Chapter 16: Iman Yang Terganggu

433 57 19
                                    

[Isa POV]

''Aaah...'' Isa terbangun daripada lenanya dan kini dia baru tersedar bahawa sudah dia tertidur di dalam dapurnya di dalam keadaan suasana yang masih lagi gelap tanpa sebarang cahaya lampu. Dengan perlahan-lahan, dia terus bangkit daripada pembaringannya lalu terus menuju ke arah suis lampu untuk menghidupkan semua lampu dapurnya. Setelah itu, dia memandang ke arah jam dinding dapur seketika dan waktunya kini sedang menunjukkan pukul 5:30 pagi, 10 minit sebelum masuknya waktu solat Subuh.

''Ya Allah, aku kena bersiap cepat ni.'' Katanya dengan nada separa gelabah lalu terus bergegas ke bilik tidurnya untuk mengambil tuala mandi dan kemudian terus bergegas ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Setelah selesai dia mandi dan membersihkan dirinya, dia terus bergegas menuju ke bilik tidurnya semula untuk menukar pakaian dengan memakai pakaian uniform sekolahnya dan kemudian dia terus pergi ke dapur untuk membuat sarapan paginya.

''Allahuakbar Allahuakbar!!!''

Belum sempat dia mahu berbuat apa-apa, tiba-tiba dia terdengar suara azan Subuh berkumandang daripada jauh dan serentak daripada itu juga, tubuh badan aku pun terus menjadi kaku di dalam keadaan berdiri. Dia memandang ke arah lantai dapur iaitu tempat di mana dia meletakkan bekas rendaman air untuk keris hitam yang dia terjumpa di dapurnya pada malam semalam itu dan ternyata keris hitam itu sedang menggeletar dengan begitu kuat sekali apabila suara azan Subuh itu dikumandangkan. Serentak pada ketika itu juga, segala urat sendi dan juga tulang-temulang yang berada di dalam tubuh badannya mula terasa sakit dan begitu hangat sekali.

''AAAAAARGH!!!'' Isa menjerit sekuat hatinya sambil jatuh melutut dengan kepalanya di dongakkan ke atas sambil tangannya menggenggam rambutnya sehingga kusut untuk menahan kesakitannya. Dengan secara perlahan-lahan juga, mata kirinya mula berubah menjadi mata yang berwarna hitam dan kuku tangan kirinya mula memanjang dan menjadi kuku yang begitu tajam sekali.

''Aku sakit!!!'' Jeritnya dengan nada suara yang mula berubah garau lalu tangan kanannya terus menepuk pipi kanannya dengan begitu kuat sekali sampaikan kepalanya tertoleh ke arah kiri.

''Kenapa kau masuk dalam badan aku?!!'' Soal Isa pada dirinya dengan nada yang marah apabila dia menyedari bahawa ada seekor jin yang sedang berdamping secara senyap di dalam sebahagian tubuhnya lalu tangan kirinya terus menepuk pipi kirinya dengan begitu kuat sekali sampaikan kepalanya tertoleh ke arah kanan.

''Aku mahukan jiwa kau!! Aku mahu sesatkan diri kau!! Dengan iman kau yang tergugat, aku akan dapat hapuskan kau!!!'' Katanya dengan nada suara yang garau dan lantang sambil tangan kanannya menepuk pipi kanannya dengan begitu kuat sampaikan kepalanya tergoleh ke arah kiri semula.

''Hrrrr!!!'' Isa yang separa kerasukan itu mengetap giginya dengan keras sambil badannya menunduk ke lantai dan kedua-dua lengan tangannya mula memukul-mukul lantai dapurnya itu bagi menahan rasa sakit yang dialami di dalam badannya itu. Serentak pada itu juga, di dalam mindanya mula terdengar suara bisikan-bisikan pelik yang begitu kuat sampaikan telinganya tak mampu nak mendengar suara azan Subuh yang berkumandang di luar kawasan rumahnya itu.

''AAAAAARGH!!!'' Dirinya mula hilang kawalan dan jiwanya mula menjadi tak tenteram sampaikan tangan kirinya yang berkuku tajam itu mula mencakar-cakar lantai rumahnya sampai tercalar dengan kesan cakarannya itu.

Serentak pada itu juga, mata kanan Isa sempat menjeling ke arah keris hitam yang menggeletar di dalam bekas rendaman air limaunya itu. Tanpa melengahkan masa, dengan perlahan-lahan tangan kanannya mula mencapai pemegang keris hitam itu dan sebaik sahaja ianya berjaya dicapai, Isa terus menoreh tapak tangan kirinya itu dengan menggunakan keris hitam tersebut dan setelah itu dia terus menjerit kesakitan lalu terus kembali semula kepada dirinya yang asal. Jin yang merasuki sebahagian tubuhnya itu tadi terus hilang entah ke mana dan tangan kiri Isa yang berkuku tajam tadi itu pun terus berubah menjadi normal semula. Serentak pada ketika itu juga, suara azan Subuh yang berkumandang tadi itu sudah berhenti dan Isa pun terus terduduk sambil menatap ke arah kedua-dua tangannya itu dengan wajah yang terkejut dan kebingungan. Di tangan kanannya memegang keris hitam dan di tangan kirinya pula berdarah akibat kesan daripada torehan keris tersebut.

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now