Chapter 11: Nurin Aisyah

402 61 9
                                    

Pada tepat pukul 2:30 tengah hari, seperti yang diarahkan, aku datang ke kafetaria Hospital Bukit Berduri untuk berjumpa dengan Cikgu Sulaiman tanpa Aizat di sisi aku. Semasa hendak ke sini, aku terpaksa menipu Aizat dengan memberi alasan bahawa aku mahu pergi ke tandas sedangkan niat aku yang sebenarnya adalah mahu pergi berjumpa dengan Cikgu Sulaiman di dalam kafetaria hospital ini dan pada ketika ini juga, aku terpaksa membiarkannya bersendirian bersama dengan Aisyah di dalam bilik wad tersebut. Hmm... Dah lah berdua-duaan kat dalam bilik wad tu, nanti entah apa-apa pula semua doktor dengan nurse yang ada kat dalam hospital ni membawang pasal diorang berdua tu. Ah lantaklah, biarlah diorang berdua tu 'bersemut' kejap. Bukannya buat benda yang bukan-bukan pun. Kawan rapat kan~~

Langkah demi langkah aku berjalan, akhirnya aku tiba di kafetaria lalu terus berjalan menuju ke arah Cikgu Sulaiman yang sedang duduk mengeteh di atas sebuah meja makan sambil menghadap telefon bimbit di tangannya. Daripada jauh aku boleh membaca mindanya dan juga minda orang-orang lain yang berada di dalam kafetaria tersebut dengan menggunakan deria bacaan minda aku. Cuma dalam banyak-banyak minda yang aku terbaca itu, aku lebih fokus dengan minda Cikgu Sulaiman kerana daripada jauh lagi aku boleh mendengar daripada mindanya bahawa dia sedang fokus membaca Al-Quran melalui aplikasi di dalam telefon bimbitnya. Walaupun membaca di dalam hati, cara bacaannya itu tetap merdu dan lancar sepertimana dia selalu membacakannya untuk kegunaan Ruqyah seperti yang sebelum-sebelum ni.

''Assalamualaikum cikgu.'' Sapa aku kepadanya dengan ucapan salam.

''Sadakallahhulaziim... Waalaikumusalam... Jemputlah duduk, Isa.'' Balasnya sambil menjemput aku untuk duduk di hadapannya. Aku menarik kerusi di hadapannya lalu terus duduk dengan gaya yang selesa dan sopan.

''Jadi cikgu... Perkara penting apa yang cikgu nak bincangkan dengan saya ni? Pasal kelab kita ke?'' Soal aku kepadanya. Seperti biasa, dengan Cikgu Sulaiman ni aku tak boleh nak agak apakah yang dia mahu rancang ataupun apakah yang dia mahu katakan kerana aku tak dapat nak 'baca' mindanya sepenuhnya kerana mindanya ini seolah-olah seperti ada sesuatu yang menghalang aku untuk membacanya kecuali jika dia sedang membaca Al-Quran seperti tadi, kalau yang itu aku boleh baca.

''Ini bukan tentang kelab kita, tapi ini tentang Aisyah.'' Balas Cikgu Sulaiman dengan nada serius. Mendengarkan jawapannya itu, aku terus tergamam seketika. Ya... Cakap tentang Aisyah, mengapa Cikgu Sulaiman datang berjumpa dengan dia tadi? Adakah ianya ada kaitan dengan perkara penting yang hendak dibincangkan olehnya dengan aku ini?

''Err... Kenapa dengan dia, cikgu?'' Soal aku lagi dengan nada keliru.

''Dia kena santau... Dengan orang yang tak ada kaitan ataupun dendam dengan ahli keluarga dia.'' Balas Cikgu Sulaiman dengan nada yang masih sama, serius.

''Astaghfirullahalaziim... Jadi maknanya, orang yang santau dia ni hanya sekadar saja-saja nak santau dia je lah?'' Soal aku lagi dengan nada serius dan perlahan.

''Tak juga... Mungkin ianya lebih kepada nak menguji kehebatan ilmu santau tu sendiri. Lagipun, ilmu santau yang digunakannya ni bukannya ilmu santau yang orang kita selalu guna. Ilmu santau yang digunakannya ni lebih kepada ilmu santau yang manusia tak pernah gunakan dan ada kemungkinan, mungkin ini adalah ilmu santau purba yang sepatutnya orang dah tak gunakannya lagi sebab ilmu santau yang ni terlalu merbahaya di mana santau ni boleh menyebabkan satu keluarga atau mungkin satu keturunan akan terkena dampaknya sekali.'' Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar. Mendengarkan penjelasannya itu, ianya membuatkan aku berfikir sejenak. Daripada mana dia tahu yang Aisyah tu terkena santau? Dan bagaimana dia tahu yang Aisyah ni disantau dengan ilmu santau yang orang jarang guna? Hmm... Ni mesti ada seseorang yang bagitahu dekat Cikgu Sulaiman ni...

''Macam mana cikgu tahu semua ni? Macam mana cikgu tahu yang Aisyah kena santau dan macam mana cikgu tahu yang santau yang Aisyah kena tu adalah santau purba yang orang jarang guna?'' Soal aku kepadanya bertubi-tubi dengan nada yang perlahan dan serius. Mendengarkan persoalan aku itu, Cikgu Sulaiman mencicip air teh tarik yang tersedia di dalam cawan gelasnya itu seketika lalu meletakkannya semula di atas meja.

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now