Chapter 38: Yang Lama Kini Kembali

317 31 21
                                    

[Kimi POV]

Aku berjalan terhuyung-hayang di tepi koridor laluan kawasan kedai di dalam Pekan Bukit Berduri dalam keadaan yang sangat lemah sambil terbatuk-batuk dan terus berjalan tak berhala tuju macam hilang arah untuk mencari jalan untuk pulang ke rumah. Aku sendiri tak tahu kenapa... Selepas selesai saja aku berjaya meniru kuasa kegelapan Namrul tu tadi, aku terus terasa macam tak sedap badan.

Bukan setakat tu je, malah aku pun terasa macam nak demam sebab aku dah mula terasa panas yang amat sangat daripada seluruh dalaman tubuh badan aku ni dan aku juga terasa pening kepala yang sangat teruk yang mana teruknya tak pernah lagi aku rasakan selama ni. Tambahan lagi dengan cuaca yang sangat panas pada waktu tengah hari macam ni, segala kesakitan yang aku rasakan serang ni makin lagi bertambah rasa sakitnya sehinggakan aku terasa nak mabuk dan hampir nak pitam.

"Uhh..." Setelah aku terasa penat berjalan dan dah tak larat untuk menahan kesakitan aku ni yang semakin lama dah semakin teruk ni, aku pun dengan terpaksanya terus terduduk lelah sambil bersandar di tepi pagar besi di sebuah kedai yang tidak beroperasi sambil tercungap-cungap mencari nafas akibat keletihan yang teramat sangat. Hampir saja aku mahu terbaring namun aku tetap menggagahkan diri untuk kekal di dalam posisi terduduk supaya dapat mengekalkan kesedaran diri aku dan menggelakkan aku daripada jatuh pengsan dan tak sedarkan diri. Setakat ni apa yang aku mampu buat untuk cuba meredakan kesakitan aku ni hanyalah sekadar menutup mata sambil duduk bersandar di situ.

Ahh... Tak guna. Aku rasa aku dah tahu kenapa aku boleh jadi lemah dan sakit sampai seteruk macam ni. Mungkin semua ni terjadi adalah disebabkan akibat daripada aku terlalu banyak menggunakan kelebihan aku untuk meniru kelebihan mistik orang lain. Yalah... Kelebihan Kasyaf Isa tu pun saja dah makan banyak tenaga rohani dalam badan aku, ini kan pula kuasa ilmu hitam Namrul yang dah menjadi semakin dahsyat itu tadi, memang jadi lemah teruklah aku ni lepas dah gunakan kedua-dua kelebihan mistik mereka berdua tu dalam jangka masa yang sama untuk hari ni.

Tapi sebelum ni bukan aku tak pernah meniru banyak kelebihan mistik orang lain dalam jangka masa yang sama sebab aku pun pernah tiru kelebihan Aizat dan Dina secara tersembunyi dalam jangka masa yang sama sebelum-sebelum ni dan kesan buruknya tak ada lah sampai seteruk macam ni. Hmm... Mungkin kelebihan Kasyaf Isa dan kelebihan sihir baru Namrul tu adalah kelebihan mistik yang bertaraf tinggi kot.

Kalau boleh aku anggarkan kekuatan kelebihan mistik mereka berdua itu dalam bentuk peratusan, mungkin kelebihan mereka berdua itu ibarat 50/50 iaitu di tahap yang sama setanding dan yang paling terkuat untuk aku kawal sehingga boleh menyebabkan kesan yang buruk macam apa yang tengah berlaku pada aku sekarang ni dan manakala Aizat dengan Dina pula, kekuatan kelebihan mistik mereka berdua itu pula ibarat 25% iaitu peratusan kekuatan kelebihan mistik yang aku masih lagi boleh kawal tanpa ada kesan risiko buruk yang tinggi.

Aduh... Kalaulah aku tahu kesan buruk yang menyakitkan aku ni akan terjadi, dah lama dah aku takkan tiru kelebihan mistik Namrul yang menyakitkan tu. Sekarang tengoklah apa dah jadi... Aku dah sakit dan aku tak tahu nak rawat sakit aku ni macam mana. Kalau nak makan ubat ataupun ambil pil antibiotik, sudah tentulah ianya takkan berhasil sebab kesakitan yang aku tengah rasakan ni bukanlah sejenis kesakitan biasa yang boleh dirawat dengan ubat-ubatan daripada klinik. Ini kesakitan yang melibatkan unsur mistik dan penawarnya juga mestilah melibatkan sesuatu perkara yang berunsurkan dengan benda yang sama. Tapi tu lah... Aku nak rawat dengan apa dan gunakan kaedah apa? AKU TAK TAHU!!

"Assalamualaikum." Dalam sedang aku terseksa menghadap kesakitan yang memedihkan tubuh badan ni, tiba-tiba aku terdengar ada satu suara seorang lelaki yang kedengaran seperti suara seseorang yang aku kenal memberi ucapan salam kepada aku. Apabila mendengar ucapan salam tersebut, aku pun terus membuka mata aku yang daripada tadi asyik tertutup ni dan kemudian melihat siapakah gerangan lelaki yang memberi ucapan salam kepada aku itu tadi. Apabila aku melihat wajahnya itu, aku terus berkerut dahi.

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now