Chapter 34: Lari & Lawan

251 33 22
                                    

[Normal POV]

Di dalam kawasan hutan belantara yang berdekatan dengan Bukit Berduri, terdapat sebuah sungai air terjun yang mengalir lembut dengan mengalirkan air jernih yang sejuk dan bersih. Di tepi sungai itu pula, kelihatan Al-Fitri yang sedang berada di dalam bentuk manusianya sedang duduk di atas sebuah batu yang besar sambil bertafakur dan berselawat dengan bertasbih memuji kebesaran tuhan yang telah mencipta sekalian alam ini dengan penuh khusyuk. Kali ini, wajahnya bukan meniru wajah Isa. Tetapi dia telah menggunakan wajah manusianya sendiri yang mempunyai iras-iras seperti orang Arab. Kulitnya putih, jambangnya hitam separa tebal, rambutnya panjang hingga mencecah paras bahu dan tubuh badannya pula kali ini tersangatlah tegap dan sasa.

Dalam sedang dia tekun berselawat itu, Jembalang pun muncul dengan menggabungkan kesemua anggota tubuh badannya yang telah menjadi kelawar itu tadi lalu dia terus berjalan menuju ke arah Al-Fitri dengan wajah yang bengis. Kali ini, dia datang bertemu dengan Al-Fitri di dalam keadaan memakai topeng tengkorak hitamnya sambil membawa sebilah pedang perak yang panjang.

"Ada apa kau datang berjumpa aku ni?" Soal Al-Fitri tanpa melihat ke arah Jembalang sebelum Jembalang mahu memulakan bicaranya.

"Aku rasa sakit hati dengan kau ni. Setiap kali aku nampak muka kau, aku rasa macam nak hancurkan je." Balas Jembalang dengan nada yang tak puas hati.

"Jadi? Kau datang sini sebab nak bunuh aku? Macam tu?" Soal Al-Fitri kepadanya lagi tanpa memandang ke arahnya kerana mahu kekal bertenang.

"Ya..." Balas Jembalang dengan ringkas lalu keluarlah seekor jin betina yang berkelubung hitam daripada dalam cincin batu zamrud yang dipakai di jarinya itu. Jin yang berkelubung hitam itu pula adalah jin yang sama yang pernah merasuki Aisyah pada tempoh hari yang lalu iaitu jin Yahudi.

"Aku tak mahukan pertumpahan darah. Sebelum kau menyesal, baik kau pulang. Aku tak nak menganggu sesiapa dan aku pun tak nak diganggu oleh sesiapa. Pergi." Halau Al-Fitri dengan nada yang serius.

"Jangan harap!" Kata jin Yahudi betina itu dengan nada yang tegas lalu dia terus meluru ke arah Al-Fitri dengan pantas sambil memanjangkan kuku jari-jemarinya yang panjang.

Shiuff!!

Al-Fitri terus mengelak serangan jin Yahudi betina itu dengan melompat melintang ke belakang sebelum dia mendarat ke atas sebuah lagi batu dalam keadaan berdiri dan manakala jin Yahudi betina itu tadi pula terus berdiri tegak di atas batu tempat Al-Fitri duduk bertafakur itu tadi dalam keadaan posisi yang sedang bersedia untuk menyerang.

"Aku ulang lagi sekali. Aku tak mahukan pertumpahan. Jadi aku minta dengan cara yang baik, sila berundur atau kau akan menyesal." Kata Al-Fitri dengan memberi amaran.

"Heh... Semenjak kau dah memeluk Islam ni, kau memang dah banyak berubah. Dulu seingat aku, kau ni jenis jin yang pantang dicabar. Tapi sekarang nampaknya kau dah jadi macam penakut." Kata Jembalang dengan nada yang sinis.

"Kau mahu mencabar aku?" Soal Al-Fitri kepada Jembalang dengan nada yang serius.

"Ya... Tunjukkanlah kekuatan kau, wahai Al-Fitri. Jangan kau malukan maruah diri kau pada jin Yahudi betina aku ni. Tunjukkan segala kekuatan yang engkau ada pada aku. Hehehe..." Balas Jembalang dengan nada yang sinis. Al-Fitri terdiam seketika namun dari segi riak wajahnya, dia langsung tak terasa tercabar dengan kata-kata Jembalang itu. Matanya dijeling halus ke arah jin Yahudi betina yang sedia mahu menyerangnya itu seketika. Dengan kelebihan mistik yang ada pada dirinya, dia sememangnya tahu tentang kelemahan jin betina itu dengan sekali pandang sahaja. Tapi hatinya masih ragu-ragu. Hati dan akal mindanya sudah mula bertengkar di dalam jiwanya samada mahu menuruti kata-kata Jembalang yang sememangnya mahu mencabar dirinya itu dan tewaskan jin Yahudi betina yang sememangnya terlalu lemah untuk tandingannya ini ataupun dia patut tidak menghiraukan segala permainan Jembalang ini dan terus berlalu pergi. Semakin difikirkan, semakin bercelaru akal dan fikirannya.

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now