Chapter 2: Pulang Bersama

532 76 22
                                    

Pada pukul 12:50 tengah hari, waktu pulang bagi semua pelajar pagi di sekolah SMKBB telahpun tiba dan semua pelajar pagi di sekolah itu telahpun dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing. Aku berjalan ke luar pagar bersama dengan Aizat pulang lalu berjalan pulang menuju ke rumah bersamanya. Mujurlah rumahnya juga berhampiran dengan rumah aku, jaraknya hanya 1 kilometer je. Jadi kalau aku nak balik sekolah, aku boleh balik ke rumah sambil berjalan kaki dengan dia.

''Hmm... Aku macam tak percayalah...'' Kata Aizat dengan nada yang perlahan sambil menjeling ke arah aku dengan reaksi wajah yang mencurigakan.

''Hahahaha aduh... Tak habis-habis lagi pasal tu. Apa lagi yang kau tak percaya ni?'' Soal aku kepadanya sambil tergelak kecil.

''Tak ada lah... Selama 2 tahun berturut-turut ni, belum ada lagi tau seorang pelajar kat sekolah ni yang berani nak masuk kelab tu. Tapi kau... Berani gila!'' Balas Aizat dengan nada yang seakan-akan tidak percaya.

''Alah kelab paranormal je, bukannya kelab hantu pun.'' Kata aku dengan nada selamba.

''Eh?! Paranormal tu bukan ke maksdunya sama dengan hantu?'' Tanya Aizat dengan rasa pelik.

''Lain lah, Zat... Hantu tu makhluk halus, zuriat Iblis. Paranormal ni pula, satu perkara ataupun bidang yang berkaitan dengan benda-benda yang mistik. Contohnya, sihir ilmu hitam, hantu, jin, syaitan, iblis, dan yang lain-lain. Faham?'' Balas aku panjang lebar dengan nada yang tenang.

''Ouh... Baru aku faham.'' Kata Aizat sambil melopong.

''Lagipun kelab tu bukannya kelab yang mengkaji pasal hantu je, dalam kelab tu pun kau boleh belajar cara-cara nak lawan syaitan ataupun cara-cara nak meruqyahkan orang yang sakit sebab kena sihir.'' Kata aku dengan panjang lebar.

''Eh!! Ye ke? Kenapa aku tak tahu langsung pasal hal ni?'' Tanya Aizat dengan nada yang terperanjat.

''Ha tu lah kau... Dengar cerita daripada mulut orang je, bukannya nak kaji dulu pasal kelab tu tentang kelab apa. Hahahaha.'' Balas aku sambil ketawa.

''Hmm yelah, manalah aku tahu pasal benda ni... Aku ni busy orangnya, mana ada masa nak kaji pasal benda-benda ni. Lagipun pasal aktiviti kelab paranormal tu, aku langsung tak tahu apa-apa sampailah kau bagitahu kat aku tadi. Yelah, selama ni pihak sekolah selalu rahsiakan semua aktiviti-aktiviti untuk kelab tu. Tak tahu pula aku kenapa aktiviti kelab tu kena dirahsiakan, mungkin ada sebab-sebab yang tertentu kot.'' Kata Aizat dengan panjang lebar.

''Dirahsiakan? Hmm... Kenapa aktiviti kelab tu dirahsiakan eh? Ni mesti ada sebab-sebab yang tertentu ni... Aku nak tanya dekat Cikgu Sulaiman lah esok...'' Kata aku dalam hati.

''Wey, jomlah kita pergi minum-minum sambil melepak dekat warung tu nak tak?'' Ajak Aizat sambil menuding jari ke arah sebuah warung yang jaraknya terletak 1km di hadapan aku.

''Hmm... Nak ajak lepaklah tu...'' Kata aku di dalam hati sambil tersenyum simpul.

''Ha jomlah. Tapi kita nak lepak dekat dalam warung tu sampai pukul berapa je ni?'' Tanya aku.

''Kalau kau, kau nak lepak sampai pukul berapa? Sampai petang? Aku okey je.'' Tanya Aizat dengan nada yang selamba.

''Hmm... Sampai petang pun boleh lah.'' Balas aku dengan nada yang tenang. Tanpa melengahkan masa, kami berdua pun terus menuju ke arah warung tersebut lalu mengambil tempat duduk di dalamnya.

''Ha Aizat... Baru balik sekolah ke?'' Sebaik sahaja kami berdua melabuhkan punggung di atas kerusi, tiba-tiba seorang pakcik yang berkopiah datang menyapa Aizat. Pakcik itu memakai baju kemeja bersama dengan apron yang berjenama 'Maggi'. Badannya kurus dan tegap bersama dengan urat-urat yang tegang di kedua-dua belah pergelangan tangannya. Ada kemungkinan pakcik ini mungkin bekas tentera ataupun bekas pendekar kerana dari segi gayanya saja dah macam orang yang gagah.

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now