Chap 21

312 19 0
                                    

Malam itu, kami bersiar - siar sekitar pulau tersebut. Pemandangan pada waktu malam sungguh indah. Malah memberikan aku perasaan yang menenangkan diri aku. Mungkin kerana aku merupakan night lover.

Ya, aku sangat meminati suasana waktu malam. Teringat kenangan antara aku, abang dan Rafiq.
Kami gemar duduk di taman di halaman rumah yang sedikit tersorok dan berbaring di atas rumput untuk menengadah ke langit, melihat bintang. Dan adakalanya kami menonton movie di situ.

Mungkin perkara biasa, namun apabila kau melakukannya bersama orang yang kau sayang, kau akan rasa senang melakukannya. Mengenangkan saat - saat bersama mereka sudah cukup membuatkan emosi aku berubah.

Aku akui bahawa adakalanya aku penat mengikut perasaan aku sendiri. Namun aku sendiri buntu untuk berhenti memikirkannya.

Aku sedar tentang perubahan aku kini. Semakin aku rapat dengan Syahran dan Zarith, kenangan lama antara aku, abang dan Syahran semakin sepi. Mungkin kerana aku terlalu sibuk dengan mereka sehingga aku tidak punya masa untuk meratapi kehilangan abang dan Rafiq. Aku tak tahu sama ada perubahan ini satu perkara yang baik atau tidak. Aku buntu.

Perbincangan antara aku dengan Syahran beberapa hari lepas juga tergantung begitu saja. Baik aku mahupun Syahran, tiada sesiapa yang mengungkit berkaitan hal itu. Aku sebenarnya ingin mengetahui apa yang selanjutnya namun melihat keadaan Syahran membuatkan aku enggan mendesak dia.

Biarlah Syahran sendiri yang memulakannya kerana aku enggan membebankan dia dengan masalah aku ini. Lagi pula aku dengan Syahran adalah orang luar yang tidak habis lagi mengenali antara satu sama lain.
Memikirkan tentang Syahran membuatkan aku berdebar.

Aku terasa seolah dekat dengan Syahran. Tetapi aku sedar bahawa ada sesuatu yang disembunyikan dari Syahran. Butir bicara yang diluahkan Syahran mengambarkan bahawa kata - katanya itu masih terdapat makna lain.

Namun aku masih tidak dapat menangkap maksudnya yang tersirat. Kejadian semasa selesai snorkeling semalam masih segar di ingatan aku. Tanda lahir yang terdapat pada lengan kiri Syahran seolah tidak asing lagi pada aku.

'Seperti tanda lahir... ' minda aku mula merungkai imej - imej lama.

"Rafiq " tanpa sedar, aku menyeru nama Rafiq.

"Hanna kenapa? " Syahran menyedarkan aku dari lamunan tadi.

Kelihatan dia melihat aku dari cermin. Aku hanya menggeleng lemah bersama dengan senyuman tawar. Kemudiannya aku membuat keputusan untuk memejamkan mata.
Biarlah aku dalam keadaan begini sehinggalah nanti ada yang menyedarkan aku sewaktu tiba di destinasi.

***

Kami berjalan - jalan di sekitar kawasan tersebut. Kelihatan night market yang pernah Zarith mengajak aku pergi cuma kali ini kelihatan lebih banyak gerainya. Timbul rasa untuk melangkah ke sana.

Sampai bila aku ingin terus hidup dihalang oleh kenangan lalu. Aku perlu kuatkan semangat untuk terus melangkah. Melangkah untuk melewati kenangan lalu namun itu tidak bererti aku perlu melupakan mereka.

Seraya itu aku mendekati Syahran dan Zarith yang berjalan ke hadapan sedikit berbanding aku dengan Kak Maya.

"Syah, Zarith " aku menyeru nama mereka sekadar ingin mendapatkan perhatian mereka.

"Ya, kenapa Hanna? " serentak dua beradik itu menyoal aku.

"Jom, pergi situ " ajakku seraya menunjuk ke arah night market tadi.

"Jom " Zarith menerima ajakkan aku dengan hati yang terbuka sambil terus mendekati aku untuk bersama - sama menuju ke night market itu.

Cuma Syahran sahaja yang memandang aku pelik. Seolah - olah terkejut dengan ajakkan aku dan menginginkan penjelasan dari aku.

Mungkin berlanjutan dari topik kami yang tergantung dulu atau dia sememangnya memahami keadaan aku yang masih takut untuk melangkah ke sana.

"Are you sure? " suara Syahran mematikan langkah aku dan Zarith dari terus melangkah.

"Ya, Hanna yakin. Sekali sekala, lagipun Zarith dengan Syah kan ada " aku membalas bagi menyakinkan Syahran.

"Okay, just stick together with me or Zarith " arahan Syahran sedikit tegas di pendengaran aku.

Aku hanya mengangguk sebagai tanda aku bersetuju sebelum sama - sama dengan mereka menuju ke arah yang aku kehendaki sejak dari tadi. Sedikit sebanyak, aku teringat tentang kejadian aku dengan Rafiq dan abang dulu.

***

Lot of 💖

Untitled DreamWhere stories live. Discover now