Chapter 27: Perangkap Kompleks Maut

300 40 38
                                    

[Normal POV]

Cuaca hujan yang lebat pada malam itu tidak menghalang tujuan dan niat utama Cikgu Sulaiman untuk menjalankan tugasnya sebagai anggota paranormal untuk membersihkan bangunan yang digelar sebagai Kompleks Maut itu daripada dihuni oleh makhluk-makhluk halus yang sentiasa berkeliaran di sekitar kawasan bangunan usang tersebut. Dina dan 'Isa' yang turut mengikutinya pada malam itu turut mempunyai niat yang sama kecuali 'Isa' yang sebenarnya itu adalah Namrul yang sedang menyamar. Sepanjang perjalanan mereka ke sana, Namrul yang menyamar jadi Isa itu berasa begitu tak senang sedikit disebabkan alunan ayat-ayat Al-Quran yang dipasangkan daripada radio kereta milik Cikgu Sulaiman itu. Tangannya asyik tergaru-garu lengan dan badannya sahaja, dek kerana alunan bacaan ayat-ayat Ruqyah Al-Quran daripada radio tersebut.

"Isa, kamu okey ke tak ni?" Soal Cikgu Sulaiman kepadanya sambil matanya fokus memandang ke arah hadapan.

"Err... Ya, saya okey je. Cuma gatal-gatal sikit." Balas Namrul dengan nada yang perlahan. Rasa gatal-gatal yang dialaminya pada ketika ini sebenarnya bukanlah seperti gatal-gatal yang digigit nyamuk, tetapi rasanya seperti gatal-gatal di dalam keadaan yang separa terbakar. Panas, gatal-gatal dan ianya sungguh merimaskan dirinya.

Dalam pada masa yang sama juga, Jembalang yang sudah mengetahui kejayaan Namrul membunuh Isa yang sebenar itu sedang terbang dengan gembiranya di atas langit sambil mengikuti kereta Cikgu Sulaiman itu di dalam rupa bentuk seperti burung gagak yang berwarna hitam.

"Namrul... Aku tahu kau dah berjaya bunuh Isa. Tapi kenapa kau ikut mereka berdua ni untuk ke bangunan usang tu? Kalau jadi apa-apa nanti macam mana? Habis kau nanti." Tegur Jembalang kepada Namrul dengan menggunakan kuasa telepatinya.

"Kau kata kau boleh perintahkan semua jin yang ada kat seluruh daerah kawasan sekitar Bukit Berduri ni untuk buat macam-macam kan? Kalau macam tu bila aku dah sampai ke sana nanti, kau perintahkanlah semua jin yang ada kat dalam bangunan tu untuk selamatkan aku dan lepas tu hapuskan pula orang-orang yang aku tengah ikut sekarang ni. Tak apa, aku tak kisah sangat dengan kesakitan yang aku tengah rasakan sekarang ni. Asalkan kita boleh hapuskan diorang semua ni malam ni juga. Diorang ni sekutu Isa. Kalau dibiarkan hidup, nanti makin teruk pula kita jadinya." Balas Namrul melalui kuasa telepati itu daripada dalam hatinya dengan panjang lebar.

"Macam tu ya? Baik. Kalau macam tu, aku akan persiapkan kesemuanya dan lepas tu, aku akan tunggu kau kat sana nanti." Kata Jembalang yang sedang terbang daripada atas kereta Cikgu Sulaiman itu dan kemudian dia terus terbang berlalu pergi.

Dalam pada masa yang sama juga, Dina yang sentiasa mendiamkan dirinya daripada belakang tempat duduk di dalam kereta Cikgu Sulaiman itu mengetahui bahawa ada sesuatu yang tak kena dengan 'Isa' yang dia lihat pada ketika ini. Di dalam tangan kanannya itu pada ketika ini, dia sedang menggenggam sebentuk keychain hati biru yang dibelikannya untuk Isa pada tengah hari itu tadi bersama dengan perasaan hati yang berat.

"Aku patut serahkan keychain ni dekat Isa sekarang ni. Tapi... Kenapa aku tak rasa Isa yang ada kat depan mata aku ni macam... Isa yang sebenar? Siapa 'Isa' yang ada dengan aku sekarang ni?" Soalnya di dalam hati dengan hati yang bertambah gusar dan bimbang.

Pada masa yang sama, Cikgu Sulaiman pun turut perasan tentang sesuatu yang agak ganjil pada Isa. Kebiasaannya pada ketika ini, Isa pasti akan membaca ayat-ayat Al-Quran dengan nada yang perlahan sebagai pendinding dirinya. Tetapi apa yang dilihatnya pada ketika ini, lain pula yang jadinya. Daripada segi cara dia menggaru-garukan tubuh badannya itu, Cikgu Sulaiman pun turut dapat mengesyaki bahawa ada sesuatu yang tak kena dengan 'Isa' yang dilihatnya pada ketika ini.

"Isa yang aku tengah tengok sekarang ni bukanlah macam Isa yang kenal sebab dia langsung tak ada aura kelebihan Kasyaf dia tu. Aura Kasyaf-nya tak ada, tapi aura sihir hitam pula yang kuat. Aura sihirnya bukan jenis yang biasa-biasa pula tu. Jadi memang sah lah 'Isa' yang tengah ikut aku dengan Dina ni bukan Isa yang sebenar, tapi musuh dalam selimut. Tak boleh jadi ni, bila sampai je kat sana nanti memang aku Ruqyahkan kau sampai habis-habisan." Kata Cikgu Sulaiman di dalam hatinya dengan rasa yang begitu berwaspada sekali sambil matanya menjeling seketika ke arah Namrul yang sedang duduk termenung memandang ke arah luar tetingkap pintu keretanya itu.

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now