𝓗𝓲𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷 • 13

44.7K 2.8K 214
                                    

Badan Farren serta merta kaku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Badan Farren serta merta kaku. Matanya bulat memandang Firash yang sedang memandangnya redup. Air mata mengalir semakin laju.

"Stop crying. It hurts me," arah Firash. Dia bangun walaupun masih terasa sakit di bahagian abdomennya. Bibir bawah diketap kuat melarang sebarang bunyi keluar dari bibir.

Dia sandar badannya pada kepala katil dan melihat gadis itu masih lagi menangis. Kemudian matanya melihat Mark yang tidur. Bibir disengetkan. Kau dekat mana mana pun boleh tidur.

Dia mengepal buku limanya apabila tangisan Farren semakin menjadi-jadi. Mata dipejam erat. Kenapa rasa sakit sangat ni?

"Saya risau," lemah Farren berkata. Tangannya baik menghapus air mataa sendiri. Habis basah tudungnya. Wajahnya juga sudah merah lebih-lebih lagi di bahagian mata dan hidung.

"Aku tahu. Berhenti menangis," arah Firash lagi. Farren hanya diam memandang wajah pucat itu. Masing-masing memandang antara satu sama lain. Membiarkan mata mereka yang berbicara.

Saat ini, mereka dapat rasa bahawa perasaan mereka sama. Tak tahu macam mana, tapi perasaan ini amat indah.

ʚ ɞ

Firash menoleh apabila kedengaran pintu dibuka. Agak teruja apabila melihat tubuh Farren yang berhenti betul-betul di depaj pintu. Mungkin terkejut melihat ramai lelaki di dalam bilik ini. Sudah lah, semua berpakauan serba serbi hitam.

"Come." Farren melangkah perlahan menaoak ke arah Firash. Mata melihat lima lelaki itu. Yang dia kenal hanyalah dua. Mark dan Edward. Yang lain tak tahu.

"Ini anak-anak buah aku dekat tempat kerja merangkap kawan-kawan aku," jelas Firash tanpa disuruh. Farren senyum dan menjatuhkan sedikit wajahnya tanda hormat.

"Saya Farren," dia memperkenalkan diri. Lelaki-lelaki senyum manis. Lelaki-lelaki ini nampak mesra dan baik walaupun muka masing-masing serius.

"Saya Karl Emir. Boleh panggil Emir."

"Iskandar Airil."

"Edward Bryant. Saya yang semalam tu," katanya justeru mengingatkan Farren akan peristiwa semalam. Farren angguk ingat. Edward yang membawa lelaki yang yang menikam Firash.

"Kami balik dulu," kata Iskandar dan yang lain hanya angguk setuju. Selain itu, mereka juga nampak bahawa Firash seakan menghalau mereka. Dasar!

Firash angguk dan bersalam cara lelaki dengan mereka. Farren mengecilkan mata melihat cara salam yang agak kasar. Lelaki itu tak sakitkah? Rasa perit tiba-tiba biarpun bukan dirinya yang ditikam.

EDITING | His ObsessionWhere stories live. Discover now