Chapter 6: Ahli Kelab Baru?

450 72 21
                                    

Aku melangkah menuju ke arah kelas 5 Sastera iaitu kelas aku itu dengan langkah yang tergesa-gesa dan sebaik sahaja aku tiba di sana, aku terus berdiri kaku seketika.

''Eh?'' Semua murid yang berada di dalam kelas 5 Sastera sekarang ni semua sedang menoleh ke arah aku dengan pandangan yang pelik dan ada juga yang nampak macam seperti terkejut, terutama sekali Aizat sebaik sahaja aku baru tiba di hadapan pintu kelas tersebut. Mujurlah pada ketika ini masih belum ada lagi guru yang masuk ke dalam kelas ini. Kalau tak, mesti aku yang kena tegur dengan guru tu nanti.

''Kenapa?'' Aku menyoal kepada mereka semua dengan rasa pelik. Apabila disoal begitu, mereka semua pun terus mengubah posisi pandangan lalu kembali membuat hal masing-masing. Aku pun tanpa melengahkan masa, terus bergegas masuk ke dalam kelas lalu terus menuju ke arah Aizat sebelum duduk di atas kerusi yang terletak di sebelahnya.

''Kau pergi mana tadi? Ni vest ni, daripada mana pula kau dapat ni?'' Tanya Aizat bertubi-tubi.

''Aku pergi ke bilik kelab paranormal tadi. Ada hal sikit yang Cikgu Sulaiman nak bagitahu tadi. Yang vest ni pula, dia yang bagi. Katanya vest ni hanya untuk uniform ahli kelab Paranormal je.'' Balas aku dengan panjang lebar.

''Ouh... Cantik juga kau pakai vest ni. Sesuai dengan postur badan kau. Oh by the way, kau bincang pasal hal apa dengan Cikgu Sulaiman tu tadi?'' Tanya dia lagi kepada aku lagi.

''Alah... Ada lah, hal penting. Kau tak payah tahu lah.'' Balas aku dengan nada yang selamba.

''Eleh... Berani eh kau sekarang nak berahsia-rahsia dengan aku. Sampai hati.'' Kata Aizat sambil menongkat pipinya di atas mejanya.

''Eh, mestilah... Benda penting kot. Mana boleh cerita dengan orang lain. Kalau kau nak tahu juga, kau kenalah join kelab aku tu. Amacam? Nak ke?'' Balas aku dengan nada sinis.

''Urgh... Tak kuasa aku. Aku ada lagi banyak hal yang nak diuruskan dengan kelab aku tu. Maklumlah, aku ni kan ketua kelab fotografi, so memang sibuk sikitlah orangnya. Hehehe...'' Balas Aizat dengan gaya yang acah-acah berlagak.

''Ceh... Berlagak! Aku pun ketua kelab jugalah.'' Kata aku dengan tak mahu mengalah.

''Tapi kau tak ada ahli kelab, aku ada. Hehehe...'' Balas Aizat dengan nada menyindir sambil ketawa sinis. Cis! Tercabar pula aku bila nak berdebat kata dengan si Aizat ni.

''Dia akan ada ahli kelab dia yang baru tak lama lagi...'' Tiba-tiba ada seorang pelajar perempuan yang bertudung ungu menyampuk daripada arah depan meja Aizat. Aku menoleh ke arahnya. Wajahnya agak cantik dan personalitinya juga nampak garang, sesuai dengan pangkatnya dekat dalam sekolah ini iaitu pengawas sekolah.

''Nama aku Nabila, pengawas dekat dalam sekolah ni.'' Katanya dengan nada yang serius kepada aku seolah-olah tahu yang aku ni teringin nak tahu tentang namanya.

''Isa akan dapat ahli kelab yang baru tak lama lagi? Kenapa kau cakap macam tu?'' Tanya Aizat dengan nada yang selamba.

''Sebab aku akan daftar masuk kelab tu sekali.'' Balas Nabila dengan nada yang serius.

''Eh? Kenapa?'' Tanya aku dengan nada yang terkejut.

''Kau fikir kau seorang je ke yang boleh buktikan yang diri kau tu hebat untuk masuk ke dalam kelab tu? Aku pun bolehlah.'' Balas Nabila dengan nada yang dingin. Pada saat ini juga, semua mata-mata para pelajar yang ada di dalam kelas itu semua menoleh ke arah kami bertiga.

''Eh? Kau fikir aku nak masuk ke dalam kelab Paranormal tu, hanya disebabkan tu je ke?'' Tanya aku dengan rasa pelik.

''Yelah, orang baru macam kau ni bukannya boleh percaya sangat. Entah-entah kau saja je nak acah tunjuk hebat sebab kau berani untuk masuk ke dalam kelab tu, kan?'' Soal Nabila bernada dingin.

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now