Chapter 13: Mencari Dia Yang Hilang

430 65 31
                                    

[Isa POV]


Aku dan Aizat bersama dengan Cikgu Sulaiman sedang berlari dengan pantas menuju ke depan merentasi kawasan hutan belantara yang semakin berkabus itu sambil mulut masing-masing terkumat-kamit membaca doa-doa pendinding di dalam hati.

Semakin lama kami berada di sini, macam-macam perkara pelik yang mula berlaku. Antaranya seperti suara nyanyian seorang perempuan yang mengilai daripada jauh, suara bisikan yang perlahan di tepi telinga yang langsung tak dapat ditafsirkan apakah yang ia cuba katakan, suara jeritan makhluk misteri daripada kawasan yang jauh dan macam-macam lagi.

Sambil aku berlari tu, aku sempat menoleh ke arah sekeliling aku sambil terfikirkan tentang sesuatu. Kenapa Nabila boleh tiba-tiba dirasuk jin? Jin apakah yang telah merasuknya tu? Kenapa jin yang merasuknya tu bawa kami bertiga ke sini dan macam mana kami boleh termasuk ke dalam alam ghaib ni tanpa sengaja? Entah mengapa aku dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena tengah berlaku kat sini dan entah mengapa aku dapat merasakan bahawa semua ni dah macam satu... Perangkap.

''Wei Isa. Kau okey tak?'' Tanya Aizat kepada aku sambil berlari di sebelah aku.

''Aku rasa macam tak sedap hatilah. Tak tahu kenapa, aku dapat rasakan macam ada benda yang tak kena yang tengah berlaku sekarang ni.'' Balas aku dengan nada yang mendatar.

''Maksud kau?'' Soalnya lagi.

''Kau tak rasa pelik ke? Kenapa Nabila tiba-tiba kena rasuk jin dan lepas tu jin yang rasuk dia tu macam nak bawa kita semua masuk ke sini? Apa sebab dia? Dan lagi satu, kenapa kita boleh tiba-tiba dengan secara tak sengajanya termasuk ke dalam alam ghaib ni? Kau tak rasa semua ni macam perangkap ke?'' Balas aku dengan soalan bertubi-tubi kepadanya.

''Pasal tu aku tak tahu sebab aku tak arif lagi pasal bab-bab alam ghaib ni. Tapi kalau kau nak kepastian, baik kau pergi tanya Cikgu Sulaiman sebab aku rasa dia lagi tahu pasal perkara ni kot.'' Kata Aizat dengan panjang lebar. Aku pun tanpa melengahkan masa, terus berlari memecut mengejar Cikgu Sulaiman yang berada di depan lalu berlari di sebelahnya.

''Cikgu, cikgu tak-''

''Cikgu tahu keadaan agak pelik sekarang ni. Tapi kamu jangan risau, kamu ikut je laluan cikgu ni. Jangan sekali-sekali terpisah daripada cikgu. Kalau tak nanti kamu akan tersesat dalam hutan alam ghaib ni sampai bila-bila.'' Kata Cikgi Sulaiman dengan memotong kata-kata aku.

''Cikgu dah biasa ke dengan tempat ni?'' Soal aku kepadanya apabila aku terimbas satu memorinya semasa kecil di mana dia pernah termasuk ke dalam hutan alam ghaib ni juga dengan secara tak sengaja.

''Nampaknya macam tu lah sebab dulu masa cikgu kecil, cikgu selalu juga masuk ke sini dengan arwah atuk cikgu dulu.'' Balas Cikgu Sulaiman dengan sekali nafas. Mendengar jawapannya itu, aku agak tergamam seketika. Apakah yang Cikgu Sulaiman dan arwah atuknya itu buat di sini suatu ketika dahulu? Ah lantaklah! Buat masa sekarang ni, perkara itu tak penting. Yang penting sekarang ni adalah aku kena tahu tentang situasi yang sedang berlaku sekarang ni aku kena fikirkan cara-caea untuk selamatkan Nabila dengan segera.

''Maksudnya cikgu dah tahulah setiap selok-belok yang ada kat dalam hutan ni?'' Soal aku kepadanya lagi dan dia pun terus mengangguk menandakan bahawa dia tidak menafikan kenyataan aku itu. Melihat jawapannya itu, hati aku berasa lega sedikit namun masih ada lagi keraguan di dalam hati aku ni.

''Rasa-rasa cikgu, jin apa yang tengah merasuk Nabila sekarang ni?'' Soal aku kepadanya lagi.

''Kat dalam hutan ni ada banyak jenis jin tapi cikgu yakin jin yang merasuk Nabila tu bukan jin yang sembarangan.'' Balas Cikgu Sulaiman dengan nada yang serius.

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now