Chapter 28: Wira Penyelamat Nyawa

356 37 9
                                    

[Normal POV]

Keadaan situasi Aizat dan Dina yang berada di dalam bangunan Kompleks Maut itu semakin mencemaskan apabila mereka terpaksa mencari Cikgu Sulaiman yang telah kerasukan itu di dalam kawasan yang gelap gelita. Dengan cuaca hujan lebat yang tidak berhenti-henti, menambahkan lagi situasi suasana yang dingin dan begitu menyeramkan sekali di sekitar mereka berdua itu. Namun walau apa-apa pun yang terjadi, mereka berdua perlu bertindak pantas untuk mencari Cikgu Sulaiman itu sebelum kesemuanya akan terlambat nanti.

"Hraaaaaagh!!!!" Kedengaran suara Cikgu Sulaiman yang telah kerasukan itu menjerit melolong daripada tingkat ketujuh dengan nada suaranya yang garau dan bergema itu. Sebaik sahaja mendengar suara jeritannya itu berkumandang, Aizat dan Dina pun terus segera mencari laluan tangga kecemasan untuk naik ke tingkat ketujuh. Sebaik sahaja mereka tiba di laluan tangga kecemasan itu, tiba-tiba Aizat memberhentikan langkahnya lalu dia menjenguk ke dalam laluan tangga kecemasan itu seketika. Daripada penglihatannya, kelihatan ada berpuluh-puluh ekor jin yang ganas sedang berkawal di setiap anak tangga yang berada di dalam laluan kecemasan itu dan ini menyebabkan perjalanan mereka berdua terbantut untuk naik ke tingkat atas.

"Aizat... Aku tak boleh nampak jin, tapi aku boleh rasakan yang laluan tangga nak ke tingkat atas ni ada banyak aura jin yang ganas tengah berjaga untuk halang kita naik ke tingkat atas. Kau yakin ke kita nak lalu ikut tangga ni untuk naik ke tingkat atas?" Soal Dina kepada Aizat dengan nada yang serius.

"Kejap... Kau tak boleh nampak jin? Habis tu, Iman tadi tu boleh je kau nampak." Soal Aizat kepadanya semula.

"Iman tadi memanglah aku boleh nampak sebab dia tu kan datang dalam bentuk manusia. Apalah kau ni." Balas Dina dengan nada yang separa geram.

"Hmm... Yelah. Apa-apa pun, sekarang ni aku rasa kita kena redah je lah ikut tangga ni." Kata Aizat dengan nada yang serius.

"Kau seriuslah?" Soal Dina dengan nada yang separa terkejut.

"Yelah, takkan aku nak main-main pula?! Kita redah je lah. Apa nak takut? Selagi kita ada perisai cermin ni, kita selamat." Balas Aizat dengan nada yang lebih serius.

"Okey, kalau macam jomlah." Kata Dina dengan keadaan yang bersedia.

"Kau dah ready ni?" Soal Aizat kepadanya dan Dina pun mengangguk sebagai tanda 'ya'.

"Okey... Kalau macam tu, jom kita redah. ALLAHUAKBAR!!!" Kata Aizat sambil melaungkan takbir lalu dia dan Dina terus bergegas menaiki laluan tangga itu sambil merempuh jin-jin yang cuba untuk menghalang lakuan mereka itu dengan perisai cermin mereka.

"Hraaaaagh!!!"

"Aaaaaargh!!!"

"Hyaaaargh!!!"

Kesemua jin-jin yang telah dirempuh dan yang terkena dengan suluhan pantulan cahaya lampu pada perisai cermin mereka itu terus hancur menjadi debu hangit dan ada juga yang terus melarikan diri sambil terbakar.

"Teruskan!!!" Kata Aizat sambil mempercepatkan langkahnya menaiki tingkat atas dan Dina yang berada di belakangnya itu pun terus bergegas mengejarnya.

"A'uzubillahiminnasyaitonnirrajim... Bismillahirahmannirrahim!!" Jerit Aizat dengan membaca bismillah sambil merempuh jin-jin yang menghalang laluannya itu dengan perisai cerminnya.

*Surah Yunus (Ayat 81 - 84)*

فَلَمَّا أَلْقَواْ قَالَ مُوسَى مَا جِئْتُم بِهِ السِّحْرُ إِنَّ اللّهَ سَيُبْطِلُهُ إِنَّ اللّهَ لاَ يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ (81) وَيُحِقُّ اللّهُ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ (82) فَمَا آمَنَ لِمُوسَى إِلاَّ ذُرِّيَّةٌ مِّن قَوْمِهِ عَلَى خَوْفٍ مِّن فِرْعَوْنَ وَمَلَئِهِمْ أَن يَفْتِنَهُمْ وَإِنَّ فِرْعَوْنَ لَعَالٍ فِي الأَرْضِ وَإِنَّهُ لَمِنَ الْمُسْرِفِينَ (83) وَقَالَ مُوسَى يَا قَوْمِ إِن كُنتُمْ آمَنتُم بِاللّهِ فَعَلَيْهِ تَوَكَّلُواْ إِن كُنتُم مُّسْلِمِينَ (84)

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now