Chapter 29: Rahsia Hakimi

311 44 49
                                    

[Isa POV]

Di waktu pagi pada hari Sabtu ni, aku duduk termenung bersendirian di dalam dapur sambil menjamah nasi lemak ayam rendang yang menjadi santapan sarapan pagi aku pada hari ini. Entah kenapa, sejak dua menjak ni aku asyik banyak termenung je. Dah macam satu kewajipan pula. Termenung pasal benda yang sama pula tu. Tak lain tak bukan, mestilah aku asyik termenungkan pasal peristiwa yang berlaku pada malam di Kompleks Maut itu.

Haih... 3 hari sudah berlalu, semenjak apa yang telah berlaku pada hari Rabu di mana aku telah diganggu, dirasuk, difitnah, didenda, diseksa, dibunuh, dihidupkan semula, dan sebagainya itu, kini ada banyak perkara pelik yang mula berubah dengan sekelip mata. Aku pun tak faham. Memang betul-betul tak faham sangat. Siapa Toklang Hanafiah tu sebenarnya? Dia tu manusia ke jin? Adakah betul dia tu bersahabat dengan Namrul? Kalau betul, nampaknya memang betullah segala apa yang berlaku daripada pagi sampai ke malam pada hari tu sememangnya telah dirancang siap-siap oleh mereka berdua tu. Lagi satu, yang aku tak fahamnya... Macam mana aku boleh lalui semua benda tu tanpa menjamah apa-apa makanan pun? Yang aku ingat, aku hanya diberikan minuman sahaja. Tu pun Al-Fitri yang bagi sebab dia tahu aku tak makan dan minum apa-apa lagi masa tu. Haih... Macam-macam hal lah. Nasib aku masih lagi hidup sampai sekarang. Kalau tak, semua ni terasa macam sia-sia. Oh ya... Tentang hal aku boleh dihidupkan semula selepas kena 'bunuh' dengan Namrul pada malam tu pun aku langsung tak tahu macam mana perkara tu boleh berlaku. Yang pastinya, kesemua tu berlaku pasti dengan izin Allah. Alhamdulillah lah, aku masih hidup dan selamat sampai sekarang.

Bila diingat semula pada keesokan harinya selepas kejadian konflik yang berlaku di dalam Kompleks Maut pada malam itu, banyak benda juga yang dah berubah samada jadi lebih baik dan jadi lebih buruk. Yang jadi mangsa keadaan bukan aku seorang sahaja tetapi Aizat, Cikgu Sulaiman dan Dina pun turut terlibat sekali. Kalau aku ni, Imej baik aku sebagai pelajar baru yang masih belum sempat nak berbakti di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Berduri ni terus berubah menjadi buruk dek kerana fitnah besar yang dibuat oleh Namrul terhadap aku. Sudahlah dia buat fitnah dekat aku, dia hampir nak bunuh aku pula tu. Lepas tu menghilang tanpa sebarang khabar berita. Buat masa ni hanya Cikgu Sulaiman, Aizat, dan Dina sahajalah yang percayakan aku. Yang lain, aku tak tahu. Tapi yang pastinya, mestilah sebahagian daripada mereka ada yang dah pandang serong terhadap aku.

Oh ya... Cakap pasal mereka bertiga, banyak juga perkara yang baik dan buruk sudah mula berubah dekat mereka semua dan termasuk sekali dengan aku juga. Semenjak kejadian tu berlaku, hubungan aku dengan Al-Fitri terpaksa 'dirapatkan' untuk seketika waktu semenjak aku telah memiliki 'kuasa' baru di dalam cincin batu aku ni (itu pun sebab Al-Fitri yang sumbangkan sedikit kuasanya dekat aku, bukan aku yang nak). Hubungan rapat kami ni pula bukanlah rapat seperti sahabat, ahli keluarga, saudara, adik-beradik, tuan dan hamba atau sebagainya. Tetapi kami berdua hanyalah ibarat macam orang asing yang saling tak mengenali tetapi terpaksa bekerjasama untuk sesuatu perkara. Ini tak lama pun sebab Al-Fitri pun faham kenapa aku tak nak berkawan dengan dia sebab ini adalah sebahagian larangan dalam agama Islam, jadi katanya dia hanya akan duduk rapat dengan aku hanyalah sampai misi dia selesai. Aku pun tak tahu apa benda misinya tu tapi kalau betul itu yang dia katakan, maka aku pun terpaksa akur je lah.

Tentang Aizat, Dina dan Cikgu Sulaiman pula, keadaan mereka bertiga pula ada yang jadi semakin baik dan ada yang menjadi semakin buruk. Kalau Cikgu Sulaiman, semenjak dia telah dirasuk oleh ribuan ekor tentera jin di dalam Kompleks Maut itu, dia mula menjadi seperti orang yang lemah semangat. Dia jadi mudah terkejut, cepat terlupa dan mudah tertekan disebabkan perkara yang kecil ataupun perkara yang boleh merimaskan kepala otaknya itu. Tetapi walau bagaimanapun, aku yakin suatu hari nanti 'penyakitnya' itu pasti akan dapat dipulihkan semula dan dia akan kembali semula seperti yang sediakala. Lagipun, katanya haritu dia dah dapat kenaikan pangkat dalam agensi Paranormal-nya itu dan katanya lagi, tak lama lagi nanti dia akan daftarkan keahlian kami semua ke dalam agensinya itu sebagai ahli anggota agensi yang rasmi. Kenapa 'kami'? Sebab Aizat dan Dina kini telahpun rasmi dijadikan sebagai ahli kelab Paranormal di dalam sekolah aku tu, jadi sudah tentulah mereka akan dapat akses untuk jadi ahli anggota agensi Paranormal Cikgu Sulaiman yang rasmi itu. Bila difikirkan semula, aku tak tahu kenapa tiba-tiba je mereka berdua tu nak sertai kelab tu. Kalau Aizat, katanya sebab dia dah tak sesuai untuk kelab fotografi tu sebab dia buta sebelah mata. Jadi guru kelab dia tu pun terpaksa buang dia daripada kelab tu dan dia pun terpaksalah sertai kelab Paranormal ni kerana hanya kelab ni sahajalah yang sesuai untuknya. Kalau Dina pula, katanya dia sendiri yang nak masuk ke dalam kelab ni sebab dia dah rasa tertarik dengan kerja-kerja operasi pembersihan yang kami sentiasa jalankan pada malam hari itu. Aku tak pasti samada apa yang mereka katakan itu adalah benar ataupun yang sebaliknya, tapi yang pastinya mestilah aku gembira sebab kini aku dah ada teman kat dalam kelab tu. Hehehe...

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now