𝓗𝓲𝓼 𝓞𝓫𝓼𝓮𝓼𝓼𝓲𝓸𝓷 • 18

37.2K 2.5K 101
                                    

Firash memandang penampilannya di hadapan cermin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Firash memandang penampilannya di hadapan cermin. Dia mengukir senyuman puas apabila melihat dirinya kelihatan kemas dengan tuxedo suit yang tersarung di badan. Reben bewarna hitam yang elok terletak di bahagian leher diketatkan lagi. Rambut juga sudah siap dirapikan.

Dia keluar dari bilik hotel yang disewanya dan melangkah ke bilik dimana isterinya berada. Sebelum mengetuk pintu, dapat dia dengar banyak suara perempuan yang sedang asyik berbual dan bergelak sakan. Firash senyum sebelum tangannya naik mengetuk pintu. Tak lama, pintu dibuka. Ju agak terkejut melihat Firash yang sudah tegak berdiri di hadapan pintu.

"Hawa, may I spend my time with my beautiful wife?" soal Firash. Ju dengan teragak-agak angguk. Farren yang berdiri di hadapan cermin kaku melihat suaminya yang segak bertuxedo hitam. Ju mencuit lengan Syalina dan Farah. Mak andam juga hanya tersengih dan mengikuti langkah tiga gadis itu.

Pintu ditutup oleh Firash dan klik...

Dikunci!

Firash kemudian berhenti dari melangkah. Badannya agak kaku melihat Farren yang terpantul dari cermin. Berpakaian dress putih yang mengembang di bawahnya. Bagai tuan puteri. Sangat cantik! Wajahnya yang di hiasi dengan makeup yang tidak terlalu tebal menyempurnakan lagi kecantikannya

Bidadarinya... 

Bidadari syurganya.

Farren masih kaku berdiri, tidak bergerak walaupun sedikit. Dia lihat Firash yang mula menapak mendekatinya. Badannya kemudian sedikit terangkat apabila tangan itu memegang lembut pinggangnya dari belakang. Agak menggigil badannya. Firash mengurangkan jarak mereka. Dapat Farren rasa belakang badannya bersentuh dengan dada bidang Firash. Mereka saling merenung pada cermin.

"Cantik." Terpempan Farren mendengar pujian itu. Dengan berani dia memusingkan badannya menghadap Firash. Tangan dia angkat memegang reben hitam. Firash senyum kecil melihat keberanian gadis itu walaupun tangannya menggigil.

"Suami saya pun apa kurangnya. Handsome." Malu-malu Farren berkata. Wajah didongak supaya dia dapat melihat wajah kacak itu dengan jelas. Tangan Firash naik ke dagu gadis itu. Dia turunkan wajahnya lalu dahi mulus itu dikucup sayang. Farren pejam mata menikmati momen indah ini. Lututnya rasa lemah dan pantas lengan sasa itu menjadi tempat berpaut.

Agak lama Firash mengucup dahinya sebelum Farren sendiri yang menolak lembut dada lelaki itu. Farren senyum manis. Begitu juga Firash. Tangan yang berada di lengan Firash tadi berubah dan diletakkan di pipi Firash. Smile line itu disentuh lembut membuatkan senyuman itu semakin lebar.

"Obsessed with my smile line, huh?" soal Firash dengan senyuman nakal. Wajah Farren merah. Angguk juga walaupun rasa mahu menyorok.

"And you are my obsession."

Firash kerling jam Rolexnya di pergelangan tangan kirinya. Tangan dihulurkan pada Farren dan tanpa ragu, huluran itu disambut. Firash usap lembut tangan kecil itu. Tidak kelihatan tangan itu akibat tangan besar Firash.

EDITING | His ObsessionWhere stories live. Discover now