Chapter 18: Pemutusan Sihir

591 50 34
                                    

[Normal POV]

Di dalam Surau sekolah selepas berakhirnya waktu rehat bagi pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Berduri itu, kelihatan Cikgu Sulaiman dan Ustaz Roslan bersama dengan beberapa orang cikgu lelaki yang lain sedang memapah Isa yang baru sahaja pengsan itu dengan membawanya masuk ke dalam Surau sekolah tersebut. Dalam pada masa yang sama juga, di dalam surau itu sudah ada Dina dengan pelajar perempuan yang menjadi mangsa serangan Isa yang rasukan tadi tu bersama dengan seorang guru perempuan muda yang baru sahaja tiba di Surau tersebut untuk menenangkan pelajar perempuan tersebut. Mereka bertiga duduk di dalam saf perempuan yang berada di dalam surau sekolah itu dengan langsir yang tertutup untuk mengelakkan sesiapa terpandang ke arah aurat pelajar perempuan yang menjadi serangan Isa itu.

''Ha letakkan pelajar tu kat tengah-tengah.'' Arah Ustaz Roslan kepada semua guru lelaki yang bantu memapah Isa itu.

''Sulaiman, tolong pergi ambilkan rotan kayu sebatang dekat dalam bilik guru disiplin dan tolong bawa kan 3 helai daun bidara, garam, lada hitam, 3 gelang getah, dengan air kosong sebotol. Pergi cepat.'' Arahnya pula kepada Cikgu Sulaiman dan tanpa sepatah kata, Cikgu Sulaiman pun terus berlalu pergi untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut. Kini yang berada di sampingnya hanyalah tinggal 3 orang guru lelaki sahaja. Seorang bernama Cikgu Hisham iaitu guru pendidikan jasmani. Seorang lagi bernama Cikgu Faris iaitu guru yang sentiasa mengajar subjek Sejarah bagi pelajar tingkatan 5 dan seorang lagi adalah Cikgu Azri iaitu guru disiplin.

''Sementara kita tunggu Sulaiman bawa barang tu, marilah kita mulakan sesi Ruqyah kita.'' Kata Ustaz Roslan sambil duduk bersila di hadapan kaki Isa dan manakala guru-guru lelaki yang lain pula duduk sebelah kiri dan kanan Isa itu.

''Hisham, Faris, Azri... Korang bertiga pegangkan kaki dengan tangan dia ni kejap eh. Pegang kuat-kuat dan banyakkan selawat tau. Kita tengah berhadapan dengan jin yang ganas ni.'' Arah Ustaz Roslan dengan nada yang serius lalu ketiga-tiga guru lelaki itu pun terus akur dan kemudian mereka bertiga pun terus memegang tangan dan kaki Isa dengan seketat-ketatnya.

''A'uzubillahiminnasyaitonnirrajim... Bismillahirahmannirrahim...'' Ustaz Roslan mula membaca bismillah dengan nada yang perlahan lalu dengan ucapan selawat ke atas nabi dengan nada yang perlahan-lahan, tangan kanannya mula mendekati ke arah ibu jari kaki kanan Isa itu dan kemudian dicubitnya terus dengan begitu kuat sekali.

''Hraaagh!!!'' Serentak pada ketika itu juga, Isa terus menyeringai dengan nada suara garaunya yang seperti raksasa itu lalu dia terus bangkit daripada pembaringannya dengan duduk menghadap ke arah Ustaz Roslan yang mencubit ibu jari kakinya itu dengan gaya yang seperti mahu menyerang sambil dia merenung muka Ustaz Roslan itu pandangan mata yang tajam dan berwarna hitam legam. Mujur saja ketiga-tiga guru lelaki yang memegang kaki dan tangannya itu sempat menahannya daripada menyerang Ustaz Roslan. Jika tidak, pasti perkara lain pula yang akan terjadinya.

''Assalamualaikum wahai jin. Siapakah kamu? Daripada mana asal-usulmu? Apakah tujuanmu menganggu anak muda ini?'' Soal Ustaz Roslan kepada Isa yang kerasukan itu dengan ucapan salam yang bernada serius.

''Aku Ifrit! Asal-usul aku datangnya berasal daripada zaman pemerintahan Nabi Sulaiman AS! Tujuan aku ke sini untuk menganggu dan menghancurkan keimanan budak ini. Dia adalah musuh utamaku!!'' Balas Isa yang kerasukan itu dengan nada yang geram sambil meronta-ronta meminta untuk dilepaskan.

''Siapakah yang menghantar engkau kepada budak ini, wahai jin?'' Soal Ustaz Roslan kepadanya lagi dengan nada yang serius sambil tangannya mula mencubit ibu jari kaki Isa itu dengan lebih kuat lagi.

''AAAARGH HAHAHAHA!!! Siapa yang hantar aku kemari? Sudah tentulah Iblis!! Raja aku yang agung. HAHAHAHAHAHA!!!'' Balas Isa yang kerasukan itu dengan nada yang sinis sambil ketawa jahat terbahak-bahak. Mendengarkan jawapannya itu, Ustaz Roslan terus mencubit ibu jari kaki Isa itu sambil memutar-mutarkannya perlahan-lahan dan Isa yang kerasukan itu pun terus menjerit dan meronta kesakitan apabila dilakukan sedemikian rupa.

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now