Chapter 9: Pertarungan & Kerasukan

440 82 11
                                    

''Cikgu serahkan jin cicak yang ada kat dalam badan Nabila tu kepada kamu... Keluarkan dia secepat mungkin dan tewaskan dia. Cikgu akan uruskan semua jin yang ada kat luar tu dan cikgu akan bertahan sementara tunggu kamu selesai uruskan jin cicak tu...'' Kata Cikgu Sulaiman panjang lebar dengan nada yang perlahan lalu dia terus meninggalkan aku sendirian bersama dengan Nabila yang sudah kerasukan itu.

''Kau... Orang Kasyaf... Aku benci kau... Tapi, kalau aku dapat makan hati kau... Itu dah cukup untuk membuatkan aku jadi lebih bertambah kuat daripada jin-jin yang lain. Hehehe...'' Kata jin cicak itu kepada aku dengan nada yang sinis.

''Jadi, kau dah tahulah yang aku ni adalah orang Kasyaf...'' Aku cuba berlagak tenang dengannya lalu dengan secara perlahan-lahan, aku berjalan menghampiri ke arahnya.

''Tengok muka kau sahaja, aku dah boleh tahu. Kau memang manusia yang pelik tapi dalam pada masa yang sama, kau nampak agak hebat juga...'' Kata jin cicak yang berada di dalam tubuh Nabila itu dengan nada sinis.

''Alhamdulillah... Terima kasih sebab puji aku. Tapi jujur aku cakap, aku tak berapa suka bila dipuji dengan makhluk yang macam kau. Sebab aku tahu, makhluk macam kau takkan pernah berkata jujur melainkan hanyalah penipuan semata-mata.'' Balas aku dengan panjang lebar sambil mematahkan jari-jemari aku lalu menghalakan tapak tangan kanan aku ke arah wajahnya.

''Wahai jin laknatullah... Aku akan keluarkan kau daripada tubuh badan perempuan ni dan aku akan lenyapkan kau daripada muka bumi ni... Dengan izin Allah...'' Kata aku dengan nada yang serius.

''Hwaaargh!!'' Nabila bangkit lalu terus menolak badan aku sehingga menyebabkan aku terpelanting jauh ke arah dinding ruang tamu rumah banglo tersebut.

''Aduh...'' Aku mengaduh kesakitan kerana tulang belakang aku terasa sakit apabila dihentam ke arah dinding tersebut.

''Kau nak melenyapkan aku? Heh... Jangan harap!! Aku akan bunuh dan hapuskan kau, wahai orang Kasyaf!!'' Kata jin cicak yang ada di dalam tubuh badan Nabila itu dengan nada suara yang garang lalu terus bertindak merangkak ke arah aku dengan pantas sekali.

''Allahuakbar!!'' Langkahnya terhenti apabila aku menghalakan tapak tangan kanan aku ke arah mukanya sambil melaungkan ayat kalimah suci Allah.

''A'uzubillahiminnasyaitonnirrajim... Bismillahirahmannirrahim...'' Aku bangkit berdiri lalu membaca bismillah dengan nada suara yang lantang.

*Surah Taha (Ayat 68 - 70)*

قُلْنَا لَا تَخَفْ إِنَّكَ أَنتَ الْأَعْلَى (68) وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَاحِرٍ وَلَا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَى (69) فَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سُجَّداً قَالُوا آمَنَّا بِرَبِّ هَارُونَ وَمُوسَى (70)

Qulna la takhof innaka antal la'ala (68) Wa'alqi ma fi yaminika talqaf ma sana'u innama sana'u kidu sahirin wala yuflihul sahiru haisu atta (69) Fa'alqiyal saharotu sujaddan qollu aamana birabbi Harunna wa Musa (70)

Maksudnya:
Kami berfirman kepadanya: "Janganlah engkau takut (wahai Musa)! Sesungguhnya engkaulah yang tertinggi mengatasi mereka dengan kemenangan. Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia akan menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan peroleh kejayaan, walau di mana sahaja ia berada". (Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya yang terus menelan segala benda sihir mereka), maka keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa".

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now