PROLOG : 𝓕𝓲𝓻𝓪𝓼𝓱𝔁𝓕𝓪𝓻𝓻𝓮𝓷

59.6K 2.8K 195
                                    

2020

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

2020

Kaki laju melangkah memasuki sebuah bilik yang pintunya masih tertutup rapat. Tanpa mengetuk, tangannya laju memulas tombol pintu dan matanya melihat seorang lelaki yang duduk lemah di atas kerusi roda. Di hadapannya terdapat seorang jururawat peribadinya yang baru sahaja ingin menyuapnya bubur untuk dijadikan alas perut. 

"Leave it on me." Keras suara itu berkata. Jururawat itu hanya menjatuhkan kepala dan melangkah pergi. Pintu dikunci sebelum pintu ditutup rapat ingin memberi privasi kepada dua lelaki menyeramkan itu. 

Lelaki yang sedang duduk elok di atas kerusi mengalami strok secara tiba-tiba lima tahun lepas. Dirinya juga kini menghidapi penyakit jantung dan kencing manis. Jika tidak dijaga dengan rapi, maka nyawa lelaki itu akan berakhir. 

Namun begitu, dia tetap menyeramkan. Walaupun sedang sakit! Mungkin akibat perangainya yang agak tegas sewaktu hidupnya sihat dahulu. Dia seorang lelaki yang agak berkuasa di bumi Itali itu. Seorang pembekal senjata di seluruh negara. 

Yang paling mengkagumkan, sejata-senjata itu adalah hasil ciptaannya.

Memasuki Islam pada 15 tahun yang lepas akibat pengaruh anak perempuannya. Anak gadisnya yang dahulu tegas akan pendiriannya ingin menikahi seorang lelaki muslim. Pada awalnya, dia marah! Amat marah. Lama kelamaan, hatinya sejuk apabila melihat suasana mesra anaknya dan suami. 

Juga terdetik di hatinya untuk menganut agama Islam akibat perbuatan anak menantunya yang begitu baik dan tenang. 

"What the heck is this?" Satu keping gambar dan surat dilempar keras ke arah lelaki tua itu. 

"R-Rash..." Payah lelaki tua itu mahu menyebut nama seorang lelaki yang sedang memandangnya tajam.

"What. Is. That, nanno? (grandpa)"Tekannya sekali lagi apabila nanno hanya mendiamkan diri selepas itu. 

"Jagakan dia untuk aku." Tercengang lelaki bernama Rash itu. Kening tebalnya berkerut. Apa maksud nanno? Rash melangkah semakin dekat kemudian dia duduk melutut di hadapan nanno.

Tangan kasarnya naik memegang tangan nanno. Hilang biasan mata yang tajam dan kini berubah lembut. Dapat dia rasa nanno itu menggenggam kembali tangannya. Wajah nanno ditenung lembut.

"Cucu aku..."

"She's in danger."

2024

"Jagakan dia untuk aku..."

Kata-kata itu masih melekat di benak fikirannya. Tangan mengetuk meja menggunakan pen. Sepasang mata coklat ralit memerhati seorang gadis dari skrin laptopnya. Bibir mengukir senyuman sinis.

"Nonno, (grandpa) I'm looking at her now. And I'm protecting her like I protect the world." Gerak geri gadis itu diperhatinya satu-satu. Gadis yang kini sedang membuka jaket putihnya dan disangkut pada kerusi. Jaket putih yang membawa maksud, dia adalah seorang doktor di hospital itu.

Gadis yang manis bertudung sedang tersenyum lebar ke arah seorang gadis di dalam bilik kerjanya. Mungkin kawannya? Bentuk wajahnya yang bujur sirih. Matanya yang tidak bulat dan tidak sepet. Sesuai dengan dirinya. Hidung yang agak mancung dan bibir munggilnya terletak elok.

Sekarang, lelaki itu sedar bahawa...

The angel does exist.

"Nanno, you didn't tell me that you once raised this angel."

Lelaki itu mengukir senyuman nipis. Kemudian, dia memandang dengan lemah salah satu frame di atas meja kerjanya. Gambar dimana dia bersama seorang lelaki tua. Dengan wajah yang penuh dengan senyuman kegembiraan.

"Farren Melissa,"

"Nama kau, seindah diri kau." 

To be continued

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To be continued...

EDITING | His ObsessionWhere stories live. Discover now