Chapter 23: Letih Dan Penat

315 48 59
                                    

[Normal POV]

''Cikgu... Dah pukul 3 petang dah ni. Kami berdua nak minta diri dululah. Nak berehat sebab malam nantikan kita nak pergi bertugas.'' Kata Aizat kepada Cikgu Sulaiman dengan nada meminta izin.

''Hmm... Yelah. Cikgu pun ada hal kejap lagi ni sebab pengetua sekolah nampaknya macam nak berjumpa dengan cikgu kejap lagi. Nampaknya sampai sini je lah perjumpaan kelab kita untuk hari ni.'' Balas Cikgu Sulaiman dengan nada yang tenang.

''Pengetua sekolah nak jumpa dengan cikgu? Kenapa cikgu?'' Soal Isa kepadanya dengan nada separa bimbang.

''Ada lah tu... Mungkin sebab pasal tadi kot. Tak apa, kamu jangan risau. Biar cikgu yang uruskan nanti.'' Balas Cikgu Sulaiman dengan nada yang tenang.

''Ouh okey...'' Balas Isa dengan nada yang akur.

''Nanti malam jangan lambat pula tau. Cikgu kalau boleh tak nak tunggu sebab cikgu nak uruskan kes kita tu dengan secepat mungkin. Boleh?'' Balas Cikgu Sulaiman dengan nada berpesan.

''Boleh cikgu. Kalau ada apa-apa masalah nanti saya maklumkan dekat cikgu.'' Balas Isa dengan nada yang perlahan.

''Hmm bagus. Kalau macam tu, kamu berdua dengan Dina dah boleh balik sakarang.'' Kata Cikgu Sulaiman dengan nada yang tenang.

''Baik cikgu, kami bertiga minta diri dulu ya.'' Kata Isa bagi mewakili Aizat dan Dina lalu bersama dengan ucapan salam, mereka bertiga pun terus berlalu pergi daripada Surau sekolah yang menjadi tempat perjumpaan mereka itu dengan meninggalkan Cikgu Sulaiman bersendirian di sana. Kini langkah mereka bertiga dibawa menuju ke arah pintu keluar utama sekolah dengan melalui kawasan dataran perdana sekolah tersebut. Di saat mereka sedang melalui kawasan dataran perdana sekolah yang pada ketika ini sedang dipenuhi dengan pelajar-pelajar tingkatan 2 yang sedang menjalani waktu rehat itu, Isa dapat menangkap beberapa bisikan suara yang berbaur kutukan dan hinaan terhadapnya dengan melalui deria pendengaran Kasyafnya itu. Bukan itu sahaja, malah dia dan juga Aizat perasan bahawa ramai pelajar dan guru-guru petang yang turut melalui kawasan itu menjeling ke arahnya dengan tatapan yang jelik. Dina yang perasan dengan keadaan itu tahu bahawa Isa dan Aizat berasa tak selesa suasana yang agak negatif itu terus bertindak memulakan perbualan diantara mereka bertiga.

''Korang berdua... Nak balik ke rumah terus ke nanti?'' Soalnya kepada mereka berdua itu dengan nada yang mendatar.

''Entah... Aku ikut Isa je ni.'' Balas Aizat dengan nada yang selamba. Isa hanya sekadar mendiamkan dirinya sahaja sebelum jawapannya diberikan.

''Aku kalau boleh nak pergi melepak dekat warung Pak Umar kejap. Tapi... Aku ikut Aizat je lah. Kalau dia okey, aku okey je.'' Balas Isa dengan nada yang selamba.

''Pula dah? Kau ni, semua benda nak kena ikut aku. Apo lah...'' Kata Aizat dengan nada selamba separa merungut.

''Kau nak pergi melepak kat warung Pak Umar dengan keadaan kau yang macam ni? Baik kau pergi balik ke rumah lepas tu berehat je. Dah lah malam nanti kita nak pergi bertugas.'' Kata Dina kepada Isa dengan nada separa bimbang.

''Betul cakap Dina tu. Kita pergi balik terus je lah. Dengan keadaan kau yang tengah cedera teruk macam ni, risau pula aku tengok.'' Kata Aizat bagi menyokong pendapat Dina itu.

''Tapi... Aku dah okey dah. Mana ada rasa sakit lagi dah.'' Balas Isa dengan nada yang perlahan. Aizat berhenti melangkah seketika lalu dia terus menepuk belakang tubuh badan Isa dengan tepukan yang sederhana.

''Aduh!! Sakitlah gila.'' Kata Isa dengan nada yang geram sambil mengaduh kesakitan lalu dia terus membalas tepukan rambang Aizat itu dengan memukul bahunya dengan kekuatan yang sama.

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now