Chapter 33: Memori & Maklumat

259 35 11
                                    

[Isa POV]

"Macam tu lah ceritanya..." Kata aku sebaik sahaja selesai menceritakan kesemuanya tentang perbualan aku di antara Cikgu Sulaiman itu tadi kepada Aizat dan Dina. Aizat dan Dina yang mendengar segala cerita aku itu tadi pun terdiam sambil ternganga mulut. Nampaknya segala apa yang aku ceritakan kepada mereka berdua ni betuk-betul mengejutkan kerana ianya sememangnya terlalu jauh daripada pengetahuan mereka.

"Jadi selama ni... Kes sumpahan sihir keluarga Aisyah dengan kes Nabila hilang hari tu sememangnya ada kaitan dengan Jembalang dan Namrul dan mangsa yang seterusnya pula adalah mangsa yang masih sama iaitu Nabila? Betul?" Soal Aizat dengan nada yang serius meminta kepastian.

"Tak sure lagi. Tapi buat masa sekarang ni, betullah tu." Balas aku dengan nada yang serius dan perlahan sambil menganggukkan kepala dengan perlahan. Setelah mendengar jawapan aku itu, Aizat terdiam seketika.

"Tapi sebelum tu... Pasal kes Nabila tu, kenapa aku langsung tak tahu apa-apa pasal benda ni eh?" Soal Dina dengan nada yang kebingungan.

"Sebab pihak keluarga Nabila kalau boleh tak nak semua orang kampung besar-besarkan pasal kes ni. Jadi tu sebablah tak ramai yang tahu." Balas Aizat dengan nada yang selamba.

"Ouh macam tu..." Kata Dina dengan nada yang faham.

"Jadi sekarang ni macam mana? Apa yang patut kita buat?" Tanya Aizat kepada aku dengan meminta idea.

"Kita patut kena cari Nabila, tapi aku tak tahu kat mana rumah dia. Korang tahu tak kat mana?" Balas aku lalu menyoal semula kepada mereka berdua.

"Aku tahu je, tapi rumah dia tu jauh jugalah. Tapi kalau kita boleh pergi ke sana pun, kita nak buat apa kat sana tu nanti?" Soal Aizat kepada aku semula.

"Kita buatlah apa yang patut. Pagarkan rumah dia ke apa ke." Balas aku dengan memberi cadangan.

"Masalahnya... Kita ni ilmu dalam bab-bab Ruqyah ni pun masih cetek lagi. Kau tahu ke macam mana cara nak pagarkan rumah orang tu nanti?" Soal Aizat kepada aku lagi.

"Aizat... Semua cara-cara tu dah ada kat dalam Al-Quran dan Hadis. Kita cuma perlukan masa yang sesuai je untuk gunakan semua tu." Balas aku dengan nada yang tenang.

"Isa... This is not about the right time, this is about our enemies. Macam yang kita dah tahu, Namrul dan Jembalang tu mungkin dah jadi makin kuat dan mungkin juga diorang berdua tu tengah perhatikan setiap gerak-geri kita kat mana-mana je. Kalau jadi apa-apa kat kita nanti macam mana? Kita kena fikirkan pasal tu juga tau." Kata dan soal Aizat kepada aku dengan panjang lebar dalam nada yang serius.

"Tak... Sekarang ni, kau lebih pentingkan nyawa kau sendiri ke atau nyawa orang lain ni?" Soal aku kepadanya semula dengan nada yang serius.

"Aku pentingkan kedua-duanya lah. Kalau kita tak boleh nak jaga nyawa diri kita sendiri, macam mana kita nak jaga nyawa orang lain?" Balas Aizat dengan soalan yang bernada serius. Aku yang telah disoalnya sedemikian terus terdiam seketika.

"Ada betulnya juga cakap Aizat tu, Isa. Lagi baik kalau kita fikirkan dulu cara yang lain ataupun mungkin kita boleh minta tolong Cikgu Sulaiman untuk buat sesuatu kat dalam kes ni." Kata Dina bagi menyokong kenyataan Aizat itu.

"Kita dengan Cikgu Sulaiman sememang dah jadi sama iaitu sebagai seorang anggota agensi URKPM. Cuma kita ni anggota sementara dan Cikgu Sulaiman tu pula anggota tetap, tapi tanggungjawab kita masih sama iaitu untuk selesaikan kes ni." Kata aku dengan nada yang serius.

"Cikgu Sulaiman memang akan terlibat sekali kat dalam kes ni dan kita sememangnya perlukan bantuan dia juga untuk selesaikan kes ni sebab dia tu adalah ketua kita dan dia lagi mahir dalam bab-bab ni. Tapi sebelum kita perlukan bantuan dia tu, baik kita tolong dia tu dulu dengan pergi cari Nabila dan pantau keadaan dia tu untuk waktu yang sekarang ni. Nanti bila kita dah tahu macam mana dengan keadaan dan keselamatan dia, barulah kita boleh laporkan dekat Cikgu Sulaiman tentang keadaan dia dan buat rancangan yang seterusnya. Dengan cara ni juga, kita boleh kumpulkan banyak lagi maklumat yang kita perlukan daripada Nabila tu dan kita pun boleh bagi jaminan dekat pihak keluarga Nabila untuk jaga keselamatan keluarga diorang daripada ancaman bahaya sihir Jembalang dengan Namrul tu." Sambung aku lagi dengan panjang lebar. Aizat dan Dina yang mendengar kata-kata aku itu terus terdiam seketika.

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now