Chapter 20: Misteri Di Mana-mana

357 49 11
                                    

[Dina POV]

Di dalam kelas pada ketika ini, kesemua pelajar yang ada di dalam kelas aku ini semuanya hanya berbual sesama sendiri sambil menunggu kedatangan guru untuk mengajar subjek pembelajaran di dalam kelas aku ini dan suasananya pada ketika ini agak kecoh sedikit kerana mereka semua sibuk bergosip tentang kejadian Isa yang terkena kerasukan semasa waktu rehat di dalam kantin sekolah itu tadi. Aku pula hanya sekadar termenung memandang ke arah luar tingkap kelas sahaja sambil memikirkan nasib Isa yang dialaminya pada ketika ini. Entah mengapa, aku terasa serba salah sangat sebab aku lah punca dia kena kerasukan dan cuba nak cederakan pelajar perempuan yang lain itu tadi. Kalaulah aku berfikir dulu sebelum bertindak, mungkin semua ni takkan. Tapi kalau aku tak buat apa-apa pun, nanti sampai bila-bila Isa akan terkena sihir jin tu. Hmm...

''Wey Dina...'' Tiba-tiba ada seorang pelajar lelaki yang berpakaian seragam lengkap bagi unit uniform Polis datang menegur aku daripada sebelah. Lamunan aku terhenti seketika apabila aku ditegur olehnya yang bernada suara serba serius itu lalu aku terus menoleh ke arahnya untuk melihat siapakah yang datang menegur aku itu.

''Eh, Kimi... Kenapa? Ada apa-apa ke?'' Soal aku kepadanya. Kimi atau nama penuhnya adalah Amri Hakimi adalah ketua kelas di dalam kelas aku ni dan dia adalah orang yang bersifat paling tegas dan serius di dalam sekolah ni. Sekali pandang nampak macam samseng dan kalau tengok daripada segi sifatnya pun dah macam seorang ketua pengawas pun ada. Tapi sebenarnya tidak, dia hanyalah seorang pelajar biasa yang hanya berjawatan ketua kelas sahaja dan di dalam sekolah ini, hanya dia sajalah pelajar yang paling tegas mengalahkan guru disiplin sampaikan kalau pelajar-pelajar samseng yang ada kat sekolah ni nak datang dekat dengan dia pun takut. Itu baru pelajar samseng. Kalau pelajar samseng pun takut nak dekat dengan dia, ini kan pula aku yang hanyalah pelajar biasa-biasa ni. Aku ni tak ada lah takut sangat dengan dia ni cuma rasa macam tak ngam sikitlah sebab dia ni perangainya asyik nak serius je. Kalau ajak bergurau, memang tak boleh langsung.

Mendengar aku menyoal kepadanya itu, Kimi tak menjawab malah dia mengambil sebuah kerusi kosong yang berdekatan dengannya lalu dia terus duduk di sebelah meja aku dengan muka seriusnya itu sambil memandang tepat ke arah aku.

''Apa yang dah jadi dengan budak baru tu? Kau ada tahu apa-apa pasal dia, kan?'' Soal Kimi kepada aku dengan lagak gayanya yang seperti seorang anggota polis yang serius.

''Erm... Aku pun tak tahu. Kenapa dengan dia?'' Balas aku dengan selamba lalu menyoalnya semula.

''Jangan nak menipulah... Aku tahu kau mesti ada tahu sesuatu pasal dia tu, kan?'' Soalnya dengan nada serius. Aku menelan air liur seketika apabila renungan matanya yang tajam itu semakin mendalam merenung ke arah aku. Haih dia ni... Menggerunkan betullah. Macam tahu-tahu je apa yang aku tengah sorokkan daripada dia ni.

''Macam mana kau tahu?'' Soal aku kepadanya semula.

''Aku nampak kau dengan budak baru tu pergi ke pondok kayu kat tepi padang sekolah masa waktu rehat tadi. Tapi aku tak tahu apa yang kau buat dengan dia masa kat sana tu. Yang pastinya, budak baru tu kena kerasukan lepas beberapa minit kau bawa dia tu pergi ke sana.'' Balas Kimi dengan panjang lebar dan bernada serius.

''Jadi kenapa? Kau nak kata yang aku ni penyebab dia tu kena kerasukan? Macam tu?'' Soal aku kepadanya dengan nada yang serius.

''Tak... Aku cuma nak tahu, kenapa dia boleh jadi macam tu? Mesti kau tahu apa puncanya sebab kau je orang terakhir yang ada dengan dia tu tadi.'' Balas Kimi dengan nada yang serius. Ish... Patut ke aku ceritakan semuanya dekat dia ni eh? Aku kalau boleh nak rahsiakanlah sebab kes ni melibatkan rahsia kelebihan aku dengan kelebihan Kasyaf Isa tu. Kalau aku ceritakan dekat Kimi ni, terbongkarlah rahsia kelebihan kami berdua ni nanti.

KASYAF (Hiatus)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon