Chapter 30: Kebangkitan

306 39 36
                                    

[Isa POV]

"Kita nak pergi ke mana ni, cikgu?" Soal aku kepada Cikgu Sulaiman yang sedang duduk di kerusi pemandu di sebelah aku itu sambil dia fokus memandu keretanya itu. Dia yang mendengar persoalan aku itu hanya sekadar tersengih sinis sahaja dan kami bertiga ni pula terus terpinga-pinga apabila melihat reaksinya itu.

"Cikgu nak bawa kamu semua pergi berjumpa dengan seseorang. Dia tu orangnya hebat dan dia teringin nak berjumpa dengan kamu bertiga." Balas Cikgu Sulaiman dengan nada yang tenang.

"Ouh... Siapa dia tu?" Soal Aizat yang sedang duduk dengan Dina di tempat duduk belakang kereta itu kepadanya pula.

"Ada lah... Mana boleh bagitahu sekarang. Nanti tak suprise lah." Balas Cikgu Sulaiman dengan nada yang sinis. Aku yang mendengar jawapannya itu terus terdiam seketika sambil aku teringatkan sesuatu.

"Mengawal... Cikgu Sulaiman tu boleh kawal kelebihan mistik orang dengan hanya tengok mata orang tu je."

Entah kenapa... Bila aku teringatkan balik tentang kata-kata Kimi tu tadi, aku tertanya-tanya pasal sesuatu perkara dan aku lupa nak tanyakan tentang perkara tu pada Kimi iaitu berkenaan tentang kelebihan mistik Cikgu Sulaiman yang mengejutkan aku tadi tu. Kalau dia boleh kawal kelebihan Kasyaf aku ni, maknanya dia pun boleh tahulah yang seseorang macam aku ni ada kelebihan mistik? Lagi satu, kalau betul dia ni boleh kawal kelebihan mistik seseorang tu, maknanya dia pun boleh gunakan kelebihan mistik orang tu sekalilah kan? Kalau apa yang aku fikirkan ini adalah perkara yang sememangnya adalah benar, maknanya memang betullah. Tapi, aku perasan tentang sesuatu perkara... Kenapa hanya aku seorang sahaja yang 'dikawal'? Kenapa bukan dengan Aizat dan Dina sekali? Kenapa? Apa sebab dan tujuan utama cikgu nak kawal kelebihan aku ni? Aku ni membahayakan ke? Hmm... Tak boleh jadi ni. Aku kena cuba uji sikit tentang kelebihan mistik cikgu ni dan aku kena tanya dalam hati dia kenapa dia buat semua ni.

"Cikgu..." Aku memanggilnya dengan nada yang perlahan dan serius.

"Hmm? Kenapa Isa?" Soalnya dengan ringkas.

"Cikgu boleh dengar suara hati saya ni, kan?" Soal aku kepadanya di dalam hati sambil memandangnya dengan separa menjeling. Dia hanya mendiamkan dirinya sahaja sambil menoleh ke arah aku dengan separa menjeling dalam tatapan yang seperti menyoal 'kenapa?'.

"Saya tahu, cikgu boleh dengar suara hati saya ni... Sebab cikgu dah tahu dan cikgu tengah kawal kelebihan Kasyaf saya ni, kan?" Soal aku kepadanya lagi di dalam hati untuk mencari kepastian. Reaksinya masih lagi sama, diam sahaja sambil matanya kembali fokus menghadap ke hadapan sambil memandu keratanya itu. Aku tak pasti dia memang sengaja nak mendiamkan diri ataupun dia memang tak dengar suara hati aku. Yang pastinya, dia sedang sorokkan sesuatu daripada aku. Tapi, bila difikirkan semula... Aku tahu kenapa aku seorang sahaja yang 'dikawal' olehnya. Pertama, dia hanya boleh kawal kelebihan mistik seseorang tu kalau dia hanya pandang pada seseorang tu sahaja. Ini bermakna, dalam satu masa tu dia hanya boleh kawal kelebihan mistik seorang sahaja dan tak boleh lebih. Tapi aku tak tahu, dengan sekali pandang tu berapa lama dia boleh kawal kelebihan aku ni. Mungkin sejam atau lebih. Kedua, nampaknya sasaran kelebihan kawalannya itu hanya ditujukan pada aku seorang sahaja. Ini mungkin disebabkan kelebihan aku yang Kasyaf ni. Padanlah aku seorang sahaja yang asyik dikawal olehnya. Tapi kalau dia boleh kawal kelebihan seseorang tu, mestilah dia boleh gunakan kelebihan orang tu sekali. Kenapa? Sebab dia boleh tutup deria minda aku untuk baca isi fikiran dan minda dia! Tapi kalau dia boleh buat macam tu pun, maknanya dia pun mestilah boleh baca fikiran aku. Aduh... Serabutnya kepala otak aku bila nak fikirkan pasal semua ni!!

"Bertenang... Cikgu faham yang kamu tengah serabut sekarang ni. Tapi belum tiba masanya untuk kita bincangkan tentang hal tu. Jadi sekarang, cikgu nak kamu bertenang sekejap. Nanti cikgu akan ceritakan semuanya dekat kamu. Okey?" Tiba-tiba deria minda aku tertangkap satu isi suara hati yang bernada selamba dan aku memang sangat-sangat kenal suara hati tersebut iaitu suara hati Cikgu Sulaiman. Nampaknya memang betullah, Cikgu Sulaiman memang boleh kawal kelebihan aku dan gunakannya untuk baca fikiran aku!! Setelah mendengar suara hati Cikgu Sulaiman yang telah 'menjawab' persoalan yang menyerabutkan kepala otak aku itu, aku terus menjelingnya dengan riak mata yang sedikit terkejut.

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now