangan. Seraya itu aku mendekatinya.

“Kenapa Mak Yam? Ada apa apa yang tak kena ke?” soalku bagi mengambil tahu kedudukan sebenar keadaan Hanna.

“Hanna dari semalam tak nak makan, Mak Yam risau. Dia dahlah tak sihat. Tadi Mak Yam masuk bilik dia pun dia termenung kat balkoni je. Puas Mak Yam pujuk makan. Tapi satu patah pun dia tak balas. Kalau Tuan dan Puan Sri tahu nanti mesti diorang bising dengan Mak Yam” luahnya dengan raut yang penuh kerisauan.

“Ouh, takpelah. Biar Syah yang tolong tengokkan” ujarku bagi meringankan beban kerja Mak Yam.

“Terima kasih, Syah. Makanan untuk Hanna Mak Yam ada tinggalkan kat bilik dia” Mak Yam membalas sebelum meminta diri untuk meneruskan kerjanya.

Untitled DreamWhere stories live. Discover now