Chapter 7: Nur Nabila

400 69 23
                                    

[Isa POV]

''Apahal muka korang berdua bengkak-bengkak ni? Ada bergaduh dengan orang ke tadi?'' Soal Nabila sebaik sahaja aku dan Aizat tiba di tempat duduk kami.

''Tak ada lah, terjatuh tangga tadi.'' Bohong Aizat dengan nada yang selamba.

''Ya ke? Macam tipu je...'' Kata Nabila dengan nada yang tak percaya.

''Lantak kau lah, tak nak percaya sudah...'' Balas Aizat dengan nada yang malas mahu melayan sambil menongkat pipinya di atas meja. Nabila menoleh ke arah aku pula dengan pandangan yang bermakna. Aku tahu apa yang dia nakkan. Dia nak tahu, apa yang Cikgu Sulaiman bincangkan dengan aku semasa waktu rehat tadi.

''Kau nak tahu pasal tadi tu ke?'' Tanya aku kepadanya. Dia mengangguk sebagai tanda 'ya'.

''Okey... Cikgu Sulaiman cakap, malam ni kau kena ikut kitorang berdua pergi ke satu tempat yang rahsia ni untuk menilai sejauh mana keberanian dan kekuatan hati kau boleh pergi. Kalau kau boleh bertahan, kau boleh masuk ke dalam kelab Paranormal. Tapi kalau kau lemah... Maaf, kau tak boleh masuk ke dalan kelab ni. Faham?'' Kata aku dengan panjang lebar.

''Tapi, kenapa kena waktu malam? Lagi satu, tempat rahsia tu kat mana? Apa yang aku kena buat kat sana tu nanti?'' Soal Nabila bertubi-tubi.

''Ada lah... Mana boleh bagitahu sekarang. Kalau tak nanti kau nak tarik diri pula...'' Balas aku dengan nada sinis.

''Kalau kau tak bagitahu, jangan haraplah aku nak ikut kau.'' Kata Nabila dengan nada yang serius.

''Aku boleh je bagitahu tapi bukan sekaranglah sebab perkara ni penting dan semua orang tak boleh tahu sebab benda ni adalah hal private. Hanya orang yang berurusan dengan ahli kelab Paranormal je yang boleh tahu. Faham?'' Balas aku dengan panjang lebar.

''Okey... Kalau macam tu, waktu balik nanti aku tahu kau ceritakan semuanya dekat aku eh. Kalau tak, aku belasah kau cukup-cukup!'' Kata Nabil dengan nada serius sambil menumbuk tapak tangannya.

''Heh, ingat aku takut dengan kau ke?'' Kata aku dalam hati dengan nada sinis.

''Aduh...'' Kedengaran suara Aizat mengaduh kesakitan daripada sebelah aku.

''Kau okey tak ni?'' Tanya aku kepadanya.

''Okey, tapi sakit sikitlah.'' Balas Aizat dengan nada yang perlahan. Tak lama kemudian, tiba-tiba dia terbatuk lalu mengeluarkan seketul gigi geraham daripada dalam mulutnya.

''Uish, teruk betul ni sampai tertanggal gigi ni. Kau okey ke tak ni?'' Tanya aku dengan nada yang serius.

''Tak guna punya Namrul, dia tumbuk aku kuat sangat dowh tadi. Aku easa pedih-pedih je ni...'' Balas Aizat dengan nada yang perlahan dalam geram lalu dia membuang giginya itu ke luar tingkap.

''Kau bergaduh dengan Namrul ke tadi?'' Tiba-tiba Nabila mencelah daripada depan.

''Shush!! Jangan cakap kuat-kuat.'' Kata Aizat dengan nada berbisik sambil meletakkan jari telunjuk di bibirnya.

''Okey sorry... Kau gaduh dengan Namrul ke tadi?'' Nabila mengulang soalan tadi dengan nada yang lebih perlahan dalam nada serius.

''Haah... Dia lah, tiba-tiba je nak pukul aku. Katanya aku lah punca dia tak ada pengikut. Tapi memang betul pun aku lah punca dia tak ada pengikut sebab aku dah halang semua orang yang ada kat dalam sekolah ni supaya jangan sembah dia tu sebagai tuhan. Bila dia tahu je aku buat macam tu, dia terus belasah aku dengan Isa.'' Balas Aizat dengan panjang lebar sambil memegang pipi kirinya. Barangkali, mungkin kerana sakit akibat kesan daripada giginya yang tertanggal itu.

''Aik, Isa pun kena sekali? Kenapa boleh jadi macam tu?'' Soal Nabila lagi.

''Macam ni... Tadi masa waktu rehat, kitorang lepak kat dalam pondok kayu tepi padang sekolah tu. Masa tu, Aizat borak-boraklah pasal tentang sekolah ni dengan aku. Lepas tu Aizat ceritakan pula pasal Namrul dekat aku. Tapi masa kitorang tengah berborak pasal dia tu, kebetulan si Namrul pun ada lalu kat situ juga. Mungkin dia ada terdengar kot pasal apa yang Aizat ceritakan tadi tu, tu yang dia mengamuk tu. Masa Aizat kena belasah, aku cuba lah nk tolong selamatkan dia. Sekali aku pun kena belasah sekali.'' Balas aku dengan panjang lebar.

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now