Chapter 22: Hukuman Yang Salah

283 49 25
                                    

[Normal POV]

Aizat yang ingin mengejar Isa yang bergerak pantas itu terhenti langkahnya kerana terlalu kepenatan dan sekaligus menyebabkan Isa terus hilang daripada pandangannya.

''Haih... Laju betul Isa tu lari, sampai tak terdaya aku nak mengejar dia tu.'' Kata Aizat sendirian sambil mengeluh kepenatan. Lantas pada ketika itu juga, Aizat ternampak ada satu kilauan kecil yang bersinar dek pancaran kilauan cahaya matahari yang menyuluh ke arah kilauan cahaya tersebut yang berada di sebalik longkang kecil yang berada dengan berhampirannya itu.

''Apa benda tu?'' Soalnya sendirian lalu dia terus menghampiri ke arah kilauan kecil tersebut. Semakin dekat dia menghampirinya, ternyata apa yang dia lihat itu adalah sebuah kunci rumah yang berwarna perak bersama dengan tag nama pemiliknya yang tertulis nama "Isa".

''Isa? Ini mesti kunci rumah Isa ni. Alhamdulillah, dah jumpa dah. Aku kena bagi dekat Isa cepat ni.'' Kata Aizat sambil mengutip kunci tersebut lalu dia terus memulakan langkahnya untuk mencari Isa.

PTAAAAH!!

Langkahnya terus terhenti apabila telinganya terdengar satu suara libasan yang sangat kuat seolah-olah seperti suara libasan rotan terhadap seseorang.

PTAAAAH!!

Dia mendengar lagi suara tersebut. Kuat dan bergema suaranya datang daripada jauh dan ianya juga datang daripada... Arah bilik stor sukan sekolah.

''Argh!! Sakit cikgu!! Sakit!!''

Serentak pada ketika itu juga, Aizat mula terdengar suara seorang lelaki yang sedang merintih kesakitan berserta dengan suara libasan rotan tersebut.

''Suara tu... ISA!!'' Apabila Aizat menyedari bahawa suara rintihan lelaki yang didengarinya itu adalah suara Isa, dia terus bergegas berlari menuju ke arah datangnya suara tersebut dan sebaik sahaja dia tiba di sana... Langkahnya terus kaku.

''Ya Allah!! ISA!!'' Jerit Aizat dengan nada yang terkejut apabila dia melihat Cikgu Azri iaitu guru disiplin di sekolahnya ini sedang mengheret Isa berjalan ke atas lantai sambil dia merotan belakang badan Isa dengan batang rotannya yang tebal itu. Di samping itu juga, ramai pelajar dan guru-guru yang berada di sekitar kawasan itu melihatnya dirotan sedemikian sambil berbicara sesama sendiri. Yang pastinya sedang mengutuk Isa barangkali tapi apa yang Isa dah buat sampaikan dia diperlakukan sedemikian rupa?

Aizat yang melihat sahabatnya diperlakukan sedemikian rupa terus menjadi remuk hatinya. Tanpa melengahkan masa, Aizat terus bergegas mahu menghampiri ke arah Cikgu Azri yang sedang merotan sahabatnya itu namun langkahnya itu terus dihalang oleh Namrul yang wajahnya penuh dengan kesan lebam itu seketika.

''Namrul! Apa yang dah jadi ni? Apa hal kau nak halang aku ni?'' Soal Aizat dengan nada yang serius kepada Namrul yang menghalang jalannya itu.

''Kenapa? Kau nak selamatkan kawan kau tu? Heh... Jangan mimpilah. Hidup dia akan musnah tak lama lagi.'' Balas Namrul dengan nada yang angkuh dan sinis.

''Apa maksud kau gila?'' Soal Aizat dengan nada geram sambil mencengkam kolar bajunya dengan kasar.

''Heh... Kau nak tahu? Kau tengoklah sendiri...'' Balas Namrul dengan nada yang sinis sambil dia melepaskan cengkaman Aizat pada kolar bajunya itu dan kemudian, dia terus berlalu pergi bersama dengan jelingan sinis ke arah mata Aizat itu. Mendengarkan jawapannya yang sinis itu, Aizat pun terus bergegas menuju ke arah Cikgu Azri yang sedang mengheret Isa menuju ke arah bilik guru disiplin sekolah tersebut.

''Aizat!!'' Tiba-tiba ada seseorang memanggilnya lagi dan memaksa langkah Aizat yang mahu dipercepatkan itu terhenti seketika. Aizat menoleh ke arah orang yang memanggilnya itu dan ternyata orang itu adalah Dina. Dia datang daripada bilik stor sukan sekolah itu dengan keadaan yang tidak terurus lalu terus menghampiri ke arahnya.

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now